Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita sudah lihat cara Rukuk dan Iktidal mengikut as-Sunnah atau cara perlakuan atau solat Rasulallah (s.a.w). Ingatlah sebarang amalan dan ibadah - dari segi bentuk serta kaedah dan cara mengamalkannya atau mengibadahkannya - adalah batal atau batil jika berlainan drp apa yg dibuat atau dilakukan atau ditunjukkan atau disuruh oleh Rasulallah (s.a.w). Ingatlah segala amalan dan ibadah yg dicemari oleh bid'ah merugikan kita - kerana kita tanpa kita senagaji atau ketahui terkeluar dari Islam, atau kita dianggap sudah syirik dan taubat kita tidak diterima Allah (a.w) selagi amalan bid'ah mencemari amalan dan ibadah kita.
Saudara, dalam post ini kita lihat pula perlakuan seterusnya, iaitu Sujud, Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir dalam solat fardu (dan sunat juga).
Sujud (Wajib): Cara Sujud
Seperti disebutkan di atas, semasa bangkit dari Rukuk hendaklah dibaca Tasbihnya, yakni, sekurang-kurangnya ‘Samiullahu-liman-hamidah’, kemudian kitapun Sujud dengan bertakbir sebelum tunduk, ‘Allahu Akbar’.
Mengikut syariat Islam berpandukan as-Sunnah terdapat beberapa versi perlakuan (rukun fe’li) semasa Sujud itu. Ada versi yang paling afhdal, yakni versi yang disukai oleh Rasulallah (s.a.w) juga:
Kaedah pertama (yakni, satu pilihan) membongkok, kemudian meletakkan kedua-dua telapak tangan dahulu di tempat Sujud kemudian barulah meletakkan kedua lutut dan diikuti dengan meletakkan kepala (yakni, dahi dan hidung) di tempat Sujud, sementara kedua hujung tapak kaki (yakni, jari-jari kaki) ditegakkan; dan Kaedah kedua (yakni, satu pilihan lagi) membongkok meletakkan kedua lutut dahulu kemudian meletakkan kedua telapak tangan dan kemudian kepala (yakni, dahi dan hidup) di tempat Rukuk.
Namun begitu, yang paling afdhalnya adalah kaedah pertama, kerana kaedah kedua, walaupun sah solatnya, tetapi kurang pahalanya, kerana yang afdhal kaedah pertama.
Diceritakan kepada aku (kata an-Nasa’i) oleh Ishak bin Mansor (r.a) yang berkata dia diberitahu oleh Yazid bin Haron (r.a) yang berkata telah diberitahu kepadanya oleh Syarik daripada ‘Asim bin Kulaibin (r.a) hadith daripada bapanya hadith daripada Wail bin Hujrin (r.a) berkata: ‘Aku melihat Rasulallah (s.a.w) ketika Sujud meletakkan kedua-dua lututnya sebelum (meletakkan) kedua tangannya, dan ketika bangun dari Sujudnya mengangkat kedua tangannya dahulu sebelum kedua-dua lututnya.’ Berkata Abu Abdul Rahman (yakni, Imam an-Nasa’i): ‘Tidak mengatakan begini daripada Syarik selain Yazid bin Haron, Wallahu ‘Alam’. [Hadith dhaif an-Nasa’i]
Oleh kerana hadith ini dhaif, dan ada hadith yang sahih, seperti di atas itu, maka cara ini tidak digalakkan. Hadith ini menyebutkan satu cara bagaimana perlakuan hendak Sujud itu: iaitu meletakkan lutut dulu kemudian barulah tangan. Imam an-Nasa’i mendhaifkan hadith ini kerana setelah disemaknya Syarik bukanlah seorang daripada perawinya yang menyebut perlakuan demikian tetapi Yazid. Justeru itu terdapat kekeliruan dari segi perawi dan isnadnya. Namun begitu, cara begitu boleh juga dibuat, tetapi lebih afdhal berpandukan hadith sahih (yakni, meletakkan kedua-dua telapak tangan dahulu kemudian barulah kedua lutut dan kepala).
Cara yang afhdal, kelakuan Sujud itu adalah berpandukan sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika Sujud salah seorang kamu maka janganlah kamu menjatuhkan (yakni, meletakkan) lutut kamu seperti menjatuhkan unta (menjatuhkan kedua-dua kaki dan lututnya ke tanah), dan (hendaklah) meletakkanlah kedua tangan kamu sebelum meletakkan kedua lutut kamu.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Kaedah Sujud kedua ini adalah lebih kemas, manis serta baik dan afdhal, yakni: membongkok, letakkan kedua tangan dahulu, kemudian letakkan kedua lutut barulah letakkan kepala (dan hidung). Dan, apabila bangun daripada Sujud untuk duduk di antara dua Sujud, hendaklah diangkat ponggong dahulu kemudian kepala, kemudian kedua lutut dan akhirnya barulah diangkat kedua-dua tangan.
Sempurna Sujud itu apakala badan kita diluruskan (yakni, bila tetap dan diam cukuplah tama’ninah). Tama’ninah itu rukun fardu solat:
Diriwayatkan oleh Ibn Masud al-Ansari (r.a) katanya: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiada memadai dan tiada sah solat (mereka) yang tiada membetulkan (yakni, meluruskan pada solat itu oleh orang yang solat) akan tulang belakangnya serta (ada) tama’ninahnya pada Rukuk dan Sujud.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Di dalam hadith di atas Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa perlakuan yang tidak menunjukkan tama’ninah membatalkan solat:
Diriwayatkan hadith oleh Wail bin Hujri (r.a) dengan katanya: ‘Telah aku lihat akan Rasulallah (s.a.w) akan solatnya iaitu apabila Sujud ia menghantar ia akan dua lututnya dahulu daripada dua tangannya. Maka apabila sudah turun lutut dahulu maka diapun meletakkan tangannya langsung Sujud dan apabila bangun Rasullah (s.a.w) kerana berdiri, mengangkat dia akan dua tangannya dahulu daripada dua lututnya.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Di dalam hadith Bukhari, disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) meletakkan kedua tangannya ke tempat Sujud kemudian baru meletakkan kedua lututnya dan diikuti dengan kepalanya (dahi dan hidung). Dalam hadith Ibnu Majah dan at-Termidzi ada hadith menyebutkan semasa Sujud itu didahulukan kedua lutut kemudian kedua-dua tangan dan barulah diletakkan kepala (yakni, dahi dan hidung) ke tempat Sujud itu. Tetapi, Rasulallah (s.a.w) kurang berkenan dengan cara ini, dan menyuruh mendahulukan kedua tangan kemudian barulah kedua lutut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika sujud salah seorang daripada kamu, maka janganlah menjatuhkan (kedua-dua) lutut kamu seperti unta menjatuhkan lututnya, dan (hendaklah) meletakkan kedua-dua tangan kamu sebelum (meletakkan) kedua-dua lutut kamu.’ [Hadith sahih Abu Daud]
Kita bolehlah mengikut salah satu cara tersebut, namun begitu cara kedua adalah lebih disukai Rasulallah (s.a.w), iaitu:
Cara pertama, turun dengan meletakkan kedua lutut dahulu kemudian kedua tangan di paras cuping telinga, dan kemudian baru diletakkan kepala; atau
Cara kedua, turun dengan meletakkan kedua tangan dahulu, kemudian kedua lutut dan barulah diletakkan kepala di antara kedua tangan di paras cuping telinga.
Cara kedua adalah yang selalu dibuat oleh Rasulallah (s.a.w), mengikut as-Sunnahnya, yakni meletakkan kedua tangan kemudian baru meletakkan kedua lutut itu sunnah yang lebih afdhal.
Melakukan kaedah kedua itu mendapat pahala yang lebih pula, kerana melakukan perlakuan yang lebih disukai oleh Rasulallah (s.a.w). Dalam pada itu, janganlah kita menghamparkan lengan kita di atas tikar atau sejadah atau tempat solat sebagaimana anjing menghamparkan lengannya apabila tidur. Perbuatan sedemikian tidak disukai oleh Rasulallah (s.a.w). Melakukannya adalah sama dengan membuat sesuatu yang dilarang, kuranglah pahala solat, walaupun solat tidak batal.
[Nota: Adapun cara kedua itu kurang diamalkan kerana di dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) bersabda bahawa perlakuan sedemikian adalah perlakuan unta apakala dia hendak duduk. Rasulallah (s.a.w) lebih sukakan cara atau kaedah pertama itu - meletakkan kedua-dua tangan dahulu sebelum meletakkan lutu dan kepala ketika nak Sujud dan mengangkat kedua lutu kemudian kepala dan akhirnya tangan ketika bangun dari ujud untuk Duduk antara Dua Sujud itu.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment