Sunday, January 29, 2012

Dunia dan Akhirat - Buatlah Pilihan Segera

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telahpun tahu apakah peringatan Rasulallah (s.a.w) tentang dunia dan akhirat. Kita mendapat tahu kebanggaan Allah (a.w) ketika Allah (a.w) mencipta syurga dan neraka Allah (a.w) menyuruh para malaikat melihat kedua-duanya. Malaikat berkata kalau itulah syurga yg disediakan kpd ahli syurga apa-apa di dalam syurga itu, maka sesiapa yg berkesempatan melihanya, pastilah dia atau mereka ingin masuk ke dalam syurga. Makasudnya, bagi orang yg briman itu, kalaulah diberitahu tentang syurga dan segala nikmatnya, dan dia dapat 'melihatnya' (dgn mata ahtinya) maka pastilah tak seorangpun manusia, akan tidak berkeinginan memasuki syurga. Semuanya nakkan syurga. Begitu jugalah neraka. Malaikat berkata kalaulah itu yg disediakan bagi penghuni neraka, sesiapa yg melihat neraka yg diciptakan oleh Allah (a.w) itu, pastilah dia atau mereka tidak akan ingin masuk ke dalamnya, yakni menjauhinya. Kita tidak berpeluang melihat apa yg disediakan oleh Allah (a.w). Namun Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran dan as-Sunnah, apakah yg dilihat oleh para malaikat ketika Allah (a.w) tunjukkan atau pamirkan neraka kpd mereka. Kalaulah 'mata hati' kita mampu melihat, pastilah kita juga akan tahu apakah yg dilihat oleh para malaikat ketika ditunjukkan oleh Allah (a.w) ketika itu. 
Itulah naluri manusia - sukakan yg baik-baik, yg seronok dan menyeronokkan, yg menyenangan serta yg menyelamatkan, dan tak sukakan yg buruk atau yg menyusahkan atau yg menyakitkan atau yg memudaratkan.
Saudara, kemudian kita diberitahu pula bahawa Allah (a.w) mengadakan persiapan atau perhiasan di sekeliling syurga itu yg merupakan pra-syarat bagi calun syurga dan neraka sebelum mendapatkan syurga atau neraka itu! Apakah yg disediakan sebagai pra-syarat di sekeliling syurga dan neraka itu?  Ketika malaikat melihat semula ke syurga dan neraka, setelah disediakan atau dihiasi oleh Allah (a.w), perhiasan (i.e. pra-syarat atau kewajipan yg wajib dilakukan dan dilasanakan untuk mendapat syurga dan neraka itu) di sekelilingnya, malaikat berkata bahawa kalaulah itu yg diwujudkan di sekeliling syurga itu, maka pasti tak ramai orang dapat masuk ke dalamnya. Dan, setelah melihat semula kpd neraka yg telah dihiasi itu, malaikat berkata, kalaulah itu yg diwujudkan disekitar atau sekeliling neraka itu, sudah pasti ramai, malah majoriti manusia akan terjermus ke dalam neraka!.
Saudara, Allah (a.w) memberitahu kita bahawa setelah matinya manusia - Islam ataupun tak Islam - hanya ada dua tempat disediakan untuk mereka, iaitu sama ada dapat syurga atau dapat neraka atau jadi penghuni syrga atau penghuni neraka. [Nota: Yg tidak Islam pasti masuk neraka dan tidak akan berpeluang masuk syurga]
Firman Allah (a.w): '... fariqun (-m) fil-jannati, wa-fariqun (-m) fis-sa-'iri.' (Yg bermaksud: segolongan (manusia itu) masuk syurga, dan segolongan (manusia itu) masuk neraka.) [Ayat 7, Surah as-Syura]
Saudara, jelas tiada tempat ketiga dalam akhirat, hanya dua: kalau berjaya di sisi Allah (a.w), dan menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' (yg kita berulangkali rujuk), [yg bermaksud: sesiapa taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti panduan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti panduan as-Sunnah), pasti dapat syurga)], maka kita adalah penghuni syurga di akhirat kelak> Dan kalau kita gagal, yakni tidak berpandukan al-Quran dan kita tidak berpandukan as-Sunnah, dan kita pula melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka kita pasti masuk neraka, yakni, kita tergolong dari kalangan mereka yg disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa', maka kita adalah penghuni neraka, wal iya zubillah. Tiada tempat atau pilihan ketiga di akhirat. Yg di neraka sentiasa dibakar dan disiksa dgn berbagai-bagai siksaan, setiap saat dan ketika, dan rasa sakitnya pula digandakan 70 kali ganda sakit bagi siksaan yg sama di dunia! Fikirkanlah orang yg rentung terbakar - kerana rumah terbakar atau keretanya terbakar, tak sempat keluar! Begitulah sakitnya. tapi sakit dibakar dalam neraka digandakan 70 kali pula. Kalau mati terbakar dalam kereta atau rumah, kita mati, maka selesai sakitnya. Tapi, di akhirat tidak ada yg mati! Kalau dibakar, kulit hangus di dunia, sakitnya tahap satu, tapi diakhirat bakaran yg serupa sakitnya tahap 70! Kemudian, kulit itu dijadikan semula sebagaimana sediakala, dibakar pula, menjadi pulih seperti sediakala, dibakar pula, sampai tamat tempoh azab - sampai jelas hutang dosa kita, kalaulah hutang dosa itu boleh dijelaskan. Yg boleh langsai hutang dosa itu hanyalah kalau dia semasa hidupnya dia bertaubat, dan ada sebesar zarah keimanan bahawa Allah (a.w) yg esa itu wujud dan Rasulallah (s.a.w) itu adalah salah seorang Utusan Allah (a.w). Maka orang yg sedemikian itu akhirnya akan diberi laluan masuk syurga setelah selesai dosanya dikifarahkan dalam neraka. Makanan orang dalam neraka itu hanyalah buah zakum, yg bila dimakan tersengkang (atau, tercekik) kat tengkorok atau leher halkum kita, maka akan hancur pula leher dan tengkorok yg sakitnya digandakan pula 70 kali ganda. Dan kalaupun masuk ke dalam perut, hancur segala isi perut, kemudian kembali pulih, hancur pula, tak henti-henti. Minuman ahli neraka hanyalah darah bercampur nanah yg warnanya hitam pekat seumpama kahak yg pekat pula. Tiada minuman lain. Kerana dahaga diminum oleh ahli neraka, untuk menghilangkan kehausan. Apabila masuk air 'hamim' itu ke dalam tengkorok dan perut, hancur tengkorok dan perut yg sakitnya digandakan 70 kali pula. Kemudian pulih semula, hancur semula silih berganti sampailah selesai kifarah dosa kita. Kalau Islam dan beriman, dapat peluang masuk syurga akhirnya, tetapi setelah lansai hutang dosa kita!
[Nota: Kiraan waktu dalam neraka itu disebut 'ahkab' - satu ahkab selama 100,000 tahun dalam kiraan tahun akhirat, dan sehari di akhirat adalah selama 1,000 tahun kiraan tahun dunia. Tapi, akhirat itu kekal. Maka kalau berjaya dikifarahkan dosa-dosa di neraka, dan akhirnya berpeluang masuk syurga - orang-orang trakhir dapat syurga,  mereasalah syurga, setelah menanggung azab di neraka tah berapa akhab ...].
Bukan itu saja, kalaupun dimakan buah zakum, tetap kelaparan tak hilang. Kalau minum air neraka tu, takkan hilang kehausan sedikitpun. Demikianlah siksaannya. kita di neraka tak dapat keluar. Takda pilihan, kecuali makan dan minum apa yg ada dalamnya, untuk 'hidup' dalam neraka itu.
Bagimana pula orang yg menjadi ahli syurga? Bagi mereka segala-gala yg ada di dunia ini dan tambahan lagi yg tiada di dunia, tak payah bersusah payah dapatkan, takda had, takda larangan dan seumpamanya. Makan dan minum apa yg dikehendaki oleh hati. Buat apa yg dikehendaki oleh hati yg dulu dihadkan semasa di dunia atau yg tak dibolehkan semasa di dunia. Bebas, sebebasnya!
Saudara, maka bagi kita, hadith tersebut itu memberikan kita pilihan - apakah kita mau 'dipenjarakan' sekarang, atau dipenjarakan dan disikasa pula di akhirat.  Apakah kita ingin bebas sekarang atau kita inginkan kebesasan di akhirat. Kalau kita ingin bebas sekarang, itulah yg disebutkan oleh para malaikat yg melihat ke arah neraka, disekelilingnya diwujudkan segala kenikmatan yg batil dalam konteks keimanan dan ketakwaan, yg menyeronokkan, yg melupakan, yg memuncakkan ke tahap yg tinggi nafsu keinginan kebinatangan manusia - melalui mata, telinga, mulut, hidung, kemaluan dan seumpamanya - tanpa had. Dan, diadakan disekeliling neraka itu segala sesuatu yg menghayalkan, melalaikan dan menyebokkan manusia serta melupakan mereka perintah dalam al-Quran dan as-Sunnah. Manusia yg tidak Islam lupakan kewajipan menjadi Islam atau menganuti agama Islam - agama yg menyelamatkan mereka di akhirat. Bagi orang Islam pula mereka lupakan perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w) supaya Islam dan beriman, kerjakan amal soleh (semua yg wajib), tinggalkan yg mungkar, dan jangan ingkarkan perintah/suruhan Rasulallah (s.a.w) dgn mengikuti segala ketetapan as-Sunnah dan anuti Islam secara berjema'ah. Mereka itu juga akan masuk neraka selama mana dia ingkarkan dan ketepikan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah semasa hidupnya. Dan kalau dia ada iman terhadap Allah (a.w) dan terhadap Rasulallah (s.a.w), sebesar zarah, akhirnya akan dapat syurga, setelah dibersihkan dalam neraka, berapa lama, wallahu a'lam ...Justeru itu, sebelum roh kita sampai ke peringkat tengkorok atau halkum kita - sakratal maut (naza') - kita masih boleh bertaubat, bertaubatlah, dan mulailah ikuti ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' dan tinggalkan segala sesuatu dari Ayat 14, Surah an-Nisa', mudah-mudahan sempat menebus diri untuk mendapat syurga,insya Allah. Janganlah kita terpengarauh dgn perhiasan yg diwujudkan oleh Allah (a.w) disekeliling neraka yg dilihat oleh para malaikat, dan janganlah merasa susah menepati ketetapan perhiasan yg dilihat oleh malaikat di sekeliling syurga tersebut, apabila Allah (a.w) pertunjukkan kpd para malaikat syurga dan neraka.
Saudara, ingatlah ada 73 golongan orang Islam akhir zaman, semuanya akui diri mereka Islam, tapi, hanya satu golongan Islam saja yg dapat syurga, iaitu orang Islam yg menjadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan hidup serta panduan amalan dan ibadah, dan mereka Islam secara berjema'ah. Mereka adalah orang Islam yg tidak sesat. Kerana, orang Islam yg tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah pasti sesat mencari syurga. Orang Islam yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan pada masa yg sama berpandukan kitab-kitab (atau ajaran manusia, selain Rasulallah (s.a.w), khalaifah yg empat, dan para tabi'in dan para pengikut tabi'in) pasti akan sesat juga. Bila sesat, tak dapat syurga, sebaliknya dapat nereka. Oleh itu pilihlah dgn bijak...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment