Monday, January 2, 2012

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, selepas kita membaca surah, kita bertakbir (yakni, baca 'Allahu Akbar'), kitapun Rukuk. Kita teliti perlakuan Rukuk itu dalam post ini,insya Allah.

Ruku’ (Wajib) 
Apabila selesai membaca satu surah selepas al-Fatihah, maka kitapun Ruku’, dan kemudian bangkit dari Ruku’ dan kemudian Sujud, dan seterusnya rukun-rukun fe’li dan qauli berikutnya. Harus dijelaskan sekali lagi bahawa apabila kita hendak Ruku’ hendaklah kita angkat kedua-dua tangan kita ke atas sehingga ibu jari tangan bersetentangan dengan telinga atau bahu kita dengan menyebut takbir (yakni, ‘Allahu Akbar’) dan terus Ruku’
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) (atau disebut: Ibnu Omar) katanya:Telah aku lihat akan Rasulallah (s.a.w) apabila memulkan dia akan solat mengangkat dia akan dua tangannya sambil mengucap Takbiratul Ikhram, angkatnya itu hingga membetuli dua bahunya. Kemudian diapun membaca Doa Iftitah. Kemudian apabila dia hendak Ruku’ mengangkat (kedua) tangannya pula dia serta mengucap takbir (yakni, 'Allahu Akbar'). [Hadith sahih at-Termidzi] 
Semasa Ruku’ itu hendaklah dibetulkan tulang-tulang rusuk supaya lurus dan tidak bengkok (diam seketika membetulkan badan sebagai tama’ninah rukun tersebut). Ini disebutkan dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Mas’ud (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak memadai bagi solat seseorang lelaki (atau perempuan) yang tidak menegakkan (Yakni, meluruskan) dalam solatnya tulang-tulang rusuknya di dalam Ruku’ dan Sujud.’ [Hadith sahih an-Nasa’i] 
Hadith ini penting kerana Nabi (s.a.w) mementingkan supaya orang bersolat itu meluruskan tulang rusuknya (yakni, bahunya) dan sempurna tama’ninahnya. Yakni, tidak dicepatkan. Mengikut sepotong hadith lain: 
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah Ibn Mas’ud (r.a) katanya: ‘Adalah Nabi (s.a.w) mengucap dia akan takbir dengan katanya ‘Allahu Akbar’ pada tiap-tiap kali turun Ruku’ dan Sujud, dan tiap-tiap kali bangkit dari Sujud, dan takbir dia pada masa berdiri dan duduk.  Dan begitu juga Abu Bakar (r.a) dan Omar (r.a.) memperbuat seperti kelakuan Nabi (s.a.w) itu.’ [Hadith sahih at-Termidzi] 
Hadith di atas ini memberikan nas dan dalil mengapa setiap pergerakan dalam solat disertakan dengan ucapan atau sebutan Takbir, yakni ‘Allahu Akbar’ itu. Berpandukan hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memegang dengan kedua-dua (tapak) tangannya akan lututnya semasa Ruku’ (yakni, bukan sebarang letak, tetapi memegang atas bahagian lututnya dengan tangannya). Kedua-dua tangan terbuka, ibu jari sebelah dalam lutut manakala jari-jari yang empat sebelah bertentangan dengan ibu jari. 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Abdul Rahman al-Sulami (r.a.) katanya: ‘Telah berkata bagi kami oleh Omar bin al-Khatab (r.a.) demikian ini: ‘Bahawasanya meletakkan tangan atas dua lutut (di dalam solat) itu bukanlah rekaan orang sahaja, bahkan telah disyara’kan dan disuruh oleh Nabi (s.a.w) perbuat demikian bagi kamu sekelian, maka hendaklah pegang oleh sekelian kamu pada lutut.’’ [Hadith hasan lagi sahih at-Termidzi] 
Maksud hadith ini bukanlah meletak tapak tangan di atas lutut, tetapi kedua-dua tangan masing-masing memegang bahagian atas lutut, ibu jari sebelah dan jari-jari lain di sebelah lain, sambil membaca tasbih Ruku’, seperti hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Ibn Mas’ud (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersadba: ‘Apabila Ruku’ salah seorang daripada kamu bagi solat, barangmana solat fardu atau sunat, kemudian mengucap dia dalam Ruku’nya akan lafazSubhana-rabbial–a’zim’ tiga kali, maka sesungguhnya telah sempurna Ruku’ solatnya. Dan demikian itulah sekurang-kurang sempurna mengucap tasbih didalam Ruku’ itu. ‘[Sabda Nabi (s.a.w) lagi] dan apabila Sujud seseorang akan solatnya maka berkata dia di dalam sujudnya itu akan tasbih ini, iaituSubhana-rabbial-‘alatiga kali, maka sesungguhnya telah sempurna sujudnya. [Sabda Nabi (s.a.w) pula] bermula yang demikian itu sekurang-kurangnya.’ [Hadith maqtu’q yang dikeluarkan oleh Imam Shafie]. 
Mengikut sepotong hadith lain pula, disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) juga membaca sedemikian semasa Ruku’ dan Sujud: 
Diriwayatkan daripada Khuzaifah (r.a) katanya: ‘Bahawasanya ia telah solat berjemaah beserta Nabi (s.a.w), serta melihat dengan mata kepalanya akan perbuatan Nabi (s.a.w) dan mendengar ia dengan telinganya akan apa yang diucap Rasulallah (s.a.w), (katanya lagi) ‘Maka adalah Nabi (s.a.w) berkata ia di dalam ruku’nya akan ‘Subhana-rabial-‘azim’ dan didalam sujudnya diucapnya ‘Subhana-rabbial’ala’, Katanya lagi, ‘Dan tiada datang ia membaca satu ayat Quran yang dibacanya daripada ayat rahmat melainkan berhenti ia dan meminta ia akan rahmat itu, yakni dengan doanya dan tiada datang ia atas satu ayat Quran yang dibacanya melainkan wakaf pula dan minta berlindung daripada Allah (a.w) seperti yang dikatanya. [Hadith hasan dan sahih, at-Termidzi] 
Mengikut sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Ali Abi Thalib (r.a), Nabi (s.a.w) melarang membaca ayat-ayat al Quran semasa Ruku’
Diriwayatkan daripada Ali Ibn Abi Thalib (k.w): ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) telah menegah akan lelaki daripada memakai benang atau kastan bercampur sutra, dan menegah ia memakai kain bercelup asfar, yakni warna kuning, dan ditegah lelaki memakai cincin emas dan ditegah akan lelaki membaca (ayat) al-Quran di dalam Ruku’.’ [Hadith hasan lagi sahih at-Termidzi] 
Selain hadith di atas itu menjelaskan bahawa Nabi (s.a.w) melarang apabila solat membaca kalimah-kalimah lain (termasuk ayat-ayat al-Quran) semasa Ruku’, hadith itu juga memberitahu kita tiga prinsip lain yang penting diberi perhatian oleh kita, iaitu: Pertama, Lelaki Islam dilarang (yakni, haram) memakai kain sutra, sama ada sutra halus ataupun kasar; Kedua, lelaki Islam dilarang memakai emas (seperti rantai dan gelang emas, cincin emas, jam emas, anting-anting emas; dan ketiga, lelaki Islam dilarang memakai kain berwarna kuning (dan di dalam hadith lain) kain sutera.  Sehinggakan sesiapa yang memakai sutera di dunia tidak akan memakainya di akhirat (maksudnya: tidak masuk syurga). 
[Nota: ‘Larangan’ ini wajib dipatuhi dan jika diengkari berdosa.  Malah ada sepotong hadith lain menyebut bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda lelaki yang memakai sutra dalam dunia takkan memakainya di Akhirat (yakni, akan masuk Neraka, maksudnya tidak akan masuk syurga), begitu juga dengan lelaki yang memakai emaspun dilaknat dan akan diseksa dalam neraka. Yakni, orang lelaki memakai emas, walau apa cara dan di mana sekalipun, tidak masuk syurga. Sepotong hadith lain pula menyebut bahawa lelaki Islam dilarang melabohkan pakaiannya sehingga sampai mencecahi tanah. Orang sedemikian dianggap sombong, bongkak dan bangga diri. Mereka tidak dapat masuk syurga di akhirat kelak]. 
Dalam beberapa hadith sahih lain dijelaskan pula bahawa, antara adab-adab solat itu, semasa Ruku’ itu hendaklah diarahkan mata ke tempat sujud dan dilarang menoleh atau menghalakan mata kita ke lain-lain tempat.  Perlakuan yang sama adalah semasa berdiri, iaitu semasa membaca al-Fatihah dan surah. Ada hadith menyebutkan bahawa mereka yang bersolat tetapi matanya liar menoleh kesana kesini, keatas kebawah dan sebagainya, akan hapuslah pahala solatnya.  Maksudnya, solatnya sah tetapi tidak mendapat pahala. Ini adalah antara adab solat, khususnya melibatkan perlakuan semasa Ruku’, kerana semasa solat kita berhadapan dengan Allah (a.w) dan memandang Allah (a.w) walaupun kita tidak nampakkan Dia (Allah), tetapi Dia (Allah) tetap nampak akan kita
[Nota-1: Kita diajarkan menyebut kalimah yang sama tetapi menambah satu kalimah pula: Subhanarabbial ‘azimi wa-bihamdihi’.  Kalimah ‘wa-bihamdihi’ itu dikatakan oleh para ulama’ kita ada terdapat dalam beberapa hadith, tetapi hadith-hadith tersebut adalah dhaif. Jika sudah ada asas hadith sahih megapakan kita utamakan hadith dhaif? Nota-2Lelaki yang memakai anting-anting sama ada emas ataupun besi atau suasa atau apa jua asalkan berupa anting-anjing di telinga atau gelang tangan, adalah dilaknat oleh Allah (a.w) kerana meniru resmi perempuan.] 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment