Monday, January 9, 2012

Syariat Solat: Solat Subuh & Doa Qunut (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat beberapa hadith mengenai Doa Qunut Nazilah ini. Dalam post ini kita teruskan sedikit lagi supaya umat Islam yg mengikuti blog ini faham bahawa pertama, tiada syariat Islam membaca Doa Qunut pada Solat Subuh, atau mana-mana solat fardupun dan mana-mana solat sunatpun kecualilah dalam Solat Witir 15 Ramadhan sehingga akhir Ramadhan (i.e. kelihatan anak buklan Syawal). Kedua, yg ada diperbuat oleh Rasulallah (s.a.w) adalah membaca Qunut Nazilah - suatu Doa Qunut Khas - untuk mendoakan kehancuran kpd 5 perkampungan munafiq Arab yg membunuh 69 drp 70 para ulama'/mubaligh Islam zaman itu yg diutus Rasulallah (s.a.w) mengajarkan syariat agama Islam kpd mereka atas permintaan mereka yg dusta, sebaliknya untuk menghancurkan Islam dgn membunuh segolongan para ilmuwan Islam zaman tersebut.
Justeru itu, harus diingat bahawa hadith-hadith yg kita telah teliti dalam post yg lalu ini adalah menyatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) sememangnya ada membaca qunut pada solat Subuh dan solat Maghrib, dan di dalam hadith dibawah ini pula solat Zohor dan solat Isya’. Dengan lain perkataan, doa qunut (Nazilah) itu di baca pada semua solat fardu. Dan, mengikut hadith berikut dibaca pada rakaat terakhir selepas Ruku’ yakni semasa Iktidal, dan isi doanya mendoakan kesejahteraan kepada orang-orang Mukmin dan kebinasaan kepada orang-orang kafir di dalam desa-desa Arab tersebut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Salamah (r.a) hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata (kepada Abi Salamah): ‘Maka mencontohi aku pada kamu (yakni, menunjukkan) solat Rasulallah (s.a.w) (yakni, Abu Hurairah (r.a) berkata kepada Abi Salamah, dia hendak tunjukkan amalan Rasulallah (s.a.w) mengenai bacaan Qunut Nazilah tersebut)’. Berkata Abi Salamah (r.a): ‘Maka adapun Abu Hurairah membaca Qunut di dalam rakaat akhir dari solat Zohor, dan solat Isya’, pada rakaat terakhir, dan solat Subuh selepas dia membaca ‘Samiallahu liman hamidah’, maka mendoa dia (yakni, doa qunut nazilah) bagi orang-orang mukmin dan mela’nat dia orang-orang kafir.’ [Hadith sahih an-Nasa’i] 
Jelas hadith ini merujuk kepada peristiwa yang sama iaitu selama sebulan Rasulallah (s.a.w) menyuruh umat Islam di mana-mana sahaja masa itu supaya membaca doa Qunut (Khas) untuk mendoakan kesejahteraan kepada orang Islam dan kehancoran kepada orang-orang musyrik (kafir) itu. Dalam hadith ini Abi Salamah (r.a) menceritakan semasa Abu Hurairah (r.a) mengimamkan satu jemaah umat Islam di suatu tempat, dia (Abu Hurairah (r.a)) mengerjakan solat sebagaimana dikerjakan oleh Rasulallah (s.a.w) membaca Qunut khusus tersebut pada semua solat fardu dengan doa Qunut khusus sebagaimana Rasulallah (s.a.w) mendoakan kebaikan kepada orang mukmin dan kehancoran kepada orang-orang kafir dan munafiq.
Saudara, kita lihat pula perkara yg sama disebutkan dalam riwayat lain, spt Imam Muslim dan Imam Abu Daud dalam kitabnya.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman bin Auf berkata mendengar hadith daripada Abu Hurairah yang berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) berdoa semasa solat Subuh (doa Qunut Nazilah) ketika sudah takbir selepas Ruku’ dengan bersabda (yakni, membaca): ‘Sami-allahu liman hamidah’[Maksud: Sesungguhnya telah mendengar Allah (a.w) orang-orang yang memujinya], kemudian semasa berdiri (Iktidal) dia berdoa: ‘Selamatkanlah al-Walid bin Walid, Salama bin Hisyam, Ayasy bin Rabia’, dan orang-orang yang lemah di kalangan umat Islam. Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Engkau azablah (kaum) Mudar dan turunkanlah kemarau panjang sebagaimana Engkau turunkan kepada kaum Nabi Yusof (a.s). Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Engkau laknatlah (kaum) Lihyan, Ri’lin, Zakwan dan Usyaya kerana mereka derhaka kepada Allah (a.w) dan RasulNya.’ [Hadith ibnu Majah]
Mengikut sepotong hadith lain, kalimah-kalimah doa Qunut (Nazilah) yang dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) adalah sebagaimana hadith di bawah ini. Kalimah tersebut bukanlah kalimah Qunut yang kit abaca sekarang ini.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) menceritakan bahawasanya Nabi (s.a.w) berqunut selepas Ruku’ di dalam solat selama sebulan, ketika berkata (yakni, membaca Tasbih) ‘samiallahu liman hamidah’, berkata (yakni, membaca) ia di dalam qunutnya: 'Allahumma najji Walidadnil-Walid, allahumma najji Salamah bin Hisyam, allahumma najjil mustad’afina minal mukminina, allahummasy-dud wat’ataka ‘ala Mudara, allahummaj-‘alha ‘alaihim sinina kasini Yusofa.' [Maksud: Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Selamatkanlah Walid bin Walid, ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Selamatkan Selamat bin Hisyam. Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Selamatkanlah ‘Aiyasy bin Abi Rabi’ah. Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Selamatkanlah orang-orang yang lemah dari kalangan orang yang beriman. Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Engkau kuatkanlah seksaanMu atas kaum Mudar. Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Engkau jadikanlah atas mereka tahun-tahun yang kemarau seumpama (kemarau) zaman Yusof (a.s).’ Berkata Abi Hurairah (r.a): ‘Meninggalkan doa (tersebut) selepas (sebulan).’ [Hadith Muslim, Kitab Solat & Abu Daud]
Terdapat beberapa hadith yang hampir-hampir sama dengan dua petikan hadith di atas dalam kitab-kitab hadith lainnya, mengenai Qunut Nazilah ini. Yang jelasnya, selepas sebulan berbuat Qunut khas itu, amalan membacanya diberhentikan oleh Rasullah (s.a.w), mengikut hadith di atas dan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Qatadah (r.a) hadith daripada Anas (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) membaca Qunut (nazilah) selama sebulan mendoakan (kemusnahan) atas desa Haiyidari desa orang-orang Arab, kemudian dihentikannya.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Cuba kita teliti pula hadith berikut. Perakar yang sama yang disebutkan oleh Qatadah tersebut juga disebutkan oleh ibnu Abbas:
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Berqunut Rasulallah (s.a.w) selama sebulan … pada solat Zohor, dan ‘Asar, dan Maghrib, dan Isya’, dan solat Subuh di akhir solat tiap-tiap solat ketika (selepas) berkata (yakni, membaca) ‘Samiullahu waliman hamidah’ (yakni, Tasbih bangun dari Ruku’) pada rakaat akhir berdoa atas Ahyak dari bani Sulaim, atas Rihlin, dan Zakwan dan ‘Usaiyah dan mengaminkan orang-orang dibelakang beliau (yakni, makmum).’][Hadith Abu Daud]
Alhamdulillah, kita telahpun faham sekarang. Tiada syariat Doa Qunut pada Solat Subuh. Suatu masa dalam perkembangan Islam, Rasulallah (s.a.w) terpaksa suatu masa mendoakan kehancuran atau kecelakaan kpd orang-orang munafiq yg membunuh mubaligh Islam. Selepas sebulan didoakan, maka kampung-kampung yg terlibat mengalami kemarau yg menghapuskan segala tanaman dan mematikan segala ternakan, sehinggalah kebuluran penduduk diperkampungan tersebut. Musnah mereka sebagaimana musnahnya orang Mesir zaman Nabi Yusof (a.s) yg mengalami kemarau tanpa air selama tujuh tahun.
Spt yg dijanjikan, insya Allah kita akan teliti akibat mengamalkan bid'ah dalam post yg akan datang.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment