Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun bicarakan sepotong hadith yg memberitahu kita beberapa perakara yg akan berlaku yg menunjukkan kiamat itu sudahpun hampir. Kita sambung lagi perbincangan kita seterusnya.
Tanda-tanda Kiamat Sudah Hampir.
Apabila manusia itu menjadi bertambah jahil dan dikuasai oleh kemahuan nafsunya, maka itulah satu daripada tanda-tanda Qiamat itu hampir tiba. Qiamat itu sudah hampir. Tanda-tandanya sudahpun berbagai. Antaranya banyak fitnah (yakni, cobaan, kekacauan, huruhara, pembunuhan, dll):
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) bersabda (Qiamat sudah dekat apabila): ‘Masa bertambah cepat, amalan (yang sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah) semakin berkurangan, kekikiran (yakni, sifat kedekut dan bakhil) banyak ditemui, fitnah (yakni, cobaan dan kekacauan) terjadi dan ‘huruhara’ bertambah banyak.’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Ya Rasulallah (s.a.w): (huruhara) Yang mana?’ Dijawab Nabi (s.a.w): ‘Pembunuhan! Pembunuhan!’ [Hadith Bukhari] .
Di dalam hadith di atas disebutkan lima tanda-tanda qiamat sudah hampir, dan tanda-tanda tersebut sudahpun berlaku dewasa ini, iaitu:
Pertama, Masa itu berlalu dengan cepat, sebagaimana yang kita alami ketika ini, begitu cepat masa berlalu, sehinggakan kita rasa tak sempat menyudahkan sesuatu keraja waktu pagi sudahpun petang; Kedua, rata-rata kita dapati orang Islam kurang amalan syaiat agamanya, terutama amalan wajib seperti solat, apatah lagi amalan sunat; ketiga, manusia kedekut atau bakhil semakin banyak kerana sukar untuk mendapatkan manusia yang mampu menolong mereka yang fakir, miskin dan memerlukan bantuan; keempat, bermacam-macam kekacauan berlaku di merata-rata tempat dalam masyarakat umat Islam; kelima, huruhara demi huruhara yg pelbagai berlaku sama ada dibuat oleh manusia mahupun yang berlaku kerana dugaan dan cobaan Allah (a.w), seperti bangunan runtuh, tanah runtuh tsunami dan sebagainya.
Diriwayatkan hadith daripada Syaqiq (r.a) berkata: ‘Aku bersama-sama dengan Abdullah dan Abi Musa dan kedua-duanya mengatakan bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya sebelum saat (yakni, Qiamat) ada beberapa hari (yakni, masa atau zaman) yang ketika itu kejahilan bertambah, ilmu berkurangan dan huruhara banyak terjadi. Dan huruhara itu adalah pembunuhan.’ [Hadith Bukhari]
Hadith di atas ini juga memberikan beberapa alamat sudah hampirnya Qimat itu, iatu: pertama, kejahilan bertambah, yakni manusia semakin tidak arif tentang agamanya, mereka bertambah jahil terhadap syariat agamanya; kedua, ilmu mengenai syariat agama Islam itu semakin berkurangan (kerana di dalam hadith lain disebutkan kerana banyaknya orang yang faqih tentang agama Islam itu mati dan tiada pengganti, kerana tiada siapa yang sanggup belajar agama); dan ketiga, terjadinya banyak huruhara, iaitu pembunuhan di kalangan orang Islam.
Kita sentiasa terbaca tentang pembunuhan. Contohnya, kes yang melibatkan pegawai MBSA yang membunuh perempuan simpanannya, kes pegawai Petronas membunuh isterinya, dan banyak lagi.
[Nota: Sebagai tambahan, apakah hukumannya terhadap orang yang mengaku Islam membunuh seorang Islam? Ini dijelaskan di dalam hadith bahawa orang Islam yang membunuh seorang Islam yang lain jatuh kafir. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah (r.a) berkata Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Mencaci orang Islam itu adalah satu kejahatan (berdosa), dan membunuhnya adalah kekafiran (yakni, jatuh kafir).’ [Hadith Bukhari].
Hadith berikut pula memberikan beberapa tanda-tanda atau alamat-alamat Qiamat yang lain:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Musa asy-Syaari (r.a) berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Akan datang atas manusia suatu zaman apabila dikeliling seorang lelaki dengan membawa sedekah daripada emas kemudian tidak menjumpai seseorang (orang yang) ingin mengambil (atau menerima)(sedekah) darinya, dan diketahui oleh lelaki yang seorang mengikuti padanya empat puluh (40) perempuan yang meminta kelazatan (yakni, inginkan berkahwin atau mendapat nikmat dunia melalui hubungan jenis) dengannya dari sedikit lelaki dan banyaknya perempuan.’ [Hadith Bukhari]
Di dalam hadith di atas itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa qiamat itu hampir atau akan berlaku dalam sedikit masa lagi:
Diriwayatkan hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya (antara) dari tanda-tanda qiamat itu bahawasanya terangkat ilmu (mengenai syariat Islam) dan banyaknya (yakni, ramainya) orang-orang yang jahil (tentang syariat agama Islam), dan banyaknya berlaku zina, dan banyaknya manusia minum arak, dan sedikitnya lelaki dan banyaknya perempuan sehingga akan ada bagi setiap 50 perempuan inginkan seorang lelaki.’ [Hadith Bukhari] Qiamat itu hampir berlaku apabila kita ketumui keadaan berikut, iaitu apabila: pertama, seseorang Islam yang membawa sedekah berupa emas untuk disedekahkan, tiada siapa yang mahu terima, bukan kerana tidak ada nilainya, tetapi, di dalam hadith disebutkan ketika itu umat Islam terlalu kaya dan kesemuanya kaya dan tiada yang faqir atau miskin untuk menerima sedekah atau zakat atau fitrah; dan kedua, pada zaman itu seorang lelaki akan diikuti oleh 40 orang perempuan, yakni begitu ramainya perempuan berbanding dengan lelaki sehinggakan nisbahnya 40:1. Seorang lelaki beristerikan 40 perempuan.
Di dalam hadith yang lain Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya supaya bersedekahlah selalu sekarang kerana apabila hendak Kiamat nanti, tiada yang mahu menerima sedekah:
Diriwayatkan hadith daripada Haritsah bin Wahab (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Bersedekahlah kamu, kerana nanti akan datang suatu zaman bagi manusia, bilamana seseorang berjalan membawa sedekahnya, tetapi tidak diperolehinya orang yang mahu menerimanya.’ [Hadith Bukhari]
Bersedekah adalah salah satu suruhan Allah (a.w) dan RasulNya terhadap umat Islam. Apabila hampir Kiamat, tidak ada orang yang mahu menerimanya. Kerana, zaman itu umat Islam sudahpun kaya dan mewah tak lagi mmerlukan pertolongan kewangan orang lain. Maka sesiapa yg ingin menginfaq dan bersedah untuk menambah pelaburan akhirat mereka, tidak dapat melakukannya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment