Tuesday, January 17, 2012

Peringatan Hari Ini - Tiga Golongan Takkan dapat Syurga

Assalamualaikum,
saudara, kita tinggalkan buat sementara tajuk 'Solat Cara Rasulallah (s.a.w)', insya Allah, kita akan sambung semula nanti melihat beberapa perkara tentag 'Solat Cara Rasulallah ' melibatkan, contohnya, solat berjema'ah, saf, solat jama' dan qasar (ketika dalam musafir), kedudukan imam dan makmum dalam solat berjema'ah, solat duduk kerana keuzuran, dan lebih utama perlakuan yg bersifat bid'ah dalam solat.
Saudara, hari ini kita lihat suatu peringatan yg saudara jangan lupa sekali-kali. Hendaklah sentiasa menjadi ingatan serta amalan harian kita.

Tiga Golongan Orang Islam yg Pasti Masuk Neraka. 
Saudara, kita lihat sepotong hadith berikut yg pendek tetapi besar serta amat utama mesejnya kpd kita yg Islam.
Menceritakan hadith oleh Syu’bah berkata: ‘Menceritakan hadith oleh Ali b Mudrikin berkata: ‘Mendengar aku Aba Zur’ah b ‘Amri b Jarir menceritakan hadith dari Kharsah b Hurri hadith dari Abi Zarr hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Thalathatun la yanzurullahu ilaihim yaumal qiamati wa-la yuzakkihim wa-lahum ‘azabun alimun.’ (Yg bermaksud: Tiga golongan tidak akan melihat Allah (a.w) kpdnya dan tidak akan dibersihkan (atau diampunkan) dosa-dosa mereka di hari kiamat kelak.) Berkata aku (Abi Zar): ‘Siapa mereka, wahai Rasulallah (s.a.w)? Sungguh-sungguh rugi atau rugi sungguh mereka!’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Al-mannanu wal-musbilu izarahu wal-munfiqu sil’atahu bil-halifil-kazibi.’ (Yg bermaksud: ‘Orang yg mengungkit-ungkit (pemberiannya atau pertolongannya kpd orang lain), orang yg melabuhkan pakaiannya dan orang yg melariskan pada dagangannya dgn bersumpah dusta.) [Hadith at-Termidzi, Kitab Buyu’ (Dagangan)] 
[Nota: Islam memberitahu kita yg Islam bahawa selain syurga itu adalah sebaik-baik tempat dan secantik-cantiknya tempat kembali kita di akhirat kelak diberi nikmat yg tidak terhad oleh Allah (a.w), nikmat yg paling tinggi dan terbesar dan terindah adalah nikmat melihat wajah Allah (a.w). hanya orang yg tak berdosa atau terhakis segala dosanya dan yg mendapat rahmat dan keridaan Allah (a.w) sahaja yg akan mendapat ganjaran syurga. Kejayaan hidup yg sebenarnya adalah kejayaan mendapat syurga di ahirat kelak. Dalam hadith ini disebutkan bahawa tiga golongan orang Islam yg tidak akan dilihat oleh Allah (a.w) (maksudnya, tidak akan dapat menikmati nikmat tertinggi iaitu melihat wajah Allah (a.w). Jika Allah (a.w) tidak mahu melihatnya atau jika tidak diberi Allah (a.w) kesempatan melihat Allah (a.w), pastilah orang itu ahli neraka, wal iya zubillah. Tiga golongan disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) yg pasti Allah (a.w) tidak ingin melihat kpd mereka, iaitu: pertama, golongan orang yg memberi sesuatu kpd seseorang atau orang yg melakukan sesuatu kebaikan kpd orang atau menolong seseorang, kemudian mengungkit kebaikan yg dilakukannya atau pemberian yg diberikaan atau yg dihulurkannya atau selah membantu atau menolong, suka kalau kebaikannya dihebah-hebohkan atau diceritakan kpd orang lain; kedua, orang Islam yg melabuhkan pakaiannya, iaitu orang (lelaki, Islam) yg memakai pakaian apa juapun – kain atau seluar atau jubah dan apa saja bentuk atau jenis pakaian yg dipakai yg labh sampai menutupi dua buku lalinya. Kerana orang yg melabuhkan pakaian bawahnya sampai menutupi kedua buku lalinya adalah dicop sebagai orang yg membangga diri dan sombong. Islam melarang melabuhkan pakaian. Islam menyuruh lelaki Islam memakai pakaian – kain atau seluar atau jubah – yg panjangnya sampai hanya separuh betis, atau paling lebih atau labuhpun, ke paras bahagian atas buku lalinya. Dalam hadith lain disebutkan, lelaki yg bersolat melabuhkan pakaian bawahnya – seluar atau kain atau jubah – tidak diterima Allah (a.w) solatnya. Ketiga, orang yg berniaga atau berdagang atau menjadi penjual yg melariskan dagangan atau jualannya dgn sumpah palsu atau berbohong. Dalam dunia moden ini berbagai cara menipu pengguna atau pembeli – melalui iklan di media, di akhbar, di majalah dan termasuklah secara lisan. Peniaga pasar malam, contohnya, menjual buah-buahan, kemudian dia bebohong tentang kualiti buah yg dijualnya, maka orang membelinya. Orang atau peniaga sedemikian itu tergolong dari kalangan peniaga yg melariskan dagangan atau jualannya dgn berbohong atau bercakap dusta tentang dagangan atau jualannya. Tiga golongan ini tidak akan masuk syurga, kerana bila bertaubatpun, Allah (a.w) takkan membersihkan mereka dari dosa-dosanya, maka pastilah menjadi penghuni neraka.]
Mudah-mudahan, saudara yg akui diri saudara Islam dan beriman, yakni yakinkan wujudnya hari pembalasan - ada syurga ada neraka kelak, dan bahawa ketetapan al-Quran itu benar dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) - yakni as-Sunnah - itu benar, wajiblah jadikan hadith ini panduan yg utama dalam perjalanan hidup kita, insya Allah. Janganlah kita perdagangkan akhirat kita semata-mata kerana sesuatu yg kita fikir remeh atau kecil atau 'mundane' kata orang putih. Nothing is mundane dalam Islam.
Saudara, orang politik, terutama pemimpin seringkali menyebut-menyebut jasa-jasa yg mereka buat sebagai pemimpin terhadap rakyat. Walhal, memang tugas dan tanggungjawab mereka untuk memberikan kesenangan dan kemanfaatan dan segala sesuatu yg baik untuk rakyat. Tak perlu disebut-sebut atau diungkit-ungkit. Justeru itu, ramai personaliti dalam politik yg terlibat dalam golongan pertama - mereka yg mengungkit-ungkit kebaikan yg dibuatnya terhadap orang lain. Kita, sebagai manusia Islam biasa juga seringkali tak sedar bahawa kita tergolong dalam golongan yg kedua iaitu lelaki yg berpakaian seluar atau kain atau jubah atau apa saja yg dilabuhkan setiap masa sebagai perlakuan lazim. Dalam perkara ini ramai para ulama' bukan sahaja menonjolkan dirinya dgn pakaian yg kelihatan mengasingkan mereka dari orang Islam yg lain, tetapi memakai pakaian beberapa helai pula, yg labuh yg diheret atas lantai atau menyapu daun-daun di atas jalan pula. Ketetapan Islam mengenai pakaian yg labuh bagi lelaki ini nampak begitu kecil dan remeh (atau trivial), namun ketetapannya amat penting. Adakah remeh perintah Allah (a.w) terhadap Nabi Adam (a.s) dan Hawa (a.s) supaya jangan menghampiri pokok zakum ketika mereka berada di dalam syurga? Maka sampai hukumannya melibatkan mereka diusir dari syurga? Adakah remeh bagi kaum Nabi Salleh (a.s) yg membunuh seekor unta yg diperintahkan Allah (a.w) bergilir minum air telaga masyarakat/kaum Thamud? Adakah remeh apabila Allah (a.w) perintahkan umat Islam zaman ini jangan minum arak, walhal di akhirat kelak ada sungai pula yg airnya adalah arak untuk diminum oleh penduduk syurga? Adakah remeh perintah Islam supaya lelaki Islam jangan pakai kain atau baju sutera, walhal di dalam syurga kelak, kesemua ahli syurga memakai kain sutera halus? Nampak remeh. Tapi, itu adalah perintah. Wajib akur dan patuhi. Dan, golongan peniaga dan pedagang pula. Walaupun keberkatan hasil pendapatan adalah 90% dari perniagaan, namun pedagang atau peniaga yg berbohong melariskan barangannya masuk neraka pula dgn mudah? Itulah ketetapan Allah (a.w). Nampak remeh, tapi utama menunjukkan ketaatan kita terhadap perintah Allah (a.w) dan RasulNya. Oleh itu sedarlah, dan fahamilah Islam.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment