Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telahpun teliti isu penting dalam Islam, iaitu zakat dan infaq. Kita timbulkan isu perbelanjaan pihak berkuasa zakat Wilayah Persekutuan membiayai kos bayaran peguam oleh menteri agama baru-baru ini yg dipersoalkan oleh beberapa pihak.
Saudara., kalau saudara kaji dan teliti kehebatan para pemimpin Islam semenjak zaman Adam (a.s), sampailah ke zaman kini, kita akan dapati begitu banyaknya contoh yg menunjukkan pemimpin Islam hari ini tak sampai kemana jika dibandingkan dgn kepimpinan Islam yg lampau. Hari ini kita lihat pemimpin Islam memiliki ciri-ciri berikut: Pertama, dia mendapat gaji yg lumayan dari perbendaharaan negara. Apabila bersara mendapat pula gratuiti yg banyak, dan pencen yg lumayan. Kedua, semasa menyandang jawatan dia dibiayai membuat lawatan kerja dgn biayaan dari sumber perbendaharaan negara. Ketiga pakaianya, termasuk kasut dan sebagainya yg dibiayai oleh wang perbendaharaan. Keempat, diberikan tempat tinggal yg luas lagi indah serta cukup dgn peralatannya. Kelima, dia dan keluarganya diberikan kenderaan yg mahal-mahal pula, berlebihan dari keperluannya. Keenam, apakala meluluskan sesuatu projek dia pula diberi hadiah yg berbagai dan dalam berbagai bentuk kerana rasa terhutang budi orang yg diberikan anugerah projek. Dia terima dgn penuh senyum simpul pula. Ketujuh, ada pemimpin yg sengaja mencari wang dan kekayaan dalam masa tugas mereka - selagi berkuasa, selagi itu mencari laba - tak kira banyak atau sedikit. Inilah satu-satunya yg sering terdengar dan dipaparkan oleh berita. Kedelapan, pembaziran oleh para pemimpin dalam banyak perkara semasa menyandang tampuk kuasa dalam pentadbiran kerajaan.
Saudara, ada banyak lagi. Dalam menceritakan isu kepimpinan dan pemimpin ini, kita ditonjolkan oleh Islam contoh pemimpin-pemimpin terbaik di kalangan para rasul dan para nabi, termasuk mereka yg diberi gekaran 'ulul azmi'. Antaranya adalah Nabi Daud (a.s). Insya Allah kita lihat sedikit cebisan ketokohan dan keagungan Nabi Daud (a.s) sebagai Nabi, Rasul dan Raja (pemimpin umat Islam). Cerita Nabi Daud (a.s) ini ada dalam al-Quran dan dalam as-Sunnah. Cuba lita teliti sedikit sebagai menunjukkan bahawa sehebat manapun pemimpin Islam zaman ini, zaman akhir ini, tiada siapa yg dapat mebnfalahkan ketokohan Nabi Daud (a.s).
Contoh Pemimpin Terbaik
(a) Makan Dari Usaha Sendiri
Saudara, kita lihat hadith berikut yg menceritakan kehebatan Nabi Daud (a.s) yg walaupun raja, memiliki kerajaan yg kaya zamannya, dia tidakpun mengambil wang atau habuan dari perbendaharaan negaranya:
Menceritakan hadith dari Ibrahim b Musa menceritakan hadith dari Isa hadith Tahuri dari Khalid b Ma’dan hadith dari Miqdam (r.a) hadith dari Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ma akala ahadun to’aman qattun khairan min ‘an yakkula min ‘amali yadihi; wa-inna nabiyillahi Daudan (a.s) kana yakkulu min amali yadihi.’ (Yg bermaksud: Tidak makan seseorang suatu makanan sama sekali lebih baik dari bahawa memakan dari usaha kedua tangannya sendiri, dan sesungguhnya Nabi Allah (a.w) Daud (a.s) adalah dia makan dari kerja-kerja kedua tangannya.) [Hadith Bukhari, Kitab Jual Beli]
Saudara, Nabi Daud (a.s) dikurniakan Allah (a.w) mukjizat pada kedua tangannya yg membolehkan dia melembutkan besi dgn tangannya sendiri. Dilemputkan dan dibentuk besi itu dan 'menjahitnya' untuk dibentuk menjadi baju besi yg digunakan untuk peperangan. Nabi Daud (a.s) menjualnya. Hasil jualan sedemikian itu dipergunakannya separuh untuk diri dan keluarganya dan separuh untuk fi sabilillah. Walaupun beliau, memiliki 100 orang isteri, dia mampu menyara kesemua mereka itu tanpa mengambil sesenpun dari perbendaharaan negaranya. Adakah mana-mana pemimpin yg tidak mengambil wang dari perbendaharaan negara untuk dirinya? Atau, mengambil sedikit sahaja dan menambah dari usaha atau hartanya sendiri?
(b) Tidak Makan Bukan Usahanya Sendiri
Saudara, hadith di bawah ini memperkuatkan lagi cerita di atas itu. Bukan sahaja Nabi Daud (a.s) manyara diri dan keluarga tanpa mengambil sedikitpun dari perbendaharaan negaranya, lebih dari itu. Dia tidak akan makan sesuatu yg didapatinya dari sumber yg bukan hasil atau titik pelunya sendiri, yakni yg dicarinya sendiri.
Diriwayatkan hadith dari Hisyam b Munnabih menceritakan hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Rasulallah (s.a.w) (berkata): ‘Anna Dauda ‘alaihis-salamu kana la yakkulu illa min ‘amali yadihi.’ (Yg bermaksud: Bahawasanya Daud (a.s) adalah dia tidak makan kecuali dari usaha kedua tangannya sendiri.) [Hadith Bukhari, Kitab Jual Beli]
Saudara, dalam pada itu, Nabi Daud (a.s) terkenal dgn dua perkara pula,iaitu: pertama, cara beliau mengabdikan diri kpd Allah (a.w) sangat disukai Allah (a.w), iaitu Nabi Daud (a.s) tidur seperdua malam (6 jam), kemudian bangun untuk qiamul-lail sepertiga malam (4 jam), dan kemudian tidur semula seperenam jam (2 jam). Inilah amalan antara yg terbaik di kalangan umat Islam. Apakah kita mampu kerjakan? Kedua, Nabi Daud (a.s) mengerjakan puasa yg amat disukai oleh Allah (a.w), iaitu dia berpuasa selang sehari - yakni sehari puasa sehari tidak, sepanjang hidupnya - Puasa Nabi Daud. Mampukan kita kerjakan sedemikian? [Nota: Dalam zaman Rasulallah (s.a.w) ada sahabat yg ingin mendemokan kesyuurannya serta mempertingkatkan pegabdiannya pada Allah (a.w) ingin berpuasa setiap hari. Maka dilarang oleh Rasulallah (s.a.w). Sebaliknya, Rasulallah (s.a.w) menyarankan supaya beliau kerjakan Puasa Nabi Daud ini. Tiada puasa sunat yg terbaik selain puasa ini.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment