Sunday, January 15, 2012

Bid'ah dan Akibat Mengamalkannya

Assalamualaikum,
Saudara, dalam penelitian kita tentang 'Solat cara Rasulallah (s.a.w)', kita temui beberapa amalan atau bacaan yg sama sekali tidak dibaca atau dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w). Dgn lain perkataan, kita lakukan - dalam rukun qauli (bacaan), rukun fe'li (perlakuan atau perbuatan) dan rukun qalbi (niat) - ketika bersolat (dan sebelumnya) tentang wudu', yg berlainan drp apa yg dibuat oleh Rasulallah (s.a.w). Maksudnya, kita membuat penyesuaian atau perubahan atau menokok tambah kpd, apa yg ditetapkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Kesemua perlakuan ini adalah bertentangan dgn as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Najih al-Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) menyampaikan suatu peringatan yang membuat gerun beberapa hati dan mengalirkan air mata beberapa mata (orang yang mendengar nasihat itu). Kami berkata: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Nasihat ini seolah-olah daripada seorang yang hendak meninggalkan kami. Apakah nasihat engkau kepada kami?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Diwajibkan atas kamu sekelian bertaqwa kepada Allah (a.w) dan dengan mendengar dan taat, jikapun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi. Barangsiapa di kalangan kamu yang panjang umurnya, akan melihat banyaknya perselisihan (di kalangan umat Islam mengenai agama Islam). Maka diwajibkan atas kamu sekelian berpegang kepada sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, maka gigitlah dia (yakni, sunnahku dan sunnah mereka) dengan gigi geraham (yakni, pegang kuat jangan lepaskan). Dan, takutilah pembaharuan dalam perkara (atau urusan agama), dan sesungguhnya tiap-tiap pembaharuan adalah bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah adalah kesesatan. (dan, dalam hadith lain disebutkan ‘tiap-tiap kesesatan tempatnya di neraka’).’[Hadith Abu Daud dan juga at-Termidzi, hadith sahih] 
[NotaDalam sepotong hadith yang lain Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa setiap kesesatan itu tempat mereka yang mengajar, menganjurkan dan mengamalkannya dalam neraka.Hadith ini menidakkan apa yang dihujjahkan oleh para ulama’ dan ilmuwan arus perdana tentang ‘bid’ah hasanah’ itu.] 
Saudara, dalam hadith di atas itu kita telah boldkan tentang 'pembaharuan dalam perkara agama' atau 'bid'ah'. Dan, kalaulah kita terlibat mengajarkan atau menganjurkan atau mengamalkan sesuatu yg bersifat 'bid'ah', apakah akibatnya? Kita lihat beberapa hadith mengenai perkara ini dalam post ini, dan beberapa post yg akan muncul, insya Allah. Kita lihat hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man akhdatha fi amrina haza malaisa minni fahua raddun.' [Maksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan (yakni, bid’ah) dalam perkaraku (yakni, Islam dan syariat agama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku, i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w))), maka dia (i.e. amalan atau ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Bukhari]
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddun.' [Maksud: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak datangnya daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w))), maka dia (i.e. amalan dan ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Muslim].
Saudara, betapa sia-sianya segala amalan dan ibadah kita kalaulah kita mengerjakan atau mengamalkan sesuatu yg bersifat 'bid'ah'. Tak gunalah amalan atau ibadah kita. Kita amalkan atau ibadahkan, tapi tidak diterima Allah (a.w). samalah seumpama kita tidakpun mengerjakan amalah atau ibadah tersebut. maka kerana itu kita tergolong dari kalangan mereka yg disebutkan dalam firman Allah (a.w) yg kita sudahpun lihat dalam post yg lalu - Surah al-Ghasiah (Ayat 2 hingga 4) itu. Kita teliti lagi akibatnya:

Bid’ah
(a)        Buat Pembaharuan/Bid’ah Amalan diTolak
Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man ahdatha fi amrina haza ma laisa fihi fahua raddun.’ (Yg bermaksud: Barangsiapa membuat pembaharuan dalam perkaraku ini (Nabi, i.e. syariat Islam) apa-apa yg tiada di dalamnya, maka dia ditolak.) [Hadith Abu Daud] 
[Nota: Hadith ini, sebagaimana hadith Bukhari dan Muslim yg lain memberitahu bahawa sesiapa yg memperbaharui perkara agama Islam yag tiada dibawakan atau dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka dia (yakni, amalannya) ditolah (atau tidak diterima) Allah (a.w). Pembaharuan ini merangkumi bentuk-bentuk amalan/ibadah, cara dan kaedah beramal atau beribadah atau mengamalkannya. Contoh: Bacaan dalam rukun qauli dan perlakuan dalam rukun fe’li solat. Mengubahsuai atau menokok tambah kpd atau mengurangkan (spt memendekkan atau merengkaskan) bentuk-bentuk, kaedah dan cara mengerjakan/mengamalkan sesuatu amalan dan ibadah, termasuk solat, dikira termasuk perbuatan bid’ah.] 
(b)   Pelaburan Pahala/Dosa mengajar Kebaikan/Kebatilan 
Menceritakan hadith oleh al-‘Alak, yakni ibn Abdul Rahman hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man da’a ila hudan kana lahu minalajri mithlu ujuri man tabi’ahu la yanqusu zalika min ujurihim syaian; wa-man da’a ila dolalatin kana ‘alaihi minal-ithmi mithlu athami man tabi’ahu la yanqusu zalika min athamihim syaian.’ (Yg bermaksud: Barangsiapa mengajak (yakni, mengajarkan atau menyuruh pengikutnya/siapa saja) dalam perkara hidayah (yakni, ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), ada baginya pahala  semisal pahala orang yg mengikutinya, tidak mengurangi demikian pahala pada orang yg mengikutinya; dan barangsiapa mengajak (atau mengajar) kpd kesesatan (yakni, melakukan sesuatu yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah), ada baginya dari dosa semisal barangsiapa yg diajaknya (atau diajarkannya), tanpa mengurangi demikian dosa dari dosa-dosa mereka yg diajarnya (atau diajaknya) sedikitpun.) [Hadith Abu daud, Kitab Sunnah] 
(c)        Terkeluar Dari Islam 
Diriwayatkan hadith dari Ibrahim b Abi ‘Ablata hadith dari Abdillah b Dailamiyi hadith dari Khuzaifah berkata: ‘La yaqbalullahu lisohibi bid’atin sauman wa-la solatan wa-la sodaqatan wa-la hajjan wa-la ‘umratan wa-la jihadan wa-la sorfan wa-la ‘adlan yakhruju minal-Islami kama takhrujus-sya’aratu minal-‘ajin.’ (Yg bermaksud: Tidak diterima Allah (a.w) pada ahli bid’ah (i.e. yg mengajar atau mempromosikan atau mengamalkan bid’ah) puasanya dan tidak solatnya dan tidak sodakahnya dan tidak umarhnya dan tidak jihadnya dan tidak amalan fardunya yg lain dan tidak amalan sunatnya yg lain, terkeluar dia dari agama Islam sebagaimana (atau seperti mana) keluarnya benang dari tepung (yg telah diuli).) [Hadith ibnu Majah] 
(d)        Taubat Tidak Diterima 
Diriwayatkan hadith dari Abi Mughirah hadith dari Abdullah b Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Aballahu an yaqbala ‘amala sohibi bid’atin hatta yada’a bid’atahu.’ (Yg bermaksud: Ditolak oleh Allah (a.w) bahawasanya dikabulkannya amalan ahli bid’ah (yg mengajarkan atau yg memperomosikan atau menganjurkan atau mengamalkan bid’ah) sehinggalah meninggalkan dia bid’ahnya.) [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, demikianlah kita telahpun teliti ketetapan as-Sunnah (yakni, ketetapan Allah (a.w)) tentang akibat mengajarkan atau menyuruh orang atau mengamalkan sesuatu yg bid'ah. Amat berat ketetapannya dalam Islam. [Nota: Allah (a.w) memberitahu dalam Ayat 80, Surah an-Nisa': Sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), sudah pasti dia mentaati Allah (a.w). Maka dgn itu mengikuti serta akur dgn ketetapan as-Sunnah, bermaksud, kita akurkan ketetapan Allah (a.w).]
Namun, hari ini begitu ramainya umat Islam yg tetap berkeyakinan bahawa bid'ah itu ada yg baiknya! Siapa yg membuat ketetapan? Selain ketetapan Allah (a.w), ketetapan as-Sunnah, yakni sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah yg empat selepas Rasulallah (s.a.w) wafat, tiada siapa yg boleh menganjurkan pembaharuan dalam syariat Islam - tentang bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah mengamalkan atau mengibadahkan sesuatu yg ditetapkan dalam Islam kita umat Islam kerjakan.

Jazakallahu khairah






No comments:

Post a Comment