Monday, January 2, 2012

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang tajuk ini, iaitu solat cara Rasulallah (s.a.w). dalam post-post yg lalu kita telah lihat betapa utamanya al-Fatihah itu, kerana Allah (a.w) menjawab bacaan kita dan memberikan permintaan pada 3 ayat terakhirnya. Selaps membaca al-Fatihah kita baca satu surah, spt dijelaskan dalam hadith berikut: 

Membaca Surah Selepas al-Fatihah (Wajib)
Semua kita yang solat tahu, kerana diajarkan semenjak kecil lagi bahawa di dalam solat-solat fardu, kita membaca satu surah selepas al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua, dan kita membaca hanya al-Fatihah sahaja pada rakaat ketiga dan ke-empat, bagi solat yang melebihi dua rakaat. Di bawah ini kita teliti nas dan dalilnya mengapa kita berbuat sedemikian: 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qatadah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersolat bersama-sama kami, maka membaca dia di dalam solat Zohor dan Asar pada rakaat kedua yang mula dengan al-Fatihah dan dua surah pada kedua-dua solat tersebut; dan kadang-kadang beliau menguatkan bacaan; dan adapun lama rakaat yang pertama dari solat Zohor dan lebih panjang dari rakaat kedua, dan demikian (jugalah) pada solat Subuh.’ [Hadith Muslim] 
Hadith di atas menjelaskan kita baca satu surah selepas al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua. Manakala hadith kedua pula memberitahu kita bahawa pada rakaat ketiga dan ke-empat hanya dibaca al-Fatihah sahaja. Jangan lupa bahawa setiap rakaat perlu dibaca al-Fatihah
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abi Qatadah (r.a), katanya hadith daripada bapanya, bahawasanya Nabi (s.a.w) ada membaca di dalam dua rakaat yang awal dari solat Zohor dan Asar dengan al-Fatihah, dan dua surah pada kedua-dua solat tersebut; dan membaca di dalam dua rakaat yang kemudiannya (akhirnya) dengan al-Fatihah sahaja.’ [Hadith Muslim] 
Kebanyakan kita mengerjakan solat tanpa terlebih dahulu menyemak asas ilmu dan sandaran syariatnya. Oleh itu kita tidak diberitahu mengapa semasa bersolat kita hanya baca surah pada rakaat pertama dan kedua dan tidak pula rakaat-rakaat ketiga atau keempat? Melalui hadith di atas itu jelaslah kepada kita sandaran nas dan dalilnya mengikut as-Sunnah.
Saudara, selepas membaca satu surah kitapun bertakbir (yakni, membaca 'Allahu Akbar'), dan kitapun Rukuk. Kita teruskan penelitian kita tentang Rukuk ini dalam post kemudian ini, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment