Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung sedikit lagi penelitian kita atas tajuk di atas - meminta dari orang sesuatu untuk diri kita. Kita sudahpun lihat dalam post sebelum ini bahawa orang yg melazimkan dirinya meminta dari orang lain untuk kehidupannya - spt peminta sedekah atau orang yg mampu tetapi kekal meminta-minta - dibangkitkan di padang makhsyar tanpa sebarang atau sepotong dagingpun pada wajahnya. Mukanya seumpama tengorak. Tengkorak adalah tulang dan kepala muka tanpa daging. Apa kata Rasulallah (s.a.w) lagi? Kita lihat hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi Zur'ah hadith dari Abi Hurairah berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Man sa-alan-nasa amwalahum takathuran fain-nama yasalu jamran fal-yastaqilla au liyastakthir.' (Yg bermaksud: Barangsiapa atau sesiapa yg meminta-minta dia pada manusia harta mereka kerana ingin memperbanyakkan harta milik mereka, maka sesungguhnya apa-apa yg diminta mereka adalah bara api (neraka), maka menyedikitkan atau memperbanyakkan mereka meminta.) [Hadith Muslim, Kitab Zakat]
[Nota: Hadith ini menegah orang Islam mencari harta atau memperbanyakkan hartanya dgn cara meminta-minta dari orang lain. Di akhirat kelak yg didapatinya adalah bara api neraka. Tak kiralah dia minta sedikit ataupun banyak. Swedikit dia dapat sedikit bara api dan kalau banyak dapatlah dia banyak bara api. Penting diingatkan adalah hanya ahli atau penghuni neraka yg mendapat bara api. Justeru itu, orang yg meminta-minta itu pastilah menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, wal iya zubillah.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment