Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti beberapa ayat al-Quran dan potongan hadith tentang akbiat buruk mengerjakan atau mengamalkan sesuatu yg bersifat 'bid'ah'. Kita telah sebutkan firman-firman Allah (a.w) berikut dalam post yg lalu. Oleh kerana utamanya firman-firman Allah (a.w) kita tuliskan semula:
Di dalam al-Quran, Allah (a.w) mengingatkan bahawa sesiapa yang benar-benar Islam dan mengikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) tidak harus merasa takut dan susah, kerana akan diberi ganjaran syurga Allah (a.w) seperti yang dijanjikan dalam Ayat 13 Surah an-Nisa’ itu. Ini difirmankan oleh Allah (a.w) seperti berikut:
Firman Allah (a.w): 'Bala man aslam … (hingga) … walahum yahzanuna) [Maksud: ‘Bahkan, sesiapa yang benar-benar menyerah (atau, berserah) diri kepada Allah (a.w) (yakni, benar-benar Islam) dan sungguh-sungguh mengikuti tuntutan Rasulallah (s.a.w) (yakni, berpandukan as-Sunnah), maka baginya tersedia pahala di sisi Tuhannya, dan tidak akan merasa takut atau susah (di akhirat nanti mendapat syurga) ….’] [Ayat 112, Surah al-Baqarah].
Jelasnya, amal dan ibadah yang diterima oleh Allah (a.w) hendaklah memenuhi dua syarat: pertama, ikhlas beramal dan beribadah kerana Allah (a.w) semata-mata; dan kedua, tepat dan sesuai dengan tuntutan Rasulallah (s.a.w) (yakni, mengikuti as-Sunnah). Bila amal dan ibadah itu ikhlas, tetapi tidak mengikuti metetapan as-Sunnah maka tidak diterima Allah (a.w), sebagaimana disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa beramal dengan sesatu amalan tidak menurut tuntutan kami, maka amalannya tertolak.’ [Hadith Muslim]. Maka dengan itulah Allah (a.w) memberitahu dalam Ayat 23, Surah al-Furqan:
Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qadimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna haba-an mansyuran.' [Maksud: Dan Aku (Allah (a.w)) periksa amalan mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan debu sahaja segala apa yang diamalkan) [Ayat 23, Surah al-Furqan]
Dan, kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah, dengan firman Allah (a.w) yang berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah.' [Maksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu mereka telah beramal dengan bersusah payah @ Akhirnya masuk ke neraka yang sangat panas.] [Ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah]
Maksudnya, walaupun bersusah payah mengerjakan amalan dan ibadah, tetapi nyata tidak mendapat pahala. Kerana, semua amalannya tertolak. Tidak diterima Allah (a.w) sebagaimana amalan yang sah. Tak ubahlah seperti orang yang menyembah patung-patung juga. Warak tetapi takda gunanya. Kerana, mereka tidak menyembah Allah (a.w). Maka dengan itulah wajib kita berwaspada kerana amalan yang diterima sebagai sah hanya jika menepati dua syarat, iaitu ikhlas beramal dan tepat mengikut ketetapan as-Sunnah sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam praktikalnya! Rasulallah (s.a.w) sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengerjakan perintah Allah (a.w) tanpa ilmu. maka dengan itulah Allah (a.w) wahyukan kepadanya. Dan, apabila perlu ditunukkan sejelas-jelasnya, maka Allah (a.w) perintahkan malaikat Jibril (a.s) turun ke langit dunia menjelmakan diri sebagai seorang lelaki muda berpakaian serba putih mengajarkan Rasulallah (s.a.w).
Dalam konteks solat fardu, Jibrail (a.s) turun menemui Rasulallah (s.a.w) dan mengimamkan solat-solat fardu sambil memberitahu Rasulallah (s.a.w) waktu mulanya setiap solat dan waktu penamat setiap solat fardu yang lima. Para sahabat kemudian diajarkan serta ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) menasihatkan anak-anak muda yang belajarnya dengannya tentang solat dengan sabdanya: ‘Sollu kama ra-aitumuni usalli’ itu [Hadith Bukhari]. Semua ibadah dan amalan dalam syariat Islam diajarkan dan ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka dengan itulah Allah (a.w): 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' - Ayat 36, Surah al-Isra') dan Rasulallah (s.a.w) melarang kita mengerjakan sesuatu ibadah dan amalan tanpa ilmu atau tanpa terlebih dahulu faham bagaimana hendak mengerjakan atau amalkan sesuatu amalan atau ibadah!
[Nota: Islam yang benar dan hak itu adalah semata-mata menepati ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Amalan dan ibadah yang tidak sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah amalan dan ibadah yang batil. Tidak akan diterima Allah (a.w), walapun pada kacamata manusia nampak begitu cantik dan baik!]
Jazakumullahu khairah
No comments:
Post a Comment