Wednesday, January 4, 2012

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita hampir selesai menyemak as-Sunnah mengenai cara Rasulallah (s.a.w) bersolat itu sejajar dgn sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (Yg bermaksud: Bersolatlah kami sebagaimana kamu melihat aku (Nabi) bersolat.). Allah (a.w) berfirman pada Ayat 7, Surah al-Haysr, bahawa kita yg Islam dan beriman wajib patuhi ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti as-Sunnah. Kita juga diberitahu oleh Allah (a.w) bahawa jika kita taati ketetapan Rasulallah (s.a.w), bererti, sudah pasti kita taati Allah (a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa'. Pendeknya, segala amalan dan ibadah kita - bentuk, kaedah dan cara amalan kita - hendaklah menepati bentuk, cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) beramal dan beribadah. Kita diingatkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) bahawa dalam Islam kita wajib ilmukan diri kita dahulu sebelum kita membuat sebarang amalan atau mengerjakan sebarang ibadah, kerana beramal dan beribadah tanpa didasari oleh ilmu, pasti amalan dan ibadah kita itu salah, walaupun betul, maka ditolak atau tidak diterima oleh Allah (a.w). Malah amalan dan ibadah sedemikian itu berkemungkinan besar tersasar dari ketetapan Islam, pastilah dicemari oleh sesuatu yg bersifat bid'ah atau pembaharuan dalam perkara agama - tiada diajarkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) walaupun dicontohkan atau diajarkan oleh ulama' sekalipun.
Sehubung itulah kita wajib berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan mendapatkan bimbingan dari mereka yg faham dan faqih tentang Islam. Dalam perkara ini tidak semua mereka yg dikatakan ulama' faham dan faqih kecualilah mereka belajar dari guru yg faham dan faqih tentang Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, menyambung perbincangan kita tentang solat, kita lihat bahagian akhir cara bersolat mengikut as-Sunnah atau Rasulallah (s.a.w) - Tahiyat Akhir dan memberi 'Salam' di akhirnya. Solat kita selesai setelah memberi 'salam' (= menyebut 'Assalamualaikum wa-rahmatullah' sambil menoleh ke kanan dan menyebutnya sekali lagi sambil menoleh ke kiri).
Apabila kita teliti perlaku semasa duduk Tahiyat, akan kita dapati begitu banyak pula kelainan dari segi perlakuan (rukun fe’li). Semasa pada rakaat kedua hendaklah duduk ‘iftirasy’ (iaitu meletakkan ponggong sebelah kiri di atas tumit kaki kiri, yang dilipat tapak kaki kiri manakala hujung jari-jari kaki kanan ditegakkan sebelah kanan ponggong. Rasulallah (s.a.w) melarang duduk cara lain semasa Tahiyat Awal itu. Pada Tahiyat Akhir pula cara duduknya kaki kiri dilipatkan supaya tapak kaki keluar ke kanan dari bawah betis kanan, sementara ponggong sebelah kiri terletak di bumi (yakni, tikar solat) dan tumit kaki kanan ditegakkan di atas hujung jari-jari kaki.

Tahiyat Akhir 
Tahiyat Akhir itu mengandungi dua komponen, satu komponen telahpun kita tahu melalui post yg lalu, iaitu Tahiyat Awal, yg akhirnya adalah kalimah syahadah ' Asyhaduallailaha ilallah, wa-asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa-rasuluh'; dan komponen keduanya adalah 'Selawat atas Nabi'. Kita diberitahu, solat tanpa membaca selawat atas Nabi tidak sempurna dan tidak sah.
Cara duduk semasa membaca Tahiyat itu dijelaskan dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada seorang daripada para tabi’in yang dipercayai riwayatnya namanya Abbas bin Sail al Sai’di katanya: ‘Telah berkumpul Abu Hamid (Abdul Rahman bin Said bin Munzar), Abu Said (Malik bin Rabi’at), Sahil bin Saad dan Muhammad bin Musalmat, di dalam mereka itu bermuzakarah mereka (yakni mengingatkan masa mereka bersama Nabi (s.a.w) solat berjemaah) sebagaimana kata Abbas: ‘Maka mengingat-ingatkan mereka itu akan solat Rasulallah (s.a.w), [yakni masing-masing berkata solatnya begini-begini dan kata seorang demikian pula menyungguhkan atau menambah tahkiknya].  Maka didalam hal demikian berkatalah Abu Hamid Abdul Rahman bin Saad bin Munzar as-Saadi as-Syaari (r.a): ‘Aku lebih ingat daripada kamu sekelian dengan solat Rasulallah (s.a.w).’ [Mengikut tambahan pada riwayat Abu Daud (r.a) katanya: ‘Kata mereka itu kerana apa kamu lebih ingat daripada kami? Maka demi Allah (a.w)! Tiada ada engkau lebih daripada kami mengikutinya, dan tiada pula engkau lebih dahulu daripada kami menjadi sahabatnya dan bertambah bagi tahari pula.’ ‘Kata seorang dari mereka: ‘Dari mana kamu lebih ingat daripada kami?’ Jawabnya (Abu Hamid): ‘Aku perhatikan sungguh-sungguh akan solat Nabi (s.a.w) itu hingga aku hafaz akan dia.’Kata Abu Hamid: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) telah aku lihat duduknya, yakni duduk bagi tahiyat maka menghampar dia (yakni melipat dia) akan kakinya yang kiri, dan memperhadap ia dengan hadapan kaki kanannya (yakni belakang kakinya) dihalakannya ke qiblat dengan didirikannya, dan ia meletakkan duduknya atas lipat kaki kiri, dan meletak ia akan tapak tangan kirinya atas lutut kirinya, dan menghantar ia akan tangannya yang kanan itu atas lututnya yang kanan dengan menggenggamkan segala jarinya yang kanan melainkan jari telunjuk’, [sebagaimana kata Abu Hamid], dan mengisyarat ia dengan jarinya, yakni dengan telunjuknya.’ [Hadith Hassan lagi sahih, at-Termidzi] 
Menggerak-gerakan Jari Telunjuk 
Saudara, dalam perkara Tahiyat itu, kita pernah mendengar cakap-cakap majoriti tok guru, ustaz dan ulama', bahawa ketika membaca kalimah syahadah itu kita angkat jari telunjuk kita, dan selesai kita turunkan semua jari telunjuk kita. Ada juga komen mereka bahawa menggerak-gerakkan jari telunjuk ke atas dan ke bawah ketika membaca Tahiyat itu adalah amalan mazhab selain Mazhab as-Syafie atau, lebih tepat kata mereka, adalah amalan ajaran atau pengikut Wahhabi. Soalnya? Betulkah keta mereka? Atau mereka sebenarnya jahilkan ilmu as-Sunnah? Kerana, Nabi (s.a.w) buat dan dikatakan oleh mereka menyimpang dari amalan atau praktikal 'ahlus sunnah wal-jama'ah'? Kita lihat as-sunnah, khususnya hadith berikut. Kita telah temui sepotong hadith yg kita turunkan di atas tadi, bagaimana Rasulallah (s.a.w) duduk pada Tahiyat dan menggerakkan jari telunjuknya. Kita teliti selanjutnya di bawah ini.
Hadith ini menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w), semasa duduk Tahiyat, menggenggam jari-jari tangan kanannya dengan jari hantunya bertemu dengan ibu jari seolah-olah berupa satu bulatan, sementara jari telunjuknya diluruskan ke depan dan digerak-gerakkannya telunjuk itu ke atas ke bawah semasa membaca Tahiyat itu. Terdapat juga hadith yang mengatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) juga biasa membuat satu kaedah lain, iaitu menggenggam jari-jari tangan kanan dengan meluruskan jari telunjuknya tanpa digerakkannya, sepanjang masa membaca Tahiyat.
[Nota: Jika kita belajar ilmu al-Hadith daripada guru bermusnad, kita akan diberitahu dua hadith yang menyebut bahawa jari telunjuk tersebut membuat ‘isyarat’ (yakni digerak-grakkan): satu cara atas ke bawah dari mula hingga tamat Tahiyat, atau satu cara lagi melurukan jari telunjuk tetapi tidaklah lurus betul tetapi bengkon sedikit, dari mula sampai berakhirat Tahiyat tersebut.]
Dalam perkara Tahiyat ini, ada beberapa kelainan yang ketara tentang bagaimana jari telunjuk kita itu kita gerakkan. Jika kita perhatikan rakan-rakan kita bersolat jelas tidak ramai yang mengikuti salah satu kaedah ini.  Malah berlaku seperti: tidak menggenggamkan jari-jari tangan kanan, mengangkat telunjuk tinggi serta jegang dan keras (stiff) apakala membaca ‘Asyhadu-alla-ilaha-illah …’. Kaedah ini tidak ada di dalam as-Sunnah kerana tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w)!

Selawat Atas Nabi (s.a.w) (Wajib) 
Di dalam post ini kita teliti tentang hadith yang menyatakan bahawa tidak sah solat tanpa berselawat ke atas Nabi (s.a.w). Juga, tidak sempurna Doa jika tidak berselawat ke atas Nabi (s.a.w). Allah (a.w) menyuruh umat manusia (khususnya yang Islam) supaya berselawat atas Nabi (s.a.w) - Ayat 57, Surah al-Akhzab. Juga, Rasulallah (s.a.w) bersabda sesiapa yang berselawat atasnya akan dibalas Allah (a.w) dengan sepuluh selawat ke atasnya. Sesiapa yang berselwat akan mendapat syafaat Rasulallah (s.a.w) di akhirat kelak.
Saudara, dalam perkara solat, kita diberitahu bahawa satu komponen atau bahagian utama dalam Tahiyat itu adalah berselawat ke atas Rasulallah (s.a.w).  Apakah kalimah-kalimah ‘selawat’ itu? Kita telah ketahui di atas tiga versi ‘selawat’ yang penuh itu. Ada variasi lain pula seperti dijelaskan di dalam beberapa hadith lain.
Terdapat beberapa hadith yang menjelaskan beberapa kelainan bacaan ‘selawat’ atas Nabi (s.a.w) dalam Tahiyat itu. Namun begitu oleh kerana setiap satu itu merupakan amalan Rasulallah (s.a.w), maka adalah sebahagian daripada sunnahnya, maka boleh dipakai yang mana satu. Pembaca yang ingin tahu lebih lanjut bolehlah merujuk kepada kitab-kitab hadith dengan merujuk kepada:
(a)    Satu bacaan mengikut hadith Abi Said al-Khudri (r.a);
(b)    Satu bacaan mengikut hadith Abi Laili (r.a) daripada Kaab bin Ujrah (r.a);
(c)    Satu bacaan dari riwayat Abi Humaidin as-Syaa’ri (r.a);
(d)    Satu hadith daripada Ibnu Mas’ud (r.a); dan
(e)    Satu riwayat daripada ‘Amir bin Rabiah (r.a), daripada bapanya.
Kesemua hadith yang memberitahu kita beberapa kelainan kalimah-kalimah Tasyhad (yakni, Tahiayat) itu diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) para sahabat. Saudara, kesemua versi boleh dipakai, kerana semuanya di dalam as-Sunnah. Yang tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) adalah kita meluruskan jari telunjuk apakala menyebut kalimah syahadah: ‘Asyhadu-allaila-haillallah’ . Yang diajarkan mengikut as-Sunnah dua kaedah sahaja, iaitu: kaedah pertama, satu kaedah mengangkat jari telunjuk ke atas sedikit sepanjang masa kita membaca Tahiyat; atau kaedah kedua, kita menggerak-gerakan jari telunjuk turun naik sepanjang Tahiyat.
Jelaslah, jika kita perhatikan perbuatan atau perlakuan jemaah di kalangan kita berbagai-bagai cara pula. Kesemua yg dibuat tidak sama dgn apa yg dianjurkan oleh Nabi (s.a.w), spt yg kita sebutkan dua cara tadi.
Saudara, mengambil maklum bahawa Tahiyat itu mengandungi dua komponen. Komponen pertama telah kita lihat dalam post sebelum ini. Komponen kedua, iaitu berselawat atas Nabi (s.a.w) disebutkan dalam hadith-hadith berikut. Yg penting diingatkan adalah sesiapa yang tidak berselawat ke atas Nabi (s.a.w) dalam solatnya, maka solatnya batal:
Diriwayatkan hadith daripada Abdil Muhaimin bin Abbas bin Sahli bin Sa’dis –Saidi, hadith daripada bapanya, daripada datoknya, hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwudu’ bagi solat itu, dan tidak ada wudu’ bagi orang yang tidak menyebut ‘ Bismillah’ atas wudu’nya, dan tidak ada solat bagi orang yang tidak berselawat atas nabi (s.a.w), dan tidak ada solat bagi orang yang tidak mengasihi orang Ansar (yakn, orang Madinah pada zaman Nabi (s.a.w)).’ [Hadith ibnu Majah, Kita Toharah]
Yang penting kita ambil perhatian di dalam hadith di atas itu adalah: Tidak sah solat tanpa membaca ‘selawat’. Begitu juga wudu’ yang kita telah semak ilmunya dalam Blog ini. Satu cara selawat adalah:
Diriwayatkan oleh Abi Mas’ud (r.a): Ibnu Masu’d (r.a) berkata bahawa Nabi (s.a.w) memberitahu dia tentang ‘selawat’ itu membaca: 'Allahumma-salli ‘ala Muhammad, wa’ala ali Muhammad, kama sollai-taala ‘ala ali Ibrahim, wa barik ‘ala Muhammad, wa’ala ali Muhammad, kama baraktaala ‘ala ali Ibrahim, fil ‘alamina innaka hamidum-majid)’ [Hadith sahih riwayat an-Nasa’i]
Terdapat beberapa versi ‘selawat’ ini dalam hadith. Tetapi pada asasnya tidak banyak perbezaannya. Apa yang jelas, Nabi (s.a.w) pernah membaca beberapa versi. Di dalam hadith berikut dijelaskan sendiri oleh Rasulallah (s.a.w) bagaimana berselawat itu:
Diriwayatkan hadith daripada Mas’ud al-Ansyari (r.a) berkata: ‘Ketika kami dalam majlis Saad bin Ubadah (r.a), datang Nabi (s.a.w) lalu bertanya Basyir bin Saad kepada beliau dengan katanya: ‘Diperintah Allah (a.w) bahawasanya berselawat kami atas kamu, wahai Rasulallah (s.a.w)! Maka bagaimana kami berselawat atas engkau?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Katalah olehmu 'Allahumma solli ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammad. Kama sollaitaala ‘ala ali Ibrahima, wa-barik ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammadin, kama barakta ‘ala ali Ibrahima, fil-‘alamina innaka hamidum-majidun.' [Maksud: (Kata Abu Mas’ud:) ‘Dan (cara memberi salam itu) sebagaimana sungguh-sungguh telah tahu kamu.’ [Hadith Muslim]
Demikianlah dua versi ‘Selawat atas Nabi (s.a.w)’ itu, iaitu satu berpandukan hadith an-Nasa’i dan satu lagi mengikut hadith Muslim. 
Diriwayatkan hadith daripada bni Qasim berkata menceritakan kepadaku hadith oleh Malik hadith daripada Nu’im bin Abdillah al-Jumraani (pengutip umbut) bahawa Muhammad bin Abdillah bin Zaid al-Ansari dan Abdullah bin Zaid yang bermimpi dengan panggilana untuk solat (Azan) mengkahabrakan kepadanya hadith dari abi Maud al-Ansari bahawa dia berkata: ‘Datang kepada Rasulallah (s.a.w) di dalam majlis Sa’id bin ‘Ubadah, maka berkata kepadanya Basir bin Sa’din: ‘Memerintah atas kami Allah (a.w) Yang Maha Mulia dan Maha Agung supaya berselawat atas engkau wahai Rasulallah (s.a.w), maka bagaimana (hendak) berselawat atas engkau?’ Maka terdiam Rasulallah (s.a.w) sehingga mengharap kami bahawasanya tidak ditanya padanya soalannya (tersebut) (kata perawi). Berkata (abi Masud) bersabda Nabi (s.a.w): ‘Kamu ucapkanlah ‘Allahumma solli ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammad; kama sollaita ‘ala ali Ibrahima; wa-barik ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammad, kama barakta ‘ala ali ibrahima; fil ‘alamina innaka hamidun majidun.’. Dan memberi salamlah kamu (sesudah itu) sebagaimana yang kamu sudahpun ketahui (maklum).][Hadith an-Nasai]. [Nota: Rujuk firman Allah (a.w) dalam al-Quran ‘In-nallahu wal malaikatahu usallu na ‘alan-nabii; ya aiyul-lazi na-amanu sallu ‘alaihi wassallimu taslima [Ayat 57, Surah al-Akhzab][Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) dan para malaikat kesemuanya berselawat ke atas Nabi (s.a.w), maka wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya].
Saudara, demikianlah tiga versi atau variasi 'Selawat atas Nabi' itu. Salah satunya sah diamalkan.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment