Friday, January 13, 2012

Nasihat kpd Rakan yg Belum Islam ...

Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita muatkan suatu ketetapan yg, kalau difahami oleh orang yg tidak Islam, dan orang yg Islam tapi jahil, amat baik sebagai panduan. Orang yg tidak Islam, khususnya orang yg menganut agama Yahudi dan orang-orang yg menganuti agama Kristian, Katholiks ataupun Protestants, kerana sedikit sebanyak agama yg mereka anuti itu adalah cebisan ketetapan Allah (a.w) dalam Kitab Taurat dan Kitab Injil. Juga, untuk mereka yg anuti agama yg selainnya, agama yg tiada asas wahyu sedikitpun.
Saudara, asal usul panduan agama orang Yahudi adalah Kitab Taurat yg diberikan oleh Allah (a.w) kpd Nabi Musa (a.s). Tapi, tahun demi tahun, zaman demi zaman, ralib agama Yahudi itu telah  mengubahnya, maka kitab agama yg mereka rujuk sekarang ini tidak lagi sama (atau identical) dgn Kitab Taurat. Begitu juga para padri agama Kristian - Catholics dan Protestants - telah mencipta Kitab Bible (spt The New Testaments) yg tidak lagi sama dgn kitab asal panduan agama kaum tersebut sebagaimana yg dibawakan oleh Nabi Isa (a.s), iaitu Kitab Injil.
Kalaupun, segolongan kaum Yahudi masih ikuti kitab asal Kitab Taurat, namun ketika diturunkan Kitab Injil melalui Nabi Isa (a.s), mereka wajib ikuti ajaran dan panduan Kitab Injil (Kitab Injil superceded = menggantikan ajaran Kitab Taurat). Demikian jugalah dgn al-Quran. Apabila Nabi Muhammad (s.a.w) dilantik menjadi Utusan (Rasul) Allah (a.w) - malah Rasul penamat pula dan dia diutus kpd semua manusia dan semua zaman - dgn membawa al-Quran sebagai panduan agama Allah (a.w), menggantikan agama Allah (a.w) yg dibawakan oleh Nabi Isa (a.s), maka ajaran Isa (a.s) serta panduan Kitab Injil telah digantikan (superceded by) oleh al-Quran dan panduan ajaran Nabi Muhammad (s.a.w), menggantikan sunnah Isa (a.s). Sebenarnya, tidak ada peninggalan Kitab Taurat mahupun Kitab Injil di dunia setelah sekian lama zaman berlalu setelah wafatnya Nabi Musa (a.s) dan setelah Nabi Isa (a.s) diangkat Allah (a.w) ke langit.
Tempoh atau masa Nabi Isa (a.s) diangkat kelangit ketika penentang beliau ingin mensalib beliau dahulu, adalah 600 tahun lamanya, barulah Nabi Muhammad (s.a.w) diangkat menjadi Rasul. [Nota: Kalaulah umur manusia itu umumnya antara 60 hingga 70 tahun maka sudah berlalu 10 generasi manusia sebelum Rasulallah (s.a.w) diutus sebagi Rasul dan al-Quran diturunkan. Sudah pastilah Kitab Injil itu tiada lagi dalam simpanan manusia, terutama dikalangan padri Kristian. Yg ada sekarang adalah Kitab Bible yg bukannya identical dgn Kitab Injil, kerana Kitab Injil tidak menyebutkan bahawa Nabi Isa (a.s) itu adalah anak tuhan atau tuhan! Apatah lagi pula jarak waktu antara Musa (a.s) dgn Isa (a.s) diangkat menjadi Rasul (umur 30 tahun), lebih jauh lagi ribuan tahun pula. Maka tak mungkin pula Kitab Taurat itu wujud.] 
Saudara, yg utama kita nak ceritakan dalam post kali ini adalah kalau-kalau saudara ada rakan akrab beragama Kristian atau Yahudi, sampaikan kpd mereka hadith berikut. Mudah-mudahan mereka boleh renungkan, kalaupun mereka tak sanggup anuti atau berpindah ke agama Islam. 

Tak Islam Tak dapat Syurga
Saudara, hadith di bawah ini memberikan ketetapan Allah (a.w) bahawa jika seseorang itu hidup zaman umat Muhammad (s.a.w), yakni zaman akhir ini, bila Nabi atau Rasul Allah (a.w) adalah Nabi Muhammad (s.a.w), sebagai Utusan atau Rasulallah, dan mereka tak menerima al-Quran dan ikuti ketetapan Nabi Muhammad (s.a.w), yg menjadi Rasul dan Nabi akhir zaman, kemudian mereka mati, tidak Islam, pasti masuk neraka di akhirat kelak.
Diriwayatkan hadith dari Abi hurairah (r.a) hadith dari Rasulallah (s.a.w) bahawasanya dia bersabda: ‘Wal-lazi nafsu Muhammadin biyadihi la yasma’u bi ahadun min hazihil-ummati Yahudiyun wa-la nasraniyun, thumma yamutu wa-lam yukmin bil-lazi ursiltu bihi illa kana min ashabin-nari.’ (Yg bermaksud: ‘Demi Zat yg diriku di dalam genggaman tanganNya (yakni, Allah), tidak mendengar aku seseorang dari ini umat Yahudi dan (tidak mendengar aku seseorang) Nesrani, kemudian mati dan tidak beriman dia dgn apa yg aku diutuskan (yakni, al-Quran), kecuali adalah dia dari penghuni neraka.) [Hadith Muslim, Kitab Iman] 
[Nota:  Hadith ini menyebutkan bahawa orang Yahudi dan orang Kristian yg masing-masing mengamalkan agamanya berdasarkan kitab Allah (a.w) i.e. Yahudi anuti agama mereka berpandukan Kitab Taurat (yakni, Kitab Nabi Musa (a.s), kalaulah wujud) dan orang Kristian yg anuti agama mereka berdasarkan Kitab Injil (Nota: Bukan Bible) (kalaulah wujud Kitab Injil tersebut), jika mati tanpa menerima syariat agama yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w, yakni, agama Islam yg panduannya adalah al-Quran dan as-Sunnah, berdasarkan wahyu Allah (a.w) kpd Nabi Muhammad (s.a.w), pasti masuk neraka. Di dalam al-Quran disebutkan bahawa sesiapa yg berkeyakinan atau akui wujudnya Tuhan Tiga Serangkai atau Isa (a.s) itu tuhan atau anak tuhan, jelaslah kafir. Lagipun, syariat agama Allah (a.w) itu sentiasa silih diganti mengikut zaman dan para rasul yg diutus. Maka, syariat agama Allah (a.w) berdasarkan Kitab Zabur, yg diberikan kpd Nabi Daud (a.s) – Rasul zamannya – telah diganti oleh syariat agama Allah (a.w) mengikut Kitab Taurat, yg diberikan kpd Nabi Musa (a.s) – Rasul zamannya – telah dgantikan oleh syariat agama Allah (a.w) berdasarkan Kitab Injil, yg diberikan kpd Nabi Isa (a.s) – Rasul zamannya. Kemudian apabila syariat agama Allah (a.w) diubah melalui panduan baru Kitab al-Quran, yg diberikan kpd Nabi Muhammad (s.a.w), maka syariat baru berdasarkan al-Quran dan panduan Rasulallah (s.a.w) dinobatkan oleh Allah (a.w). Maka sesiapa yg tidak mahu terima syariat Islam yg panduannya adalah al-Quran dan as-Sunnah, pasti masuk neraka di akhirat kelak, walaupun sbg contoh kaum Yahudi kekal berpandukan Kitab Taurat dan orang Nesrani kekal berpandukan Kitab Injil yg asli (authentic). Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa agama yg diterima Allah (a.w) mulai zaman Rasulallah (s.a.w) sampai kiamatnya dunia adalah agama Islam dan panduannya adalah al-Quran dan as-Sunnah, yg merupakan ketetapan wahyu Allah (a.w). Agama selainnya tidak diterima Allah (a.w). Panduan syariat Islam selain al-Quran dan as-Sunnah juga tidak diterima dan diakui Allah (a.w). Justeru itu, kalau Islampun, tapi ketepikan panduan al-Quran dan as-Sunnah, bila mati kekal masuk neraka, wal iya zubillah.]
Saudara, dalam blog ini kita telahpun teliti  beberapa ketetapan mutlak Allah (a.w). Antaranya, kalau tak Islam segala amalan yg baik seumpama debu, tiada nilai pada Allah (a.w) dan tiada guna pada yg mengamalkannya. Takda ertinya. Tak dapat menolong di akhirat. Kalau tak Islam, tidak boleh ditebus keluar dari dalam neraka dgn harta yg mereka yg kafir miliki, walau sebesar dunia banyaknya serta isinya senilai dunia dan digandakan lagi sebagai wang tebusan, untuk menebus tempat di neraka supaya dapat syurga, takkan diterima - Ayat 36, Surah al-Maidah. Dan, orang yg tak Islam itu hanya boleh dapat syurga kalaulah boleh, firman Allah (a.w), seekor unta masuk ke dalam atau melalui lubang jarum - Ayat 40, Surah al-'Araf. Jawabnya: Mustahil.
Syurga hanya terbuka kpd orang Islam. Namun, Allah (a.w) memberitahu, syurga itu hanya didapati atau diberikan atas dasar amalan dan ibadah kpd Allah (a.w).
Firman Allah (a.w): 'Wa-tilkal jannatul-lati urith tumuha bima kuntum ta’maluna.' [Yg bermaksud: Demikian itulah syurga yang diwariskan (yakni, diberikan) kepadamu (umat Muhammad) disebabkan apa-apa yg dahulu kamu amalkan (atau, kerjakan) (semasa di dunia)] [Ayat 72, Surah az-Zufruf]
Kalau Islam tapi tak solat, tak puasa, tak sedekah, tak keluar zakat, tak infaqkan sebahagian harta kekayaan yg dimiliki, tak nak haji dan sebagainya, pasti tak dapat juga syurga, walaupun Islam! Oleh itu janganlah kita bersenang hati. Kononnya kita Islam syurga dijamin bagi kita! Tidak. Jaminan syurga hanya melalui amalan - buat apa yg disuruh dan tinggalkan apa yg ditegah oleh al-Quran dan as-Sunnah.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. hi,bro/sis. saya promote blog nie dekat blog saya , anyway you really should get a chatbox. MAKE ONE HERE : cbox.ws and put the html code at you sidebar,lagi senang org nk comment/atau cakap ape2 , takdelah susah susah nak check the comment box blog:)

    ReplyDelete