Tuesday, January 24, 2012

Membanyakkan Rezki & Memanjangkan Umur Dgn Silatur Rahim

Assalamualaikum,
Saudara, ramai diantara kita yg inginkan dibanyakkan rezki dan dipanjangkan umur. Itulkah kemahuan kesemua manusia yg hidup - panjang umur boleh hidup lama dan ditambah rezki supaya lebih senang hidup di dunia. Umur yg panjang itu hanya memanfaatkan kita kalaulah kita boleh memperbanyakkan berbuat baik dan melabur sebanyak-banyaknya untuk kebajikan akhirat. Sebaliknya, jika kita diberi 'tambahan' tetapi kita alpa menyediakan diri untuk akhirat maka rugilah kita. Maklumlah setiap orang Islam yg beriman itu, kalau dia benar-benar menjaga dari melakukan dosa, sudah pasti dia akan mendapat sebanyak 2,500 jenis dosa (kecil) sehari - tidak termasuk dosa besar. Dosa-dosa sebanyak itu bukanlah kita cari atau senagja kita lakukan, tetapi tanpa kita sedari akan kita perolehi. Maklumlah, kata-kata kita dalam bersembang akan mendatangkan dosa. Sehinggakan dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu tidak sedar seorang itu kerana kata-kata yg dituturnya akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 40 tahun. Tambahan pula memfitnah - spt mencaci maki, menghamun, mencerca, mengumpat, berpersangkaan buruk, mendatangkan dosa. Maka dgn itu ada beberapa amalan biasa seharian yg jika kita kerjakan akan menghapus dosa-dosa tersebut spt mengerjakan solat-solat sunat, berwudu', berbuat baiki sesama Islam, berjalan mencari ilmu, memberi makan kpd keluarga, menjaga kedua ibu bapa dsbnya. Orang Islam yg melakukan pelbagai amalan sunat, pasti memiliki pahala yg cukup untuk mengimbangi dosa-dosa harian tersebut.
Saudara, Allah (a.w) berikan kita banyak peluang untuk menghakis dosa. Yg paling asas adalah setiap kebaikan yg kita lakukan kita dapat gandaan pahala antara 10 hingga 700 kali ganda kebaikan tersebut, manakala setiap keburukan yg kita lakukan, kita dibalas dgn keburukan yg setimpal, tidak dilebihi. Justeru itu, pastilah kita sewajarnya mampu mendapat lebih banyak pahala dari dosa, kecualilah kita tidakpun membuat sebarang kebaikan dalam hidup kita. Menghormati orang tua dan mengasihi kanak-kanak kita mendapat pahala. Justeru itu, orang Islam yg tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihi kanak-kanak, adalah mereka yg sengaja melepaskan peluang mendapat simpanan pahala!
Saudara, Islam memberi peluang kpd kita mendapat tambahan rezki dan dipanjangkan umur jika kita merapatkan hubungan sesama Islam, terutama sesama keluarga. Inilah mesej hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari 'Uqailn hadith dari Abi Syihab berkata: 'Menceritakan kpdku Anas b Malik bahawasanya Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: 'Barangsiapa yg suka dia diperbanyakkan rezkinya dan suka dia dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung silatur rahim.' [Hadith Bukhari, Kitab Adab]
Justeru sebaliknya, mereka yg tidak suka mengeratkan silatur rahim sesama Islam dan orang iman, terutama sesama keluarga, sahabat handai, rakan dan jirannya, maka jangan harap dia diberi tambahan rezki dan dipanjangkan umurnya.Maka dgn itulah hadith berikut memberitahu:
Menceritakan hadith oleh Yahya b Said hadith dari Ismail ibni Abi Khalid yg diceritakan hadth kpdnya oleh Qais yg mendapat hadith dari Jarir b Abdillah berketa: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa yg tidak mengasihi manusia, maka dia tidak dikasihi Allah (a.w).' [Hadith at-Termidzi, Kitab Adab]
Saudara, Allah (a.w) itu kasihkan hambanya, sehinggakan mereka yg tidak Islam dan tidak berimanpun diberi Allah (a.w) rezki. Jelaslah, orang yg suka benci membenci itu tidak disukai Allah (a.w). Tidak rugi kalaulah kita memiliki sifat suka berbuat baik dan berbaik sangka terhadap orang lain, apatah lagi kalau kita adalah orang suka menolong dan membantu orang lain dalam sebarang keperluannya.

Jazakallhu khairah 

No comments:

Post a Comment