Assalamualaikum,
Saudara, di zaman akhir ini kita terbaca berbagai berita dari berbagai media bagaimana generasi muda bertindak terhadap orang tua, termasuklah bagaimana anak-anak melayani (treat) kedua ibubapa mereka. Sudahlah mereka tidak mahu menjaga kedua ibubapa mereka - mereka tak sanggup. Mereka boleh mengadakan wang dan belanja meminta pihak lain - rumah orang-orang tua - menjaga kedua ibubapanya, tapi sebagai anaka mereka sendiri tak mahu. Adakalanya anak mencederakan, malah membunuh ibu bapa mereka.
Saudara, dalam post yg lepas dalam blog ini kita telah lihat bahawa Rasulallah (s.a.w) menyebutkan seorang anak yg berkesempatan memiliki kedua ibu bapa mereka masih hidup, rugi kerana kedua orang tuanya tidak dapat mengirim mereka, sebagai anak, ke syurga, di akhirat kelak. Kenapa, kedua ibunya tidak ridha terhadap mereka. Atau, kedua ibu bapa mereka tidak mendoakan kesejahteraan untuk mereka sebagai anak. Doa kedua ibu bapa itu makbul. Dan, keridhaan Allah (a.w) hanya diberikan oleh Allah (a.w) kpd anak yg kedua ibu bapanya ridha terhadap mereka. Justeru itu, kalau kedua ibu bapa masih hidup, anak-anaknya tidak melakukan segala sesuatu demi mendapat keridhaan kedua ibu bapanya, rugi sergi-ruginya. Si anak itu mungkin seorang yg alim - alim ulama' atau ternama atau berkedudukan hebat, dan mengerjakan amalan yg tidak tertinggal satupun, tapi kalau kedua ibubapanya tak ridha terhadanya kerana sesuatu sebab, rugilah dia. Tak dapat syurga. Pasti masuk neraka.
Selain itu, kita diperingatkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Ja'far b Rabi'ah hadith dari 'Iraki b Malik bahawasanya dia (Iraki) mendengar Abi Hurairah berkata: 'Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'La targhabu 'an abaikum, fa-man raghiba 'an abihi fahua kufrun' (Yg bermaksud: Janganlah kamu membenci pada bapa kamu sekelian, maka sesiapa yg bencikan bapanya maka dia kafir.' [Hadith Muslim, Kitab Iman.]
[Nota: dalam hadith ini digunakan kalimah 'bapa'. Rujuk kpd hadith lain bahawa seorang anak itu wajib berbuat baik kpd kedua ibubapanya - perintah al-Quran dan as-Sunnah. Malah ibu diutamakan dari bapa tiga kali lebih. maka dgn itulah ketika ditanya oleh sahabat siapa diantara kedua ibubapa yg wajib anak itu berbuat baik, disebut Rasulallah (s.a.w) ibu dahulu tiga kali,kemudian baru bapa. Maka dgn itu, sesiapa yg membenci ibubya adalah tiga kali ganda kafirnya, wal iya zubillah.]
Mudah-mudahan saudara (atau saudari) sebagai anak janganlah lepaskan peluang untuk berbaik, menghormati, menolong, menjaga dan mengutamakan kedua ibu bapa saudara ketika mereka masih hidup. Mudah-mudahan sebagai anak kita mendapat keridaan mereka, dan atas keridaan itu, Allah (a.w) rida terhadap kita sebagai anak. Keridaan ibubapa itu menentukan keridaan Allah (a.w), dan mereka menghantarkan kita ke syurga. Itulah pelaburan terbaik untuk akhirat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment