Assalamualaikum,
Saudara, dalam post menyentuh tentang Solat Subuh dan Doa Qunut, saudara pasti hafal Doa Qunut yg saudara baca selalu setiap kali bersolat Subuh itu. Kita lihat pertama, pesanan Rasulallah (s.a.w) kpd cucunya untuk baca doa yg sama tapi dibaca ketika Berqunut pada 15 Ramadhan sampai akhir Ramadhan, bukan disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) kita baca ketika bersolat Subuh.
Soalan kedua: Daripada manakah didapati oleh kita (umat Islam) kalimah-kalimah doa Qunut? Siapa yang mengarangnya? Sumber doa Qunut itu didapati apabila kita meneliti hadith berikut. Malah, orang yang mengarangnya sendiripun diberitahu kepada kita dalam hadith tersebut. Cuba kita semak perkara ini:
Diriwayatkan hadith daripada Hussain bin Ali (r.a) berkata: ‘Mengajar akan aku oleh datukku (yakni, Rasulallah (s.a.w)) beberapa kalimah yang dibacanya pada qunut solat witir ‘Allahumma ‘afini fiman ‘afait, watawallani fiman tawallait, wahdini fiman hadait, waqini syarama qadait, wabarikli fima ‘atait. Innaka taqdi wala uqda ‘alaik. Innahu la yazillu man walait. Subhanaka rababana tabarakta wata’alait.' [Maksud doa: Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami semoga memberi kesihatan Engkau atas aku dengan orang yang Engkau kurniakan kesihatan, dan semoga mengatur Engkau akan daku dalam orang-orang yang mengaturkan akan Engkau, dan semoa memberi petunjuk Engkau padaku dalam orang-orang yang Engkau beri petunjuk (hidayah), dan semoa menjauhkan Engkau keburukan yang Engkau hukumkan, dan semoga memberkati Engkau akan daku dalam apa-apa yang Engkau berikan, sesungguhnya Engkau menghukumi dan tidaklah Engkau menghukumi daku, sesungguhnya tidak menjatuhkan Engkau orang-orang yang Engkau sayangi, maha suci Engkau Tuhanku dan memberi berkat Engkau dan maha luhur Engkau.] [Hadith Ibnu Majah & Abu Daud]
Jelaslah, kita di Malaysia ini ambil doa Qunut yang dikhususkan oleh Rasulallah (s.a.w) untuk dibaca semasa solat Witir, untuk kita baca dalam solat Subuh. Tidak ada ‘authority’ kita membuat sesuatu yang baru dalam ibadah. Rasulallah (s.a.w) yang mencipta doa Qunut tersebut. Tetapi, Rasulallah (s.a.w) suruh baca (atau, diberitahu oleh Husein bin Ali bin Abi Thalib, cucu Rasulallah (s.a.w) dibaca datuknya) semasa solat Witir, bukan semasa solat Subuh!
[Nota: Hadith ini diriwayatkan oleh Hussain, iaitu anak Ali Abi Thalib (r.a), yakni cucunda Rasulallah (s.a.w). Tidak ada riwayat atau al-Hadith yg menyebut bahawa Rasulallah (s.a.w) membaca kalimah-kalimah doa ini dalam Solat Subuh. Tidak pula kita disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) baca ketika bersolat Subuh. Yg disuruh kita baca ketika berdoa pada Solat Witir selepas 15 Ramadhan. Jika kita lakukan sesuatu bentuk amalan atau kaedah dan cara beramal/beribadah yg tiada suruhan mengenai oleh Rasulallah (s.a.w), maka kita melakukan suatu yg bersifat 'bid'ah'.]

Jazakallah khairah
No comments:
Post a Comment