Tuesday, January 3, 2012

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telahpun lihat rukun fe'li dan rukun qauli solat sehingga ke peringkat Duduk untuk Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir. Cara Duduk Tahiyat Awal adalah berbeza dgn Duduk ketika Tahiyat Akhir. Ini kita telahpun tahu dalam post sebelum ini. Yg kita belum semak adalah bacaan Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir itu mengikut ketetapan as-Sunnah.

Membaca Tahiyat - Yg Awal 
Di dalam as-Sunnah terdapat beberapa versi bacaan/Kalimah Tahiyat. Mengikut hadith-hadith at-Termidzi, ada dua bacaan utama bacaan Tahiyat itu. Bacaan mengikut riwayat Abdullah bin Mas’ud (yakni, Ibnu Mas’ud (r.a)) dan bacaan mengikut riwayat Ibnu Abbas (r.a). Kedua-duanya boleh diguna pakai oleh kita untuk mengikuti sunnah Nabi (s.a.w). Cara bacaan riwayat Abdullah bin Mas’ud (r.a), adalah seperti hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) katanya: ‘Telah mengajar akan kami oleh Rasulallah (s.a.w) apabila duduk kami kemudian daripada sempurna mengerjakan dua rakaat solat, yakni disuruhnya membaca Tahiyat yang diajarnya itu akan kami kemudian daripada telah sempurna dua rakaat didalam solat, demikian ini bunyinya, iaitu bahawasanya kami berkata: 'At-tahiyatu lillahi wasolatu watoibatu. Assalamu-alaika aiyuhan nabiyu wa-rahmatullahi wabarakatuhu. Was-salamu ‘alaina wa’ala ‘ibadillahi-solihin na’ Asyhadu-an la ilaha-illah, wa-asyhaduanna Muhammadan ‘abduhu wa-rasuluhu.' [Hadith sahih Bukhari & Muslim] 
Sepotong hadith lain riwayat ibnu Abbas (r.a) memberikan kalimah-kalimah Tahiyat tersebut seperti hadith Qatadah (r.a) juga meriwayatkan bacaan yang serupa dengan hadith di atas itu. Riwayat Abi Musa as-Sya’ari (r.a) memberikan satu bacaan cara lain sedikit daripada cara bacaan Ibnu Abbas (r.a) tersebut. Kalimah Tahiyat Rasulallah (s.a.w) mengikut riwayat Ibnu Abbas (r.a.):
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas (r.a) katanya, ‘Adalah Rasulallah (s.a.w) mengajar ia akan kami akan tasyhad (yakni tahiyat), sebagaimana mengajar ia akan kami akan surah-surah al-Quran) yakni, dengan tajuidnya dan tartilnya dan waqafnya, yakni, diajarkan secara perlahan).’ [Kata Ibn Abbas (r.a)] ‘Maka adalah berkata didalam ajarannya begini: 'Attahiyatul mubarakatus-solawatat-toyibatu lillahi. Assalamu-alaika aiyuhan-nabiyu wa-rahmatullahi wa-barakatuhu. Assalamu ‘alaina wa-ala ‘ibadillahis-solihina. Asyhadu alla-ilaha-illallah, wa-asyahadu anna Muhmmadan ‘abduhu wa-rasuluhu.' [Hadith hasan, gharib dan sahih as Shafiie & Muslim]
Diriwayatkan juga hadith daripada Jabir bin Abdullah (r.a) dengan bacaan Tahiyat yang berbeza dan panjang sedikit. Justeru terdapat lima cara bacaan mengikut riwayat mengenai bacaan Tahiyat itu, tetapi kesemuanya diamalkan oleh Nabi (s.a). Justeru itu, kita bolehlah membuat pilihan yang mana satu hendak diambil pakai dan diamalkan. 
Tahiyat bacaan cara manakah harus kita gunapakai? Ada perbezaan pendapat di kalangan ulama’ mengenai kalimah Tahiyat yang mana terbaik: 
§  Mengikut pengikut-pengikut mazhab as-Shafiie, versi Ibn Abbas itu lebih afdhal kerana terdapat ungkapan ‘al-mubarakatuh’ di dalamnya; dan 
§  Mengikut pendapat segolongan ulama pula, mana-mana versipun sama sahaja kerana Rasulallah (s.a.w) membaca salah satu mengikut kemahuannya. 
Justeru itu, yang penting kita beri perhatian adalah apakah perlakuan Rasulallah (s.a.w)? Jika Rasulallah (s.a.w) membuatnya, maka perlakuan atau kalimah-kalimah yang digunakan adalah sah dari segi syariat dan as-Sunnah. Yang wajib kita ambil ingatan adalah, jangan kita memandai menambah kepada kalimah-kalimah Tahiyat tersebut. 
Daripada penelitian kita dengan sumber al-hadith, ada beberapa versi bacaan Tahiyat itu, iaitu: 
§  Bacaan mengikut riwayat Ibnu Masud (r.a);
§  Bacaan mengikut riwayat Ibnu Abbas (r.a);
§  Bacaan mengikut riwayat Jabir bin Abdullah (r.a);
§  Bacaan mengikut riwayat Abi Musa as-Shaari (r.a). 
Kesemua perawi tersebut adalah sahabat rapat dengan Rasulallah (s.a.w) belaka dan hadith-hadith tersebut adalah sahih. 
Mengikut sepotong hadith daripada Syaqiq, daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), bahawa Abdullah mendengar Nabi (s.a.w) mengajarkan bahawa ketika duduk Tahiyat Awal menyuruh seorang lelaki (yang tersalah bacaannya) membaca dengan kalimat-kalimat tertentu. Begitu jugalah dua hadith lain daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) juga. Mengikut cara bacaan riwayat Abi Musa asy-Syaari (r.a) pula:'Attahiyatut-toyibatus-salawatu lillahi. As-salamualaika aiyuhan-nabiyu warahmatullahi wabarakatuhu. As-salamualaina wa-‘ala ‘ibadillahis-solihiin. Asyahadu-alla-ilaha-illah, wa-asyhadu-anna Muhammadan ‘abduhu wa-rasuluhu.' ‘(Kata Abi Musa) Tahiyat solat itu tujuh (7) kalimat’ [Hadith sahih Ibnu Majah].
Saudara, Tahiyat Akhir itu sempurna apakala kita tambah kpd kalimah-kalimah Tahiyat Awal itu dgn kalimah-kalimah Selawat Atas Nabi. [Nota: Kita diberitahu dalam post yg lalu bahawa solat tanpa Selawat atas Nabi tidak sah. Selawat itu dibaca ketika membaca Tahiyat Akhir.]
Kita telah lihat beberapa versi Tahiyat Awal itu mengikut as-Sunnah. Kesemuanya dibaca oleh Rasulallah (s.a.w). Jelaslah kita diberi kelonggaran untuk memilih yang mana satu kita suka baca, terpulang.
Saudara, ada seperkara yg wajib kita fikir dan renungkan, kelanjuran kita mempelajari kalimah-kalimah Tahiyat itu. Isu telunjuk - mengangkatnya atau menggereakkannya. Ada orang kata telunjuk diangkat ketika dibaca kalimah syahadahdan ada yg kata diangkat sejak mula membaca Tahiyat sampailah kita memberi salam. Ada kata diangkat sahaja tanpa digerakkan. Kalau digerak-gerakkan, kata sesetengah orang, amalan mazhab Wahabbi dan sebagainya. Yg mana benar? Insya Allah, kita akan semak isu ini kemudian nanti dalam post yg akan datang, insya Allah.

Jazakallahu khairah

    

No comments:

Post a Comment