Assalamualaikum,
Saudara, alhamdulillah kita telahpun teliti perkara 'Solat ikut cara Rasuilallah (s.a.w)' sejajar dgn sabdanya: 'Sollau kama ra-aitumuni usolli' (= Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku (Nabi) bersolat'- Hadith Bukhari). Jelasnya dalam perbincangan kita berdasarkan penelitian kita dalam beberapa post yg lalu, jelas satu perkara yg ketara, iaitu: kita takpun sebut fasal membaca Doa Qunut dalam solat, khususnya Solat Subuh!
Saudara, soalnya: Apakah ada Rasulallah (s.a.w) membaca Doa Qunut ketika bersolat Solat Subuh? Jawabnya: Takda. Membaca Doa Qunut dalam Solat Subuh itu bukanlah terdapat dalam syariat Islam mengenai solat berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau kita buat maka kita tergolong dari kalangan mereka yg menentang ketetapan as-Sunnah, maka kita menolak ketetapan as-Sunnah, maka kita, kerana itu, menolak ketetapan Allah (a.w), yg menyuruh kita akur dgn atau ikuti atau taati perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w)! Jika kita tolak perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) kita melakukan dosa yg besar. Kalau kita tak mau terima ketetapan as-Sunnah, kita tergolong orang yg kafir pula. Kalau kita ikuti suruhan atau ajaran orang lain, dan ajaran itu bertentangan dgn as-Sunnah, maka kita membelakangkan as-Sunnah. Maka Allah (a.w) amat murka kpd seseorang yg akui dirinya Islam tetapi meremehkan atau menomborduakan suruhan Rasulallah (s.a.w) dan menomborsatukan suruhan manusia biasa yg tidakpun memiliki taraf Rasul atau Nabi yg dipilih oleh Allah (a.w). Selain itu pula, kalau kita akui ada Doa Qunut dalam Solat Subuh kerana kita bersetuju dgn pendapat majoriti ulama' arus perdana bahawa wujud 'bid'ah hasanah' pula, kita juga tergolong orang yg menentang keputusan Rasulallah (s.a.w), yg bercakap atas dasar wahyu Allah (a.w), bahawa semua 'pembaharuan dalam perkara agama' adalah 'bid'ah' (i,.e. tiada pengecualian), dan semua bid'ah membawa kesesatan, dan semua kesesatan membawa orang yg mengamalkannya ke neraka, wal iya zubillah
Saudara, di dalam as-Sunnah kita temui banyak ketetapan tentang 'pembaharuan dalam perkara agama' atau 'bid'ah'. Jelas dan khusus. Namun, kita diajarkan oleh para ulama' arus perdana, ketetapan tersebut tidak benar, kerana ada pengecualian. Begitu jugalah dgn ketetapan mengenai Doa Qunut dalam Solat Subuh.
Jika kita dalami ilmu as-Sunnah, ilmu kedua setelah al-Quran, yg wajib kita pelajari, fahami dan terima pakai, kita akan dapati bahawa tiada Doa Qunut dalam Solat Subuh. Yg ada hanyalah Doa Qunut dalam Solat Witir mulai malam 15 Ramadhan sahaja. Dan, kita akan dapati bahawa Doa Qunut yg kita baca dalam Solat Subuh kita itu, sebenarnya Doa Qunut yg Rasulallah (s.a.w) ajarkan kpd cucunya, Husin, untuk dibaca ketika membaca Doa Qunut pada Solat Witir 15 Ramadhan sehingga 28 atau 29 Ramadhan, yakni akhir Ramadhan.
Hadith berikut menyatakan bahawa Qunut yang kita baca sekarang ini tidak menjadi amalan Rasulallah (s.a.w) dan kesemua empat khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin:
Diriwayatkan hadith daripada Said bin Tariq (r.a), yang berkata: ‘Telah berkata aku kepada bapaku: ‘Wahai bapaku, sesungguhnya engkau ada bersolat di belakang Rasulallah (s.a.w), dan di belakang Abu Bakar (r.a), dan di belakang Omar (r.a), dan di belakang Othman (r.a), dan dibelakang Ali (r.a) semasa engkau berada di Kufah selama lima tahun. Maka adakah mereka membaca (doa) qunut pada solat Subuh?’ Maka berkata bapakku: ‘Wahai anakku! Itu adalah pembaharuan (bid’ah).’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith ini satu-satu hadith yang jelas memberikan nas dan dalil hadith mengenai doa Qunut dalam solat Subuh itu. Perawi ini, seorang sahabat yang mengikuti Rasulallah (s.a.w) dan bersolat menjadi makmum, yakni dibelakang Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyirdin al-mahdiyin, menjelaskan bahawa mereka tidak membuat solat Subuh dengan membaca doa Qunut. Bapanya mengatakan membaca doa Qunut dalam solat Subuh itu adalah bid’ah. Jelaslah, hadith ini menyatakan dua perkara, iaitu:
§ Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat (khalifah ar-rasyidin al-mahdiyiin) mengerjakan solat Subuh tidak membaca Qunut selama lima tahun perawi tersebut bersama-sama mereka di Kufah; dan
§ Amalan membaca Doa Qunut semasa Solat Subuh itu satu ‘pembaharuan’ atau ‘bid’ah’.
Terdapat hadith-hadith lain yang menyebut bahawa Rasulallah (s.a.w) ada membaca doa Qunut selama sebulan dan dibaca doa Qunut tersebut pada setiap solat fardu, yakni Subuh, Zohor, ‘Asar, Maghrib dan Isya’. Doa Qunut ini adalah berlainan dari Doa Qunut yg kita baca sekarang ini. Ianya diamalkan kerana suatu sebab tertentu dan bersifat sementara saja.
Jika begitulah, kita wajib fahami bahawa ada dua jenis Doa Qunut, satu yg dibaca khusus dalam Solat Witir selepas 15 Ramadhan dan satu lagi Doa Qunut khas untuk tujuan jhas yg bersifat sementara (dalam zaman Nabi (sa.w) disebut Qunut Nazilah). Apa yg kia amalkan sekarang ini menjadikan Doa Qunut itu amalan yg kekal dan suatu kestian adalah menyimpang dari ketetapan syariat islam mengenai Solat Subuh.
Saudara, jelasnya, kalau kita buat juga apakah akan jadi kpd kita, yakni amalan kita? Insya Allah (a.w) kita akan teliti ketetapan as-Sunnah mengenai perbuatan sedemikian, iaitu perbuatan mengamalkan sesuatu yg tiada dalam ketetapan Islam mengikut as-Sunnah - perkara-perkara yg melibatkan bentuk-bentuk amalan, cara dan kaedah beramal atau mengamalkannya. Pendeknya, ada beberapa ketetapan islam mengenai perkara ini, yg akan kita teliti kelak. namun, rengkasnya adalah salah satu atau kesemua berikut: amalan/ibadah tersebut tidak diterima Allah; atau kesemua amalan dan ibadah kita tidak sah dan tidak diterima Allah (a.w), atau kita terkeluar atau tersingkir dari Islam tanpa kita sedari, atau taubat kita tidak diterima Allah (a.w) atau kita dikira orang yg syirik, yakni menduakan Allah (a.w). maka taraf kita sama dgn taraf orang yg kafir atau tidak Islam, wal iya zubillah. Oleh itu berwaspadalah demi kesejahteraan akhirat kita.
Jazakallahu khairah
Assalamualaikum,
ReplyDeleteZaman budak-budak dulu selalu perhati abah ( allahyarham )tak ada doa qunut dalam amalan solat subuhnya. bila ditanya, kata beliau itu bidaah. Tetapi dalam semua kitab bab solat,ada doa qunut yang dikatakan sunat, kalau tertinggal kena buat sujud sahwi. malah ada kawan-kawan beritahu yang akan mengulang solatnya jika sedar telah tertinggal qunut. Cuba juga mencari melalui pembacaan tetapi semua menyataan sunat yang dituntut sujud sahwi jika meinggalkannya. Walau bagaimanapon saya tetap memegang kata-kata arwah abah sehingga kini. Alhamdulillah hari ini saya terbaca cacatan tuan, TERIMA KASIH
Assalamualaikum wbt..
ReplyDeleteSaya semakin keliru dgn doa qunut.. adakah wajib atau sunat melakukannya?
Membaca doa Qunut bukanlah satu perkara yg salah kerana solat itu sendiri maksudnya doa suci maka tiadalah salah kita membacanya dlm solat mengikut mazhab Syafie. Imam Syafie membaca doa qunut dlm solatnya, akan tetapi apabila beliau bertandang ke tempat gurunya imam Malik beliau tidak membaca qunut dlm solatnya, tapi bila beliau kembali ketempat asalnya beliau kembali baca qunut dlm solat subuhnya. Perkara ini adalah khilafiah ulamak ataupun maksudnya perbezaan pendapat. Sebahagian mengatakan bahawa qunut itu sunat dan sunat utk sujud sahwi jika teringgal dan sebahagian mengatakan bidaah. Bila berlakunya khilafiah makanya ianya satu rahmat bagi kita untuk berpegang pada mana2 4 mazhab yang diperakui oleh ijmak ulamak. Allah itu maha adil terhadap hambaNya.
ReplyDeletehttp://www.islamituindah.my/hadith-qunut-subuh-adalah-sahih
ReplyDeleteimam syafie berguru dgn imam malik...habistu...kenapa imam syafie tidak mengikut amalan gurunya si imam malik...yg tidak membaca doa qunut di dalam solat subuh...kenapa tidak dibangkitkan persoalaan ini...
ReplyDeletezaman Nabi dulu qunut memang sunat dibace...imam syafie mmpunyai mazhab sendiri..die kaji dulu sbb tu dalam mazhabnye ade qunut dalam solat subuh..
ReplyDeleteMemang ulama ber khilaf dalam bab ni tapi menjadi tanggungjawab setiap mukmin utk meneliti hujah dan sandaran yang digunakan. Percaya lah antara khilaf tersebut pasti akan ada yang lebih dekat dgn kebenaran.
ReplyDeletehttp://aswj-wahhabi.blogspot.com
ReplyDelete