Monday, January 9, 2012

Syariat Solat: Solat Subuh & Doa Qunut

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah rumuskan bahawa kita telahun melihat bagaimana bersolat cara Rasulallah (s.a.w) - sempurna meneli Rukuk Qalbi, Rukun Qauli dan Rukun Fe'linya - berdasarkan as-Sunnah. Semua amalan dan ibdah umat Islam hendaklah sejajar dgn ketetapan as-Sunnah, jika tidak sejajar dgn as-Sunnah, maka sia-sia sahaja, tak diterima Allah (a.w).
Saudara, kita telah timbulkan sebagai bahan penelitian selanjutnya dua isu yg utama dalam solat (malam dalam apa jua amalan dan ibadah), iaitu: pertama, amalan membaca Doa Qunut ketika mengerjakan Solat Subuh. Kita telahpun tahu bahawa dalam syariat Islam yg benar itu tiada Doa Qunut dalam Solat Subuh. Tak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w), tak dibuat oleh khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg empat (Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu 'anhum), dan tidak dibuat oleh para tabi'in, pengikut para tabi'in, serta pengikut-pengikut mereka yg berpandukan kpd al-Quran dan as-Sunnah, sehinggalah kiamat dunia. Kedua, isu yg disebutkan sambil lalu, tapi amat kritikal kpd amalan dan ibadah, malah kritikal kpd aqidah umat Islam, iaitu isu bid'ah atau pembaharuan dalam perkara agama. Ada seperkara kita telah sentuh dalam post itu, berkaitan dgn Doa Qunut, iaitu Qunut Nazilah, yg diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat suartu masa yg dibuat pada setiap kali mengerjakan solat fardu - Subuh, Zohor, 'Asar, Maghrib & Isya' - lima kali sehari, selama sebulan, pada rakaat terakhir solat, setelah bangkit dari Rukuk, sebelum Sujud untuk menyudahkan solat tersebut. Qunut ini disebut Qunut Nazilah, Qunut yg special, i.e. khusus, semata-mata hendak memohon kpd Allah (a.w) membalas kezaliman orang munafiq di 4 perkampungan Arab yg membunuh seramai 69 drp 70 mubaligh yg dikirim atau diutus oleh Rasulallah (s.a.w) mengajarkan syariat Islam atas permintaan mereka.
Saudara, kita teli peristiwa ini dan syariat Qunut Nazilah ini untuk makluman kita.
Qunut Khas Sebulan
Apabila kita teliti as-Sunnah berpandukan llmu al-Hadith itu, kita akan dapat tahu bahawa atas sebab-sebab khusus, maka Rasulallah (s.a.w) bersolat fardu dan pada setiap solat fardu tersebut beliau membaca doa Qunut yang disebutkan Qunut Nazilah, iaitu satu qunut khas. Kita akan dapat tahu bahawa Qunut Nazilah ini bukan sahaja doa qunut yang khas bersifat sementara, yakni dibuat selama sebulan, tetapi juga kalimah bacaannya khusus. Qunut Nazilah ini dan amalan membacanya pada setiap solat fardu, adalah syariat yang special atau khusus, yakni bukan syariat tetap. Juga, kalimah-kalimah Qunut yang kita baca sekarang ini juga tersilap tempat. Kita akan tahu di dalam Annex 6b ini bahawa kalimah-kalimah doa Qunut yang kita baca sekarang ini adalah kalimah-kalimah doa Qunut yang dibaca sewaktu solat Witir. Tidak ada nas dan dalil hadith menyatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) baca kalimah-kalimah doa tersebut sewaktu solat Subuh ataupun Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita baca semasa kita bersolat fardu Subuh
Cuba kita teliti hadith-hadith berikut. Hadith yang pertama di bawah ini menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) membaca Qunut selama sebulan selepas Ruku’ solat fardu (yakni, semua solat fardu). Doa Qunut tersebut menyebut tentang Rasulallah (s.a.w) mendoa kehancuran kepada kaum-kaum Arab munafiq yang tinggal di tiga desa Arab (Ri’lin, Zakwan dan ‘Usoiyah):
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Membaca Qunut Rasulallah (s.a.w) sebulan lamanya selepas Ruku’ dan berdoa (Rasulallah (s.a.w)) atas (kehancuran kaum musyrikin dan munafiq di) desa-desa Ri’lin dan Zakwan dan ‘Usoiyah yang menentang Allah (a.w) dan RasulNya.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukahari pula disebutkan dua desa Arab (Ri’lin dan Zakwan). Selain menyebut dua daripada tiga desa yang disebutkan di dalam riwayat an-Nasa’I itu, Bukhari menyebut dua kampong sahaja. Doanya bertujuan yang sama:
Diriwayatkan hadith daripada Anas (r.a) berkata: ‘Nabi (s.a.w) pernah berqunut (qunut nazilah) sebulan mendoakan dia (akan musibah) atas Ri’lin dan Zakwan.’ [Hadith Bukhari] 
Di dalam hadith yang diriwayatkan pula oleh ibnu Majah, disebutkan secara umum mendoakan musibah kepada desa-desa Arab. Doa Qunut ini juga selama sebulan dan dibuat sewaktu solat Subuh:
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a): ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) ada membaca qunut pada solat Subuh, mendoa dia pada desa-desa Arab (yang membunuh mubaligh-mubaligh Islam) perkara-perkara keburukan, selama sebulan. Kemudian beliau memberhentikannya.’ [Hadith Ibnu Majah]
Di dalam hadith berikut disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) membaca Qunut pada dua solat pula, iaitu solat Maghrib dan solat Subuh. Jika Qunut itu sememangkan satu amalan yang sah bagi solat fardu Subuh sebagaimana kita amalkan sekarang ini mengapa pula kita tidak buat Qunut semasa solat Maghrib? Kerana, hadith Bukhari berikut mengatakan Rasulallah (s.a.w) membacanya semasa solat Maghrib juga? Kita akan jelaskan di bawah:
Diriwayatkan hadith daripada Anas (r.a) berkata: ‘Biasanya Qunut (nazilah) itu pada solat Maghrib dan solat Subuh.’ [Hadith Bukhari]
Bersabit dengan isu ini, Anas (a.w) ditanya oleh seseorang sahabat sama ada Nabi (s.a.w) membaca Qunut pada solat Subuh, maka dia menjawab mengiyakan atau pmengesahkan perbuatan tersebut:
Diriwayatkan hadith daripada Ibn Sirin berkata: ‘Sesungguhnya Anas (r.a) ditanya: ‘Adakah berqunut Rasulallah (s.a.w) di dalam solat Subuh?’ Menjawab Anas: ‘Ya.’ Maka ditanya lagi: ‘Adakah sebelum Ruku’ atau selepas Ruku’?’ Anas Menjawab: ‘Selepas Ruku’’. [Hadith sahih an-Nasa’i, juga terdapat dalam Bukhari dan Muslim] 
Hadith di atas mneyebutkan bahawa apabila ditanyakan kepada Anas (r.a) sama ada Rasulallah (s.a.w) berqunut pada solat Subuh. Maka diiyakannya (re-affirmed), Apakala ditanya masa bilakah dibaca qunut itu, beliau menyatakan selepas Ruku’. Hadith Bukhari berikut memberitahu ada perberbezaan sedikit, iaitu penjelasan bahawa dua Qunut yang dibaca pendek sahaja:
Diriwayatkan hadith daripada Anas (r.a) bahawasanya dia ditanya orang: ‘Adakah berqunut Nabi (s.a.w) pada solat Subuh?’ Berkata Anas (r.a): ‘Ada’. Maka ditanyakan pula: ‘Apakah berqunut sebelum Ruku’?’ Berkata Anas (r.a): ‘Sesudah Ruku’ tetapi pendek sahaja.’ [Hadith Bukhari] 
Kita jangan keliru. Hadith-hadith di atas itu menyebut bahawa Rasulallah (s.a.w) membuat perkara berikut: pertama Rasulallah (s.a.w) membaca doa Qunut pada solat Subuh dan solat Maghrib;  kedua, Doa Qunut itu dibaca selepas Ruku’; ketiga, bacaan atau kalimah-kalimah yang dibaca itu pendek sahaja; keempat, Doa Qunut itu dibaca selama sebulan sahaja, kemudian dihentikan; dan kelimaDoa Qunut itu adalah mendoakan agar Allah (a.w) datangkan musibah atau malapetaka kepada kampong-kampong Arab tiga semuanya, iaitu Ri’lin, Zakawan dan Usoiyah (dalam hadith lain ditambah dua lagi, iaitu Mudar dan Lihyan, menjadikan empat kampong yang didoakanmusibah itu). 
Ramai orang menggunakan hadith Anas (r.a) ini sebagai nas dan dalil hadith tentang bacaan Qunut yang kita baca sekarang semasa solat Subuh.
Ini adalah suatu kekeliruan kerana yang dimaksudkan oleh Anas (r.a) adalah Qunut Nazilah bukanlah Qunut yang kita amalkan sekarang ini. Doa Qunut itu dibaca pada setiap satu solat fardu yang lima dan dibuat hanya sebulan. Kemudian, apabila kita teliti selanjtnya pula, kita akan dapati bahawa doa Qunut berlainan dengan doa Qunut yang kita baca sekarang. Pendek kata, amalan sekarang – membaca Qunut setiap kali bersolat Subuh – jelaslah tidak bersandarkan nas dan dalil yang sah dan hakiki! 
Saudara, kita telah tahu sekarang bahawa Rasulallah (s.a.w) pernah memerintahkan jema'ah umat Islam zamannya untuk membaca Qunut Nazilah pada rakaat akhir kesemua solat fardu, semasa Iktidal sebelum membongkok untuk Sujud. Tujuannya untuk memohon kpd Allah (a.w) supaya membalas di dunia perbuatan orang-orang munafiq di 5 buah perkampungan Arab, zamannya. Insya Allah, kita akan teliti dimensi kedua yg kita bangkitkan iaitu bid'ah dan akibatnya kpd kita dari segi aqidah dan dari segi ketaatan terhadap perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), dalam post yg akan datang, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment