Assalamualaikum,
Saudara, baru-baru ini kita terbaca kontroversi berikutan perbelanjaan sebuah badan agama bertanggungjawab mengutip, mengurus dan mengagihkan kutipan zakat fitrah, kerana katanya dibelajankan bagi membiayai bayaran peguam terhadap Menteri Agama, Mohd Khir. Dikatakan tak boleh menggunakan wang fi sabilillah untuk tujuan selain yg ditetapkan oleh agama penggunaannya. Maka menggunakannya untuk membiayai kos peguam oleh menteri agama tersebut, kalau tak termasuk dalamnya, maka salah disegi Islam.Ini tertakluk kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - maksudnya jika termasuk dalam asnaf yg berhak menerima wang zakat. Ketua Pengarah JAKIM memutuskan bahawa tidak salah menggunakan wang tersebut untuk membiayai kos biayaan peguam untuk menteri kerana perkara yg terlibat adalah perkara fi sabilillah. Maksudnya: kalaulah menteri itu kalah dalam saman yg dikemukakan tersebut, akan terjejas Islam atau syariat Islam, maka wajar dikira tindaktanduk fi sabilillah. Solanya: apakah begitu? Begitu jugalah kes apakah wajar kalau wang zakat itu disimpan dan tidak dihabiskan tahun itu agihannya? Walhal Islam menetapkan bahawa kesemua zakat/wang zakat yg dikutip wajar diagihkan dan dihabiskan sebelum datangnya tahun baru. Bagaimana pula kesnya wang zakat yg tidak diagihkan oleh pihak berkuasa pengutip zakat, disimpan dan kemudian digunakan untuk membina 'Menara Zakat', sebagai contoh? Siapakah yg mendapat manfaat dari 'Menara Zakat' tersebut?
Saudara, dalam satu sabda Rasulallah (s.a.w), disebutkan bahawa salah satu tanda kiamat hampir tiba atau terjadi adalah apabila umat Islam berlumba-lumba bersaing membina bangunan tinggi tersergam mencecah langit! Hari ini sudah ada menara itu dan menara ini, manusia berlumba-lumba mempamirkan bangunan atau binaan terergam mencecah langit. Nampaknya pihak berkuasa zakat sendiripun kini menggunakan wang zakat membangunkan 'Menara Zakat' sendiri terlibat menunjukkan kehebatan perlumbaan ini. Sebaliknya pula, begitu ramai lagi umat Islam yg faqir dan miskin yg berhak menerima bantuan dari sumber zakat. Ini jelas menunjukkan penyalahgunaan wang zakat di kalangan agensi atau badan tertanggungjawab terhadap kebajikan umat Islam. Mengapa berlaku? Ada beberapa sebab. Pertamanya, kerana kejahilan mereka terhadap hukum-hakam Islam. Kerana kepimpinan Islam jahilkan ilmu al-Quyran dan as-Sunnah. Kedua, mungkin mereka ada ilmu yg mencukupi terhadap syariat atau ketetapan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi mereka membuat pentafsiran yg salah atau melonggarkan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya kerana tidak mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah secara berguru, dari guru yg sah lagi faham (faqih) pula, maka membuat pentafsiran sendiri. Rasulallah (s.a.w), memberitahu seseorang yg membuat pertimbangan ketetapan atau ijtihad tanpa ilmu, kalau betulpun ketetapannya, tetap dikira salah. Ketiga, mungkin dia membuat pembaharuan dalam perkara atau syariat agama Islam - 'bid'ah - tiada ketetapan dalam al-Quran dan as-Sunnah - tetapi diadakan oleh mereka. Atau, ada dalam al-Quran dan as-Sunnah, tapi diuabhnya atas kepintaran akal fikriannya tanpa benar-benar fahama ketetapan Islam mengenainya. Demikianlah halnya tentang menggunakan wang zakat untuk tujuan selain asnaf yg lapan.
Tambahan pula, hari ini ramai para ulama' dan ilmuwan Islam yg silap dalam perkara 'zakat' dan 'infaq'. Pihak berkuasa agama sekarang ini menguatkuasakan di kalangan masyarakat Islam sistem keBaratan dalam sistem dan proses dan prosidur hukumhakam Islam. Maka dgn itu 'cukai pendapatan' sistem Barat itu ditukar menjadi 'zakat' atau cukai pendapatan = zakat. Ini adalah kesilapan. 'Zakat' tak sama dgn 'cukai pendapatan'. Apakah yg boleh dizakatkan dalam Islam? Zakat dikenakan oleh Islam kpd bahan makan yg lazim sesebuah masyarakat umat Islam spt kurma, gandum, barley, rye, jagung, padi dan seumpamanya (makanan staple manusia/masyarakat), emas perak, ternakan (unta, lembu, Kerbau, kambing). Pendapatn yg didapati dari sumber selainnya spt gaji dan upah, perniagaan dan perdagangan seumpanya tidak dikenakan zakat dalam Islam. Tetapi, pendapatan atau keuntungan dari sumber-sumber sedemikian adalah tertakluk kpd sistem 'infaq', yakni mewajibkan penerima pendapatan sedemikian itu, menyumbangkan kpd pihak berkuasa kepimpinan jema'ah Islam sebanyak tak kurang dari 2.5% nilai harta atau pendapatn tersebut setelah ditolak kos membelanjakannya untuk mendapatkannya. Abu Bakar (r.a) menginfaqkan kesemua hartanya untuk fi sabilillah. Omar (r.a) menginfaqkan separuh hartanya pada fi sabilillah. Ramai sahabat lain yg kaya zaman itu menginfaqkan banyak hartanya fi sabilillah. Umat Islam diingatkan pula bahawa di akhirat kelak orang yg berharta akan ditanya: Dari perkara sumber hartanya, cara dia mendapatkannya, dan bagaimana dipergunakan olehnya. Ada hisaban terperinci kelak. Justeru itu keikhlasanya dalam menginfaq itu amat utama. Kerana, dia sepenuhnya bertanggungjawab terhadap segala harta kekayaan miliknya semasa hidupnya, dipertanggungjawabkan ketika akhiratnya. Justeru itu, walaupun infaq itu wajib sebagaimana zakat, namun kadarnya adalah fleksi - tertakluk kpd ketetapan kepimpinan jema'ah Islam dan keinginan dan tahap ketakwaan pemiliknya untuk menempah tempat terbaik di akhirat kelak.
Saudara, kalimah 'infaq' disebut oleh Allah (a.w) lebih kerap dari kalimah 'zakat'. Mengapa? Sewajibnyalah umat Islam lebih mampu menginfaq dari mengeluarkan zakat. Umat Islam lebih banyak mendapat kekayaan dari bidang ekonomi selain bertani dan berternak. Kerana dianggapkan umat Islam itu lebh baik ekonominya, kerana berdagang atau perniaga atau jualbeli itu lebih utama dalam Islam, kerana mendapat keberkatan yg lebih serta mendapat keuntungan yg lebih. Tambahan pula, infaq itu membuktikan komitmen umat Islam dan keikhlasan mereka dalam Islam - nilai keimanan dalaman mereka.
Bagaimanakah cara menginfaq? Ada ketetapan dalam Islam tentang zakat. Ada pula ketetapan dalam infaq bagi masyarakat umat Islam yg faham tentang ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Contoh: Kalau A berniaga, dan dalam setahun dia mendapat pendapatan sejumlah RM 1,000.0k, kosnya mendapatkan pendapatan sedemikian adalah RM 800.0k, maka untuknya adalah RM 200.0k, maka dia wajib infaqkan sejumlah tak kurang dari 2.5% nilai RM 200.0k itu sehingalah 50.0% nilai RM 200.0k itu. Makasudnya, dia infaqkan sejumlah 2 1/2% drp RM 200.0k hingga 50.0% drp RM 200.0k tersebut. Kadar infaq ini ditetapkan oleh pihak berkuasa kepimpinan jema'ah umat Islam. [Nota: dalam zaman Rasulallah (s.a.w) ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w). Dalam zaman khalifah ditetapkan oleh khalifah sendiri. Dalam zaman keAmiran atau keImaman ditetapkan oleh Amir atau Imam yg diangkat oleh jema'ah umat Islam.]
Saudara, oleh itu sesiapa yg mendapat pendapatan atau keuntungan yg banyak hasil dari bukan perkara yg wajib dikenakan zakat, hendaklah dia menginfaqkannya sekurang-kurangnya 10% drp nilai peneriamaan setelah ditolak kos mendapatkannya. Infaq adalah membeli tiket ke syurga - terpulanglah bahagian atau tahap syurga mana yg dijadikan pilihan bergantung sejumlah mana diinfaqkan dan seikhlas mana dikeluarkan.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment