Assalamualaikum,
Saudara, semua kita yg Islam dan mereka yg tidak Islam tahu bahawa dalam Islam Allah (a.w) menghukumkan bahawa mencuri atau pencuri itu jika sahih dihukum memotong tangannya. Kerana apa? Mencuri adalah suatu jenayah yg berat dalam Islam. Kerana Allah (a.w) perintahkan bahawa janganlah kita mengambil atau memakan dari harta yg bukan milik atau hak kita.
Saudara, kalaulah di Malaysia hari ini dijalankan hukuman syariat yg ditetapkan oleh Allah (a.w) pemerintah atau kerajaan Islam laksanakan, maka sudah barang tentu tidak akan berlaku pencurian - curi yg kecil spt meragut atau curi yg besar spt menipu dalam projek, termasuk 'milking the government' (apabila harga projek ditop-up oleh orang yg berkuasa. Projek RM 100.0juta menjadi RM 250.0 juta) - tidak akan berlaku. Mudah membuktikan insiden kecurian.
Walaupun pencuri itu dikenakan hukuman yg berat dalam Islam - di potong tangannya, namun mencuri yg lebih besar dan lebih serius - yg sering orang Islam lupa atau kurang faham - dianggap remeh dan sering tidak diberi perhatian adalah 'mencuri dalam solat.' kalau mencuri dalam solat dikira lebih serius, maka pastilah hukumannya lebih berat lagi dari tangan yg dipotong! Tidak disebutkan dalam Islam apakah denda atau hukumannya. Yg disebutkan solat yg dikerjakan tanpa menepati cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) pastilah ditolak. Apakala satu solat fardu ditolak, samalah tak mengerjakan solat. Dan, sesiapa yg tinggalkan satu waktu solat fardu dikira jatuh kafir dalam Islam. Kalau kafir maka wajiblah menjalani hukuman dibersihkan dalam neraka! Berat akibatnya mencuri dalam solat sehinggakan terbatal solat dan menjermuskan kita ke dalam neraka, wal iya zubillah.
Diriwayatkan hadith dari Yahya b Kathir hadith dari Abdillah b Abi Qatadah hadith dari bapanya (yakni, Qatadah) berkata: 'Telah bersabda Rasullah (s.a.w): 'Aswaun-nasi sariqatanl-lazi yasriqu solatahu.' (Yg bermaksud: Seburuk-buruk manusia yg mencuri adalah orang yg mencuri dalam solatnya (atau, mencuri ketika bersolat)). Berkata (yakni, bertanya para sahabat kerana tak faham sabda Rasulallah (s.a.w) itu) : 'Wahai Rasulallah (s.a.w)! Bagaimana mencuri seseorang dalam solatnya?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'La yutimmu ruku'aha wa-la sujudaha.' (Yg bermaksud: 'Tidak menyempurnakan dia (yg solat) akan Rukuknya dan Sujudnya.) [ Hadith Imam ad-darami]
Saudara, hadith di atas itu menyebutkan bahawa mencuri dalam solat itu bermaksud seseorang itu bersolat tetapi tak sempurna Rukuk dan Sujudnya, maka dgn itu tak sempurna solatnya. [Nota: Tak sempurna dalam Islam bermaksud tak ada guna solatnya, tak dapat pahala sedikitpun, seolah-olah tak bersolatpun.] Kita Rukuk dan Sujud tapi tak sempurna menagapa? Dalam solat yg utama adalah 'tomakninah' dalam Rukun Fe'li solat selain tertib dalam Rukun Qauli solat (spt bacaan yg tidak tergesa-gesa dan tertib dalam solat). Tomakninah dalam Rukuk dan Sujud atau amnya dalam kesemua Rukun Fe'li solat adalah kita Rukuk, pandang ke tempat Sujud, kemudian setelah tetap tanpa bergerak barulah membaca Tasbih Rukuk (= 'Subhana rabbial 'azim) sekurang-kurangnya sekali dan lazimnya 3 kali, selesai membacanya, baru kita bangun untuk Iktidal. Begitu juga ketika Sujud, kita lakukan dgn mempastikan bahawa tujuh anggota Sujud kita mencecahi tempat Sujud (= dahi dan hidung, dua telapak tangan, dua lutut dan hujung jari-jari kaki kanan dan kiri), apabila telah pasti dan tetap barulah kita baca Tasbih Sujud (= 'Subhana rabbial 'ala) sekurang-kurangnya sekali, lazimnya 3 kali, selesai, barulah kita bangun untuk Dududk diantara Dua Sujud pula, sebelum Sujud kembali.
Justeru itu, seseorang yg bersolat seumpama ayam mematuk makanannya di atas tanah adalah solat yg tiada tomaknnahnya. Maka, takda gunanya. Dalam solat wajib kita tertib dan sentiasa ingatkan bahawa kita berdepan dgn Allah (a.w), seolah-olah kita melihat Allah (a.w), walaupun kita tak nampak Allah (a.w), Dia nampakkan kita.
Komen: Saudara dalam Siri Mukaddimah hari ini di TV9 pagi ini (10 Februari 2012) penceramah menyebutkan bahawa kita hendaklah ketika berdiri dalam solat menumpukan pandangan kpd tempat Sujud, ketika Rukuk kita tumpukan pandangan kita ke celah antara dua kaki kita, bila Dududk diantara Dua Sujud hendaklah kita tumpukan permanadangan kita kpd tangan kita (yg akan 'menunjuk', i.e. tangan kanan). Tah mana dia belajar/mengaji wallahu 'alam. Tapi dalam as-Sunnah disebutkan atau dinasihatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa untuk mencapai kekhusyukan dalam solat, hendaklah kita tidak liarkan mata dan tumpukan permanadangan kmata kita ke satu tempat sahaja, iaitu tempat kita Sujud.
Saudara, dalam islam, wajib kita beramal dan beribadah dgn sandaran ilmu yg haq (i.e. benar) iaitu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah, bukan pandnagan atau pendapat orang yg menulis kitab-kitab agama ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment