Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini tak berapa lama dahulu, kita telahpun lihat nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai tajuk di atas itu. Namun, spt biasa manusia itu dijadikan dgn sifat yg suka melawan dan suka lupa. Maka wajarlah kita ulangi kembali supaya mengingatkan kita bahawa apabila tamat hidup kita di dunia, bererti bermulalah kehidupan yg sebenarnya, iaitu alam barzah dan alam ahirat. Alam barzah itu jauh lebih panjang dan lebih lama dari alam dunia kita sendiri, iaitu saat kita dilahirkan sehinggalah saat kita dimatikan - mengikut kiraan jangka waktu di akhirat tak lebih dari seminit sahaja! Fikirlah, Nabi Adam (a.w), Hawa (a.s) dan anak-anaknya telahpun berkurun mati, dan berada d kubur. Umat Nabi Nuh (a.s) yg dikaramkan oleh Allah (a.w), sudahpun berkubur di lautan banjir sampai sekarang. Firaun dan kaumnya telah mati di Laut Merah zaman Musa (a.s) sekian lama pula. Allah (a.w) memberitahu bahawa kiraan jangkawaktu di akhirat - di padnag mahsyar, ketika manusia yg Islam berkumpul di padang mahsyar itu selama 50,000 tahun. Dan, sehari zaman itu sama dengan 1,000 tahun zaman ini. Oleh itu, tidaklah menguntungkan bahawa memaksimumkan keserokan di dunia sekarang, melupakan kehidupan dua zaman yg mendatang tanpa persediaan, disiksa dalam kubur, dibasuh di dalam neraka kelak!
Saudara, setiap kita akan menemui kiamat kecil - kematian. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa umur umat Muhammad (s.a.w) hanyalah antara 60 hingga 70 tahun sahaja. Terkadang ada yg dipanjangkan umur oleh Allah (a.w) sampai 125 tahun. Tapi, on average, antara 60 hingga 70 tahun.Hari ini kerana gaya dan cara hidup moden manusia, ramai yg tak sampaipun umurnya 50 tahun sudah sakit tenat, kalaupun belum mati.
Dan, kiamat yg sebenarnya akan berlaku, entah bila tiada siapa yg tahu. Namun, Rasulallah (s.a.w) telahpun diwahyukan oleh Allah (a.w) untuk memberitahu manusia, bahawa kiamat itu sudah hampir. Tanda-tandanya sudahpun banyak dan berbagai. Insya Allah,dalam post ini dan beberapa post yg akan datang, kita teli tajuk 'Kiamat' supaya kita ingat dan disedarkan dari lamunan kehdupan dunia yg serba menyeronokan, tetapi tetap akan terhenti.
Tanda-tanda Qiamat
Di dalam sepotong hadith disebutkan bahawa di akhir zaman kelak akan kembali semula masyarakat jahiliah, kerana umat Islam ketika itu jahil dengan agamanya (berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah):
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Amr bi ‘As (r.a) berkata bahawa dia mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) tidak akan mencabut ilmu (mengenai syariat agama Islam) dengan mencabutnya dari hati manusia, dan akan tetapi tercabutnya ilmu itu dengan mematikan para ulama’ (yakni, mereka yang berilmu tentang syariat agama Islam). Sehingga ketika tiada lagi orang-orang yang berilmu (ilmu, mengenai syariat Islam yang haq), maka mengangkat manusia (yakni, masyarakat umat Islam) sebagai pemimpin mereka orang-orang yang jahil (tentang syariat yang haq itu, yakni ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) di tempat mereka bertanya (yakni, mendapatkan keputusan) tentang agama mereka. Maka, orang-orang jahil tersebut akan mengeluarkan fatwa atau keketapan mengenai agama Islam tanpa ilmu (yakni, sedangkan mereka jahil tentang ketetapan Allah (a.w) yang terdapat dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah), maka mereka itu (yakni, yang memberi fatwa atau ketetapan itu) sesat dan menyesatkan pula orang lain (yakni, orang yang meminta fatwa atau ketetapan agama, yakni masyarakat mereka).’ [Hadith Bukhari]
Sudahkah berlaku perkara ini sekarang? Jika kita amat-amati kita ketahui ramai pemimpin kita yang tidak mempunyai ilmu mengenai syariat agama Islam tetapi mereka tidak segan dan silu bercakap tentang hukum-hukum agama Islam. Mereka pula melantik para ulama’ untuk mentadbirkan syariat agama Islam dan hal ehwal masyarakat Islam orang-orang yang tidak cukup faqih tentang syariat agama Islam. Mereka ini mengeluarkan fatwa dan membuat ketetapan mengenai sesuatu tentang agama Islam. Atau, lebih serius lagi mereka mencari sesuatu pentafsiran di dalam agama Islam yang boleh mereka gunakan untuk membenarkan sesuatu tindakan yang tidak sejajar dengan syariat Islam yang dibuat atau diputuskan oleh pemimpin mereka. Maka timbullah sinario yang disebutkan di dalam hadith ini, iaitu manusia yang jahil tentang syariat Islamnya memberi fatwa atau keputusan atau ketetapan dalam kejahilan tentang agama Islam. Mereka sememangnya sesat disebabkan kejahilan mereka dan kerana fatwa atau ketetapan atau keputusan yang mereka buat bersandarkan pendapat, dan tidak berlandaskan ilmu, maka mereka pula menyesatkan orang yang lain, yakni umat Islam yang dipimpinnya!
[Nota: Hari ini begitu ramai ulama' yg sudahpun menyesatkan umat Islam kerana ceramahnya, kuliyahnya atau tazkirahnya, yg disampaikan oleh mereka menggunakan kebijaksanaan akal fikirannya, tanpa mengaji dan memahami al-Quran dan as-Sunnah atau kalau fahampun secara sedar atau tidak sedar menentang ketetapan as-Sunnah.]
Oleh sebab itulah terkadang kita dengar pemimpin bercakap tentang ‘aurat’ dan tentang beberapa hukum Allah (a.w) dan beberapa amalan umat Islam yang dianjurkan oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai tidak sesuai untuk zaman sekarang. Mereka berhujjah bahawa ‘norma-norma’ sedemikian adalah untuk umat Islam zaman Rasulallah (s.a.w), yakni sesuai untuk masyarakat 1,400 tahun lalu. Sekarang masyarakat telah maju ke depan. Maka kerana itu perlu perubahan. Islam itu, kata mereka, adalah agama untuk semua zaman. Maka kehendak syariat Islam juag berubah mengikut zaman! Namun, Allah (a.w) memberitahu bahawa Islam dan syariatnya sebagaimana yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) tetap tidak akan berubah. Yg wajib berubah adalah manusia, khususnya umat Islam sendiri, yg wajib menyesuaikan diri mereka dgn ketetapan Islam. Bukan sebaliknya.
Jelaslah satu contoh pemikiran yang logik dan mengikut zaman. Satu pemikiran yang berlandaskan kebijaksanaan akal manusia. Satu pandangan yang dipengaruhi oleh reality dunia manusia. Soalnya, adakah syariat agama Islam yang ditetapkan oleh Allah (a.w) perlu berubah dan idisesuaikan dengan reality manusia dan reality dunia? Atau, sebaliknya? Sudah pastilah yang perlu menyesuaikan diri adalah manusia dan reality dunia itu hendaklah dibentuk kepada ketetapan syariat Islam. Kerana syarikat Islam itu telah ditetapkan oleh Allah (a.w). Realiti hidup itu dicipta manusia supaya jauh berlainan daripada fitrah syariat Islam dan manusia diperintah oleh nafsu mereka. Masakan Allah (a.w) itu mempunyai ilmu yang begitu cetek dan manusia lebih bijak daripadaNya? Hakikatnya, barangsiapa yang memikirkan bahawa syariat Islam itu perlu disesuaikan dengan zaman dan bukannya zaman perlu dibatasi oleh syariat Islam sememangnya sudah sesat jauh. Inilah yang dimaksudkan oleh hadith di atas tadi.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment