Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita membicarakan sedikit tentang peradaban kita ketika melawat orang yg sakit, terutama yg sakit tenat. Kita telah teliti 3 perlakuan yg disuruh oleh Islam kita lakukan; iaitu: pertama, kita ajarkan dia kalimah Talqin', iaitu kalimah 'Lailaha illallah' (yg bermaksud; tiada tuhan yg berhak disembah atau dijadikan sembahan kecuali Allah (a.w) yg esa. Dalam hadith disebutkan bahawa sesiap yg Islam dan kalimah terakhir yg terkeluar dari mulutnya ketika sampai sakratul mautnya, adalah kalimah 'lailaha ilallah', maka di akhirat kelak dia akan masuk syurga (setelah dibersihkan dari dosa-dosanya dalam neraka, kalau dia masih berdosa). Kedua, jangan menambah kerunsingan dalam hatinya. Setiap orang yg menghadapi sakratul maut itu terlalu runsing hatinya, kerana teringat dia akan dosa-dosanya, kalau-kalau belum diampunkan oleh Allah (a.w) dan mula penyesalannya tentang amalan dan ibadah yg belum disempurnakannya. Atau, teringat dia bahawa sekian lama dia hidup, dia tidak pula membuat persedian yg secukupnya untuk menghadapi kehiupan dalam kuburnya dan kemudian kehidupan di ahiratnya pula. Dan, ketiga, mendoakan semoga Allah (a.w) mengurniakan kesejahteraannya di akhirat.
Saudara, dalam post ini kita lihat pula perlakuan yg setrusnya kita buat ketika melawat si sakit.
(d) Mendoakan Orang Yang Sakit
Salah satu peradaban yang ditetapkan di dalam syariat Islam adalah apabila menziarahi seseorang yang sakit, maka hendaklah doakan dia kesejahteraan. Disebutkan bahawa doa yang dipinta bagi pihak sisakit itu mustajab. Dan, doa sedemikian adalah memberi manfaat kepada si sakit:
Diriwayatkan hadith daripada Musa bin Muhammad bin Ibrahim Taimiyi, hadith daripada bapanya, hadith daripada Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika masuk kepada orang yang sakit, maka melonggarkanlah padanya (yakni, janganlah kedekut berdoa baginya) di dalam mendoakan pada waktu (menjengoknya). Maka sesungguhnya demikian (i.e. mendoakan sesuatu kepada si sakit) tidak menolak sedikitpun sesuatu. Dan dia (i.e. doa itu) baik dengan diri orang yang sakit.’ [Hadith ibnu Majah]
Di dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memberi panduan kepada kita peradaban semasa mengunjungi pesakit, terutama pesakit dalam keadaan tenat. Hendaklah kita tidak menyusahkan pula hati dan fikirannya kerana di saat-saat yang genting itu eloklah kita bercakap-cakap perkara-perkara yang baik, yang boleh menenangkan fikiran dan hatinya. Sebaik-baiknya didoakan baginya kesejahteraan semasa didalam kubur sementara menunggu qiamat dan akhirat, dan kita diberitahu apabila kita doakan sedemikian, malaikat yang hadhir mengaminkan doa kita:
Diriwayatkan hadith daripada Syaqiq, hadith daripada Ummu Salamah (r.ah) berkata: ‘Telah bersadba Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika datang kamu kepada orang sakit atau orang yang hampir mati maka berkata-katalah perkara yang baik-baik. Maka sesungguhnya para malaikat mengaminkan atas apa-apa yang diucapkan.’ ‘Maka apabila mati Abu Salamah, datang aku kepada Nabi (s.a.w), maka berkata aku: Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya Aba Salamah sungguh-sungguh sudah mati.’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Berkatalah kamu 'Allah-hummaghfirli walahu, wa’aqibni minhu u’ba hasanah’. [Maksud doa: Ya Allah, Engkau ampunkanlah aku dan (dan ampunilah) baginya. Semoga menggantikan bagiku darinya pengganti yang baik’]. Berkata aku (kata Ummu Salamah (r.ah)): ‘Maka mengerjakanlah aku (seperti yang diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu). Maka mengganti Allah (a.w) orang yang dia lebih baik daripadanya, Muhammad Rasulallah (s.a.w).’ [Hadith bnu Majah]
Apakah doa yang dianjurkan oleh Rasulallah (s.a.w) dibaca? Ini disebutkan di dalam hadith di atas. Doa ini lebih baik jika didoakan oleh suami (atau isteri) jika orang yang sakit itu adalah isteri (atau suami). Namun begitu tidak disebutkan bahawa hanya mereka itu sahaja yang wajar berdoa. Sesiapa saja yang ingin berdoa, maka boleh berdoa. Tambahan pula kebaikan akan juga diperolehi oleh orang yang mendoakan si sakit, seperti hadith di atas doa Ummu Salamah (r.ah) semasa kematian suaminya, yang berdoa semasa suaminya, Abi Salamah (r.a) sakit tenat.
(e) Berikanlah Kehendaknya
Seseorang yang sakit tenat itu berkemungkinan besar inginkan sesuatu atas kehendak hatinya, kerana kemungkinan dia akan mati. Dengan itu, Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita berikan apa yang dikehendakinya atau dipintanya, atau kita tanyakan dia apa-apa kemahuannya, dan apabila diberitahu maka kita dapatkan dan berikan kepadanya:
Diriwayatkan hadith daripada Ikrimah, daripada Ibnu Abbas (r.a) katanya bahawasanya Nabi (s.a.w) menjengok seorang lelaki sedang sakit, maka bersabda dia: ‘Apa-apa yang engkau kehendaki?’ Berkata lelaki: ‘Teringin aku roti gandum.’ Bersabda Nabi (s.a.w) (kepada para sahabat yang hadhir bersama): ‘Barangsiapa yang ada padanya roti gandum maka memberilah kepada saudaranya.’ Kemudian bersabda Nabi (s.a.w): ‘Ketika teringin seseorang sakit kepada salah seorang daripada kamu sesuatu, maka memberikanlah (yakni, perkenankan apa-apa kehendak atau keinginannya).’ [Hadith ibnu Majah]
Berapa ramaikah, mengikut hemat kita orang yang menziarahi pesakit itu bertanyakan kehendak si sakit? Perbuatan yang kerap kita perhatikan adalah membawa apa sahaja barng yang kita sendiri fakir sesuai diberikan kepada si sakit. Selalunya pula, jika barang makanan, maka membazir, tidak dimakannya. Kalau si sakit ditanya, sekurang-kurangnya kita tahu apakah yang perlu kita cari dan dapatkan, dan berikan kepada sisakit. Hadith berikut juga memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya carikan atau dapatkan apa-apa yang dikehendaki oleh sisakit:
Diriwayatkan hadith daripada Zaid Raqasi, daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Masuk Nabi (s.a.w) atas seorang sakit menjengoknya. Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Adakah ingin engkau sesuatu? Adakah ingin kamu kek (kueh)?’ Berkata (sisakit): ‘Ya.’ (Bersabda kepada para sahabat) Maka mencarikanlah bagi sisakit (apa yang dikehendakinya).’ [Hadith ibnu Majah]
Selain menjaga peradaban semasa berada di sisi si sakit, hendaklah kita mendokan kesejahteraan baginya, menyenangkan hatinya, hadith di atas menyuruh kita carikan apa-apa yang diingini oleh si sakit.
Justeru itu, janganlah kita pula bercakap banyak setelah sisakit itu membaca kalimah tauhid 'lailaha ilallah', kerana ditakuti dia dirasuk syaitan pula, maka lupa dia menyebut kalimah tersebut di saat akhir nyawanya keluar dari jasadnya. Malah janganpun bacakan al-Quran atau Yasin kerap, sekali dah cukup untuk mengingatkan dia menyebut kalimah Tauhid tersebut.
Justeru itu, janganlah kita pula bercakap banyak setelah sisakit itu membaca kalimah tauhid 'lailaha ilallah', kerana ditakuti dia dirasuk syaitan pula, maka lupa dia menyebut kalimah tersebut di saat akhir nyawanya keluar dari jasadnya. Malah janganpun bacakan al-Quran atau Yasin kerap, sekali dah cukup untuk mengingatkan dia menyebut kalimah Tauhid tersebut.
Jazakallahu khairah
Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan dengan khasiat alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan
ReplyDelete