Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah lihat firman Allah (a.w) bahawa orang iman itu dinilai oleh Allah (a.w) atas dasar tahap atau tingkat ketaqwaan mereka dalam Islam. Dan, Rasulallah (s.a.w) pula memberitahu bahawa manusia Islam itu dinilai dari segi dua dimensi sahaja iaitu 'hatinya' (niatnya dalam Islam) dan 'amalannya' (apa-apa amalan dan ibadah serta segala perlakuan dan percakapannya yg melambangkan pengamalan ketetapan Islam). Malah, dalam Islam seseorang itu diwajibkan menuntut ilmu kerana hanya dgn ilmu dia tahu bagaimana meninggikan keimanan serta ketaqwaan supaya mencapat darjat terbaik yg terbuka kpd semua umat Islam, sehingga dapat maqam bersama-sama dgn para nabi dan para rasul di ahirat kelak.
Saudara, hanya dalam Islam segala kemungkinan itu terbuka kpd semua tak kira bulu - darjat, pangkat, keturunan, harta dan sebagainya yg dinilai di dunia. Dalam dunia tidak boleh. Fikirkanlah - nak bubuh nama anak kita 'Raja' atau 'Tengku' atau 'Syed' pun tak boleh! Di akhirat orang iman yg paling hina di dunia mendapat syurga yg sama tingkatnya dgn para nabi dan rasul, syuhada dsbnya. Malah, orang yg ternama, berpangkat, berkedudukan dan kaya raya di dunia mengahadapi ancaman yg jauh lebih berat pula. Orang miskin, sebagai contoh, masuk syurga 50,000 tahun lebih awal dari orang yg kaya. Kerana tiada harta, maka hisabannya mudah. Orang yg berkedudukan serta berpengaruh pula sukar hisabanya, kerana akan ditanya apakah kedudukan dan pengaruhnya dimanfaatkan untuk umat Islam dan agama Islam? Manakala orang yg kaya dan mewah hidupnya pula akan dihisab secara terperinci, maka sudah barang pasti sulit dan susah, malah kemungkinan besar banyak pula kesalahan dan dosanya, kerana membazirkan harta, tidak menginfaqkan harta untuk fi sabilillah (i.e. membela umat Islam dan agama Islam) dan sebagainya, maka kalau masuk syurgapun setelah selesai hisaban. Malah disebutkan juga kebanyakan ahli syurga itu adalah terdiri dari orang-orang yg dhaif (susah hidupnya di dunia) dan miskin (tak punya harta).
Saudara, orang yg berkedudukan, berdarjat, dari keturunan yg baik-baik dan yg kaya raya pula memiliki peluang (opportunities) yg amat besar dan berbagai dalam Islam, demi akhiratnya. Mereka mempunyai banyak peluang untuk menempah syurga terbaik dgn menggunakan atau memanfaatkan kedudukan, nama dan darjat, keturunan, pengaruh dan hartanya, menempah tempat yg terbaik dalam syurga yg terbaik! Maka dgn itulah, orang iman yg benar-benar tinggi keimanan dan ketaqwaannya adalah orang yg berusaha sebaik mungkin untuk berjaya di dunia dan dalam masa yg sama berusaha sebaik mungkin juga untuk berjaya di akhiratnya. Inilah panduan Rasulallah (s.a.w) berikut:
Orang Iman Terbaik
Saudara, sebaik-baik cita seorang yg beriman itu adalah dia berhasrat untuk berjaya dalam dua dunia - iaitu dunia dalam hidupnya dan dunia ketika setelah mati dia.
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Sebesar-besarnya cinta manusia adalah orang iman yg bercita-cita ingin meraih kejayaan dalam urusan dunia dan (juga) (ingin meraih kejayaan dalam) urusan akhiratnya.’[Hadith ibnu Majah, Kitab Perdagangan]
Seorang iman yg berjaya dunia itu adalah mereka yg berjaya mendapat apa-apa yg dicita-citakannya - mungkin kekayaan, harta, jawatan tinggi, atau wang ringgit, yg memudahkan kehidupan dunianya dan keluarganya, dan pada masa yg sama dia berkongsi dgn Allah (a.w) rezki yg diberikan oleh Allah (a.w) kpdnya dgn mengeluarkan zakat, menginfaq, bersedekah dan sebagainya demi membantu atau membangunkan ummah dan agama Islam, dan kerana itu dia berjaya di akhirat kerana zakatnya, infaqnya, sedekahnya mengalirkan kpdnya dividen pahala yg tidak putus-putus walaupun dia sudah mati, dan dividen ini manfaatnya akan diterimanya di akhirat, mendapat syurga tahap tertinggi bersama-sama dgn para nabi dan rasul.
Diriwayatkan hadith dari Anas (r.a) hadith dari Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Tidak ada (yg) sebaik-baik (dikalangan) kamu (orang Islam dan beriman, melainkan) adalah orang yg tidak meninggalkan dunianya kerana urusan akhiratnya dan tidak meninggalkan akhiratnya kerana urusan dunianya, sehingga dia mendapatkan kedua-duanya (i.e. kesemuanya sekali). Sesungguhnya dunia itu bekalan (i.e. persediaan) untuk akhirat. Janganlah kamu bergantung pada manusia.’ [Hadith ibnu ‘Assakar]
Hadith ini menjelaskan bahawa orang iman terbaik itu adalah orang yg tidak melupakan tanggungjawab duniawinya dan tanggungjawab akhiratnya. Kalau dia seorang usahawan dia berusaha untuk berjaya mendapat kejayaan dalam perniagaan/perusahaan, membentuk nilai-nilai Islam di kalangan pekerjanya dan menumpukan perhatian juga supaya perusahaannya menyumbang kpd kebajikan akhiratnya pula. Kalau dia pekerja dia merupakan orang yg rajin dan produktif dan KPInya cemerlang. Kalau dia seorang guru atau ustaz dia berusaha mengilmukan murid atau pengikutnya supaya berjaya dunia mereka dan akhirat mereka, dan berjaya sebagai orang iman pula.
Gandaan Pahala dalam Mempertingkatkan KeIslaman
Saudara, segala kebaikan yg dilakukan sebagai seorang Islam itu mendapat gandaan pahala sekurang-kurangnya 10 gandaan. Kalau kita tergolong dalam kalangan orang yg berusaha sentiasa untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan pula, maka gandaannya lebih lagi, iaitu 700 kali gandaan. Kalaulah kita dermakan RM 1.00 ke fi sabilillah, maka kita mendapat ganjaran seumpama RM 700.00 pula! Manakah pelaburan dunia yg menghasilkan pulangan 700 kali ganda? Takda. Hanya dalam Islam ada gandaan sedemikian, masya Allah.
Menceritakan hadith oleh Abdul Razak berkata: ‘Menceritakan hadith oleh Makmar’, hadith dari Hamam hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasullah (s.a.w): ‘Iza ahsana ahadukum Islamahu fakullu hasanatin ya’maluha tuktabu lahu bi-‘asyri amthaliha ila sab’i-miatin dhi’fin wa-kullu saiatin ya’lamuha tuktabu lahu bi-mithliha.’ (Yg bermaksud: Ketika memperbaiki salah seorang kamu akan keIslaman kamu maka setiap kebaikan yg dikerjakannya ditulis oleh Allah (a.w) baginya sepuluh seumpama kebaikan (yg dibuatnya) sehingga 700 gandaan, dan setiap kejahatan yg dikerjakannya ditulis baginya oleh Allah (a.w) baginya semithal keburukan tersebut.) [Hadith Bukhari, Kitab Iman]
[Nota; ‘Memperbaiki keIslaman’ bermaksud menambah kpd amalan yg baik (yg mendatangkan pahala) dan menghentikan kejahatan (atau, kemaksiatan) yg dilakukan (yg mendatangkan dosa), dan memperbaiki keikhlasan dan kemurniaan (kualiti) amalan dan ibadah dan meninggalkan keburukan (kemaksiatan), yakni memperbanyak dan memperbaiki atau meningkatkan keikhlsan dan kemurnian amalan dan ibadah sejajar dgn firman Allah (a.w) dalam Ayat 36, Surah al-Isra’ – Ya yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna ‘azabahu – spt, dari segi kuantiti, bangun sepertiga terakhir malam mengerjakan amalan-amalan sunat, mengerjakan amalan sunat di siang hari sebagai tambahan yg konsisten dan istiqamah dan khusyuk dalam mengamalkannya kerana Allah (a.w) semata-mata dan tidak kerana tujuan yg lain.]
Saudara, begitulah pemurahnya Allah (a.w). Namun, wajib diingatkan bahawa kalaulah kita melakukan sesuatu - amalan dan ibadah - sama ada dalam konteks bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah beramal dan beribadah, maka kita hendaklah pastikan semua itu adalah sejajar dgn al-Quran dan as-Sunnah. Hanya kalau speks sedemikian betul, maka gandaan itu kita dapati. Kalau speksnya berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kita terlibat dalam 'bid'ah', maka pahala kita tak dapat dosa pula kita dapat, malahan segala amalan kita tidak ada nilai pada Allah (a.w). Oleh itu, hendaklah lakukan segala sesuatu untuk dapatkan ganjaran pahala dalam Islam hanya berdasarkan ilmu. Bukan buat jadi pak turut atau bertaklid kpd orang atau meniru orang dalam kejahilan.
Saudara, dalam Islam tidak dibolehkan mengerjakan amalan dan ibadah dalam kejahilan, malah segala amalan dan ibadah yg dikerjakan yg tidak didasarkan kpd ilmu, tidak sah dan tidak diterima Allah (a.w) - Ayat 36, Surah al-Isra'(= 'wa-la taqfu ma laisa bhi ilmun' = janganlah kamu kerjakan sesuatu (amalan dan ibadah dalam Islam) tanpa terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya (i.e. amalan atau ibadah itu). Rasulallah (s.a.w) memberitahu : 'Al-ilmu qabla 'amal. = Berilmu dahulu sebelum mengerjakan amalan'. Justeru itu, kepastian beramal perlu berdasarkan ilmu.
Saudara, dalam Islam tidak dibolehkan mengerjakan amalan dan ibadah dalam kejahilan, malah segala amalan dan ibadah yg dikerjakan yg tidak didasarkan kpd ilmu, tidak sah dan tidak diterima Allah (a.w) - Ayat 36, Surah al-Isra'(= 'wa-la taqfu ma laisa bhi ilmun' = janganlah kamu kerjakan sesuatu (amalan dan ibadah dalam Islam) tanpa terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya (i.e. amalan atau ibadah itu). Rasulallah (s.a.w) memberitahu : 'Al-ilmu qabla 'amal. = Berilmu dahulu sebelum mengerjakan amalan'. Justeru itu, kepastian beramal perlu berdasarkan ilmu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment