Wednesday, January 4, 2012

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah faham rukun fe'li (= cara duduk ketika hendak membaca Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir), kalimah-kalimah Tahiyat itu, dan bahawa Tahiyat Akhir itu merangkumi kalimah-kalimah yg kita baca ketika Tahiyat Awal dgn ditambah dgn kalimah-kalimah Selawat atas Rasulallah (s.a.w), dan juga bagaimana pergerakan jari telunjuk kita (=iaitu sama ada diangkat menunjuk ke depan sepanjang membaca Tahiyat (Awal atau Akhir) atau menggerak-gerakannya turun naik sehinggalah selesai membaca Tahiyat (Awal atau Akhir). Selepas selesai membaca Tahiyat Akhir kita memberi 'Salam'. 
Saudara, bagaimana memberi 'Salam' itu? Kita lihat hadith-hadith berikut: 

Memberi Salam (Wajib)
Memberi ‘salam’ adalah rukun penamat solat itu. Ia juga satu rukun wajib solat itu. Ini dibuat dengan mengalihkan muka dan pandangan semasa menyebut ‘Assalamu-alaikum-warahmatullah' dengan menoleh ke kanan dan kekiri pula. Ada terdapat hadith menyebut bahawa Rasulallah (s.a.w) ada juga memandang hanyake kanan dan tidak ke kiri. Namun begitu, sesuati dengan as-Sunnah, kita boleh berbuat mana satu yang kita suka.  Tetapi, Rasulallah (s.a.w) dilaporkan lebih kerap memandang (yakni, memusingkan mukanya) ke kanan dan kemudian ke kiri lebih kerap daripada hanya menoleh ke kanan sahaja semasa memberi ‘Salam’. Maka dengan itu memandang ke kanan dan ke kiri adalah perlakuan yang paling afhdal.

Bagaimana Perlakuan ‘Salam’
Saudara, di dalam hadith berikut diceritakan perlakuan 'memberi salam' dalam solat itu berdasarkan apa yg dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w).
Diriwayatkan hadith daripada Ubaidillah bin Qibtiah berkata: ‘Aku mendengar Jabir bin Samurah berkata: ‘Adapun kami ketika bersolat di belakang Nabi (s.a.w), berkata (membaca) kami ‘Assalamualaikum, assalamualaikum’, dan mengisyarat (seorang bernama) Mis’ar dariada tangannya ke kanan dank ke kiri. Maka bersabda (Nabi (s.a.w)): ‘Apa kelakuan ini iaitu orang yang melemparkan dengan kedua tangannya seumpama ekor kuda yang sedang berlari! Apakah tidak mencukupi bahawa kamu meletakkan kedua tanganmu atas peha kamu kemudian (mengucapkan) ‘Salam’ atas saudaranya dari sebelah kanan (Malaikat di kanan) dan dari sebelah kiri (malaikat di kiri)?’ [Hadith an-Nasa’i] 
Dalam hadith di atas itu diceritakan suatu peristiwa bagaimana seorang sahabat yg solat, tetapi tidak tahu caranya memberi salam, maka dia menggerakkan tangannya terbuka ke kanan dan ke kiri. Maka ditegur oleh Rasulallah (s.a.w). Ketika memberi salam kita hanya perlu sebut kalimahnya sambil memandang arah kanan, dan sekali lagi arah kiri.

Perlakuan Ketika Salam Ke kiri 
Di dalam hadith berikut, kita diberitahu pula cara memberi salam menoleh ke kiri pula.
Diriwayatkan hadith daripada Muhammad bin Yahya bin Habban hadith daripada pakciknya Wasi’ bin Habban, berkata (pakciknya): ‘Berkata aku kepada ibnu Omar (r.a): ‘Khabarkanlah kepadaku daripada selawat Rasulallah (s.a.w), bagaimanakah adanya?’ Berkata (pakciknya): ‘Maka menceritakan tentang Takbir (yakni dari mulanya solat) kemudian mengucapkan ‘Assalamu 'alaikum wa rahmatullahi ‘ dari sebelah kanan dan ‘Assalamu 'alaikum’ dari sebelah kiri. [Hadith an-Nasa’i]
Saudara, dalam membaca kalimah 'Salam' itu kita dibolehkan menyebut sepenuhnya, iaitu' Assalamu 'alaikum wa-rahmatullah' ke kanan dan ke kiri, atau hanya menyebut 'Assalamu 'alaikum' sahaja sambuil menoleh ke kanan dan ke kiri. Di dalam hadith disebutkan, apabila menoleh ke kanan dan ke kiri itu hendaklah makmum di belakang boleh melihat pipi kita, seolah-olah kita menjadi imam,  boleh dilihat oleh makmum pipi kanan atau kiri kita. Yg terbaiknya adalah menyebut kalimah salam itu sepenuhnya, iaitu 'Assalamu 'alaikum wa-rahmatullah'. Tidak ada dasar as-Sunnah membaca lebih dari itu, spt menambah dgn kalimah 'wa-barakatuh'. Tidak juga ada ketetapan as-Sunnah bahawa kita mengusap dahi atau muka selepas memberi 'Salam'.
Alhamdulillah, kita telah selesai menghuraikan solat cara Rasulallah (s.a.w) itu. Jika kita buat berlainan drp apa yg dibuat atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) solat kita batal dan tak diterima Allah (a.w), wal iya zubillah.
Insya Allah dalam post yg akan datang kita akan lihat perlakuan Rasulallah (s.a.w) selepas selesai solat, yakni berwirid, berzikir dan berdoa. Ingatlah solat itu sempurna kalau diiringi oleh tiga perbuatan tersebut. Malah seseorang Islam yg tidak berdoa itu dicela dan diancam oleh Allah (a.w). Allah (a.w) menyukai hamba-hambaNya berdoa, memohon dan mengharap padaNya dgn penuh hina dan merendah diri serta benar-benar mengharap.


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment