Tuesday, January 10, 2012

Solat Subuh, Doa Qunut, Bid'ah & Kebajikan Akhirat

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah tahu kalimah-kalimah doa yg dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) ketika mengerjakan Solat Witir selepas 15 Ramadhan. Kalimah-kalimah doa tersebut adalah kalimah-kalimah yg kita disuruh oleh tok-tok guru atau ustaz baca ketika bersolat Subuh - Doa Qunut, dan tiada amalan Rasulallah (s.a.w) mengenainya dalam as-Sunnah. Apabila kita buat maka kita menyalahi syariat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Akibatnya? Solat Subuh kita batal dan tidak diterima Allah (a.w).
Saudara, Rasulallah (s.a.w) berpesan kpd kita: 'Man 'amila 'amilan laisa amruna, fahua raddun' (Yg bermaksud: Barangsiapa yg mengerjakan sesuatu amalan (atau ibadah) yg tiada dalam perkara agamaku (Nabi), (yakni disyariatkan oleh Nabi sebagai amalan/ibadah yg dibawakan oleh beliau), maka dia (yg mengamalkannya atau amalan tersebut) ditolak (yakni, tidak diterima Allah (a.w)). Maka sia-sia sajalah amalan/ibadah tersebut - Hadith Bukhari dan Muslim] 
Saudara, bukan sahja sia-sia amalan/ibadah tersebut, tetapi lebih serius lagi. Kerana perlakuan atau perbuatan sedemikian itu seolah-olah kita menentang perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) dan membuat pembaharuan dalam perkara agama yg kita tiada haq membuatnya. Perlakuan sedeikian juga menghakis aqidah kita sebagai orang Islam yg beriman, yg bersyahadah bahawa tiada tuhan yg berhak disembah kecuali Allah (a.w), dan Rasulallah (s.a.w) itu adalah hambaNya dan PesuruhNya. Dan, kita diberitahu di dalam al-Quran orang yg sah Islam dan imannya adalah orang yg menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' (= taatkan Allah (a.w), i.e. ikuti ketetapan al-Quran, dan taatkan Rasulallah (s.a.w), i,.e. ikuti as-Sunnah, dimasukkan ke dalam syurga) dan Ayat 14, Surah an-Nisa' (= sesiapa yg tak taatkan Allah (a.w) , i.e. tak ikuti ketetapan al-Quran, dan tak taatkan Rasulallah (s.a.w), i.e. tak ikuti ketetapan as-Sunnah) dan juga melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dimasukkan ke dalam neraka). Kita juga diperingatkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa' (= taatilah Allah (a.w), i.e. ikuti ketetapan al-Quran, dan taatilah Rasulallah (s.a.w), i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah, dan (taatilah) 'ulil amri', i.e. orang yg berkuasa dalam urusan agama di kalangan kamu, (walau bagaimanapun) jika kamu berselisihan dalam perkara agama kerana perintah yg berasingan dari 'ulil amri', maka kembalilah merujuk untuk mendapat keputusan atau penyelesaian kpd al-Quran dan as-Sunnah, dan itulah sebaik-baik penyelesaian dalam perselisihan yg timbul.)
Dan, Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita supaya takuti atau jauhilah 'pembaharuan dalam perkara agama' kerana kesemua pembaharuan sedemikian itu adalah bid'ah, dan semua bid'ah adalah kesesatan, dan semua kesesatan tempat orang yg sesat atau melakukan kesesatan itu adalah neraka. Justru itu, sesiapa yg berkeyakinan tentang wujudnya 'bid'ah hasanah' yg menjadi asas kpd amalan bersolat Solat Subuh membaca Doa Qunut adalah golongan yg sesat. Oleh itu, biarkanlah mereka sesat, janganlah kita disesatkan atau sesat setelah kita tahu ilmunya menegnai Doa Qunut itu. Insya Allah.
Kalau kita berdegil tak mahu terima ketetapan as-Sunnah, apa jadi? Yg pasti sesiapa yg tidak mahu terima sebahagian as-Sunnah sama dgn tidak mahu menerima as-Sunnah keseluruhannya. Mereka itu tergolong dalam kalangan mereka yg disebutkan pada Ayat 14, Surah an-Nisa' dan Ayat 80, Surah an-Nisa' (= sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w),i.e. ikuti as-Sunnah, maka dia benar-benar telah taatkan Allah (a.w).). Jadi, tak ikut nasihat Rasulallah (s.a.w) samalah dgn tak ikuti ketetapan Allah (a.w). Maka kafirlah kita! Wal iya zubillah. Tambahan pula Allah (a.w) perintahkan kita suopaya ambil dan ikuti as-Sunnah pada Ayat 7, Surah al-Haysr (= Apa-apa yg dibawakan kpd kamu oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil, dan apa-apa yg ditegah olehnya hendaklah kamu jauhi atau tinggalkan).
Saudara, aqidah kebanyakan mereka yg akui diri mereka Islam terhakis atau terhapus kerana kejahilan. Maka dgn itulah Allah (a.w) peringatkan kita dapan Ayat 36, Surah al-Isra': Janganlah kamu kerjakan sesuatu (amalan atau ibadah atau apa juga tentang agama) tanpa ilmu (i.e. mengilmukan diri kita dahulu, mengenai sesuatu amalan atau ibadah atau perkara agama tersebut). Kita tidak boleh beramal dan beribadah atau buat apa saja menyentuh agama tanpa ilmu atau dalam kejahilan. Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita supaya: 'Al-ilmu qabla 'amal '(Yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan). Maksudnya: jangan beramal atau mengerjakan ibadah atau apa saja mengenai agama Islam dalam kejahilan. Kita pasti akan terlibat dalam perkara-perkara syirik samar (= menduakan Allah (a.w) kerana yakinkan ada kuasa keTuhanan pada makhluk atau benda-benda yg dijadikan Allah (a.w)), melakukan kurafat (= perbuatan mempersembahkan sesuatu kpd suatu kuasa ghaib selain Allah (a.w), spt bersumpah atau meminta pertolongan dari kuasa lain selain Allah (a.w), atau kita mempercayai sesuatu yg tahayul (= percayakan sesuatu keburukan itu berlaku kerana suatu kuasa ghaib atau kita selamat jika tidak lakukan sesuatu); atau kita bertaklid (=mengikuti cakap-cakap atau suruhan orang yg sama sekali bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) atau bid'ah (=membuat pembaharuan dalam bentuk-bentuk amalan, atau pembaharuan dalam cara dan kaedah mengerjakan amalan atau ibadah yg tiada dalam al-Quran ataupun as-Sunnah). Kesemua ini membatalkan aqidah dan merugikan kita sebagai seorang yg Islam dan beriman, wal iya zubillah.Saudara, dalam blog ini kita telah huraikan ketetapan mengenai kesemua perosak aqidah ini. Mudah-mudahan saudara boleh faham dan meninggalkannya, kalaulah telah diamalkan sehingga kini, demi kebajikan akhirat kita.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita janganlah buat atau kerjakan atau amalkan sesuatu yg bersifat pembaharuan, maksudnya jangan buat bid'ah, maka kita wajib akur dgn ketetapan tersebut.
Diriwayatkan hadith dari ‘Amasy hadith dari abi Salleh, hadith dari abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ma amartukum bihi fakhuzuhu, wa-ma nahaitukum ‘anhu fantahu.' [Maksud: Apa-apa yang memerintahkan aku atas kamu sekelian dengan sesuatu (perintah) maka hendaklah kamu ambil (dan kerjakan), dan apa-apa yang melarang (atau menegah) aku atas kamu sekelian dari sesuatu (larangan/tegahan) maka hendaklah kamu jauhilah (atau tinggalkanlah).] [Hadith ibnu Majah]
Dan, perintah yg sama dalam hadith berikut, jangan buat apa yg tidak disuruh dan kerjakanlah apa-apa yg disuruh:
Diriwayatkan hadith dari ‘Amasy hadith dari abi ‘Amasy, hadith dariabi Salleh hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Zaruni ma taraktukum. fainnama halaka man kana qablakum bisualihim wakhtilafihim ‘ala ‘ambaihim. Faiza amartukum bisyai-in fakhuzu minhu mas-tota’tum. Wa-iza nahaitukum ‘an syai-in fantahu.' [Maksud: Biarkan (yakni, janganlah kamu kerjakan) apa-apa aku tinggalkan (yakni, tidak contohkan atau suruh). Maka sesungguhnya apa-apa yang telah merosakkan barangsiapa (yakni, kaum-kaum) yang ada sebelum kamu sekelian (adalah) kerana banyak soal mereka dan banyak perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka. Maka ketika memerintahkan aku akan kamu sekelian dengan sesuatu maka ambillah dari perintah tersebut (dan kerjakan) sekuat mampu kamu. Dan ketika melarang (atau menegah) aku akan kamu sekelian dengan sesuatu maka hentikanlah (atau tinggalkanlah)] [Hadith ibnu Majah]
Pesanan atau suruhan Rasulallah (s.a.w) sama dgn perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr, yg kita rujuk di atas (malah kerap kali dalam blog ini). Demi keselamatan aqidah dan kebajikan akhirat kita wajarlah kita akur dan patuhi. Buruk akibatnya, melakukan sesuatu yg dicemari atau bersifat bid'ah, spt dijelaskan dalam hadith Rasulllah (s.a.w) berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man akhdatha fi amrina haza malaisa minni fahua raddu.' [Maksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan (yakni, bid’ah) dalam perkaraku (yakni, Islam dan syariat agama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku, i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w))), maka dia (i.e. amalan atau ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Bukhari]
Dan, ketetapan yang sama disebutkan dalam hadith berikut juga, iaitu:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddu.' [Maksud: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak datangnya daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w))), maka dia (i.e. amalan dan ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Muslim].
Saudara, janganlah kita tergolong dari kalangan mereka yg disebutkan Allah (a.w) dalam ayat-ayat berikut kelak ketika menjalani hisaban di akhirat:
Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qadimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna haba-an mansyuran.' [Maksud: Dan Kami (Allah (a.w)) periksa amal mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan debu sahaja segala apa yang diamalkan)[Ayat 23, Surah al-Furqan]
Dan, kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah, dengan firman Allah (a.w) yang berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah.' [Maksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu mereka telah beramal dengan bersusah payah @ Akhirnya masuk ke neraka yang sangat panas.] [Ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah]
Maksudnya, walaupun bersusah payah mengerjakan amalan dan ibadah, tetapi nyata tidak mendapat pahala. Kerana, semua amalannya tertolak. Tidak diterima Allah (a.w) sebagaimana amalan yang sah. Tak ubahlah seperti orang yang menyembah patung-patung juga. Warak tetapi takda gunanya. Kerana, mereka tidak menyembah Allah (a.w). Maka dengan itulah wajib kita berwaspada kerana amalan yang diterima sebagai sah hanya jika menepati dua syarat, iaitu ikhlas beramal dan tepat mengikut ketetapan as-Sunnah sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam praktikalnya! Rasulallah (s.a.w) sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengerjakan perintah Allah (a.w) tanpa ilmu. maka dengan itulah Allah (a.w) wahyukan kepadanya. Dan, apabila perlu ditunjukkan sejelas-jelasnya, maka Allah (a.w) perintahkan malaikat Jibrail (a.s) turun ke langit dunia menjelmakan diri sebagai seorang lelaki muda berpakaian serba putih mengajarkan Rasulallah (s.a.w). Kerana apa? Kerana ketetapan Rasulallah (s.a.w) berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii hadith daripada Khuzaifah bin Abu Yamani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) ahli-ahli bid’ah (yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bid’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu dan tidak (juga) amalan-amalan sunatnya. Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut (yang ditarik) dari adunan (tepong) roti.’ [Hadith Ibnu Majah] 
Saudara, mudah-mudahan post ini dapat menjelaskan sejelas-jelasnya tentang bahawa mengamalkan bid'ah, trutama bid'ah yg melibatkan amalan solat. Kerana solatlah amalan yg utama kpd orang yg akui dirinya Islam dan beriman - ibadah atau amalan yg pertama dihisab di akhirat, ibadah yg menentukan sama ada seseorang itu benar-benar Islam, yg menentukan apakah diberi pahala amalan-amalan dan ibadah yg lain. Tak guna jadi dermawan mengnfaq atau menderma jutaan wang untuk fi sabilillah, contohnya, kalau solatnya ditinggalkan atau solatnya tak sah atau tak diterima Allah (a.w), wal iya zubillah.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment