Assalamualaikum,
Saudara, hari ini kita lihat bagaimana seorang Islam menganianya dirinya sendiri tanpa menyedari akbibat apa yg dikatakan atau diucapkan atau difikirkan. Semua ini berlaku kerana kejahilan ilmu dalam Islam.
Saudara, dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini - 23 Feb. 2012 - terpampang di muka depannya tajuk 'Bai'at hanya kpd Allah' dan komen yg katanya dari Dr Mahathir Mohamed 'Pemimpin PAS manusia biasa, bukan nabi atau rasul ' tentang perbuatan kepimpinan PAS dan anggota partinya tentang isu 'bai'at' terhadap pemimpin PAS.
Dalam Islam ada bai'at disebutkan. Ada tiga potongan ayat al-Quran atau firman Allah (a.w) yg membenarkan perbuatan Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat berbai'at kpd Rasulallah (s.a.w) dalam Islam zamannya. Malah kalau saudara mengaji ilmu as-Sunnah saudara akan mengetahui dua perspektif wajib dalam pemerintahan dan kepimpinan Islam iaitu: pertama, sistem kepimpinan dalam Islam, dan kedua, ikrar taat setia atau bai'at oleh jema'ah umat Islam terhadap kepimpinan. Ini bermula dari proses mengangkat khalifah Abu Bakar as-Siddik sebagai khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg pertama selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w). Apabila Omar (r.a) mencadangkan agar jema'ah umat Islam mengangkat Abu Bakar (r.a) sebagai khalifah pertama Islam , umat Islam sepakat bersetuju mengangkat Abu Bakar (r.a) dan kemudiannya mereka berbai'at berikrar akur dgn moto 'sami'na, wa-ato'na mas-tota'na' (yg bermaksud: Kami dengar apa kata pemimpin, kami taat sekuat mampu kami'. Itulah ikrar janji taat setia dalam Islam. Dgn bai'at tersebut maka setiap anggota jema'ah Islam adalah terikat untuk mengotakan apa yg mereka bai'atkan, selagi pemimpin yg diangkat sebagai 'khalifah' atau 'Amirul mukminin' (= pemimpin kaum mukmin), atau 'imam' atau 'amir' tidak memerintahkan atau menyuruh mereka sesuatu yg bersifat maksiat atau kemaksiatan. Apakah perintah pemimpin yg bersifat maksiat atau kemaksiatan? Kemaksiatan adalah sesuatu ketetapan atau perintah atau suruhan atau keputusan kepimpinan yg bertentangan dgn atau menyalahi ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan menentang atau menyalahi ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Contoh: kalau dalam ibadah kita sebagai anggota jemaah umat Islam disuruh mengerjakan sesuat yg ebrsifat bid'ah, maka itu adalah kemaksiatan. Kerana Allah (a.w), dalam Surah al-Haysr, memerintahkan manusia supaya akur dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w), dan Rasulallah (s.a.w) melarang umat Islam mengerjakan sesuatu amalan bid'ah.
Saudara, dalam perkara bai'at ini, ramai umat Islam yg jahil dan silap faham. Termasuklah Dr Mahathir sendiri. Manusia tidak berbai'at kpd Allah (a.w). Manusia yg Islam itu telahpun berikrar melalui dua kalimah syahadah yg diikrarkannya bahawa Allah (a.w) itu sahaja tuhan yg esa yg berhak dan wajib disembah. Maksudnya, ikuti segala ketetapan Allah (a.w), tanpa sebarang pengecualian - without exception. Dan, umat Islam itu juga mengakui bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah hamba Allah dan PesuruhNya (=RasulNya = Rasulallah (s.a.w). Maka dgn itu mereka wajib akur dan taat dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) atau as-Sunnah. Maka dgn itu tidak betul jika seseorang itu berkata bahawa bai'at hanya kpd Allah (a.w)! Tidak ada bai'at dgn Allah (a.w). Yg ada syahadah yg merupakan ikrar janji manusia yg Islam terhadap Allah (a.w) dan RasulNya.
Ada bai'at dgn Rasulallah (s.a.w). Itu disebutkan dalam al-Quran. Maksudnya telahpun dibenarkan oleh Allah (a.w). Al-Quran menyebutkan perkara bai'at ini dalam 3 ayat, iaitu: pertama, Ayat 10, Surah al-Fath (Allah (a.w) mengesahkan bahawa para sahabat yg berbai'at dgn Rasulallah (s.a.w) itu hakikatnya berbai'at kerana Allah (a.w), maksudnya diterima Allah (a.w) ikrar janjinya dan dijaga oleh Allah (a.w)); kedua, Ayat 18, Surah al-Fath (para sahabat yg berbai'at dgn Rasulallah (s.a.w) dijamin Allah (a.w) kemenangan, maka dgn itu dalam hadith disebutkan mereka kesemuanya mendapat syurga di ahirat kelak), dan ketiga, Ayat 12, Surah al-Mumtahannah.(Allah (a.w) dalam ayat ini menetapkan apakah isi ikrar taat setia orang yg hendak berbai'at dgn Rasulallah (s.a.w) - lelaki ataupun perempuan). kalau saudara mengaji dan belajar as-Sunnah akan kita dapati bahawa dua perkara yg menjadi ketetapan pokok dalam Islam dan pra-syarat aqidah Islam tidak lagi menjadi amalan umat Islam zaman ini; iaitu pertama kewajipan umat Islam mempunyai pemimpin atas mereka. dan kedua, bahawa umat Islam yg menjadi jema'ah tersebut hendaklah berbai'at dgn pemimpin yg mereka angkat untuk memimpin mereka.
Justeru itu, kita dapati apa yg disebutkan oleh Dr Mahathir tentang bai'at itu adalah suatu kesilapan dalam mentafsirkan syariat Islam.
Tapi, beliau bercakap dalam konteks politik. Tidak ada salahnya mana-mana parti politik atau mana-mana perkumpulan, jika mereka ingin meniru syariat Islam dalam perkara kepimpinan dan ketaatan atau bai'at tersebut. Tidak salah anggota sesuatu perkumpulan berbai'at yakni membutat ikrar janji taat setia terhadap pemimpin perkumpulan tersebut asalkan tidak berikrar mereka menentang Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Seseorang yg menentang Allah (a.w) dan RasulNya, walaupun hanya suatu perkara yg kecil pastilah mereka terkeluar dari Islam. Atau, kalau sesuatu perkumpulan itu terdiri dari orang yg tidak Islam, tidak ada hakikat bai'at, yg ada hanyalah ikrar janji biasa. Bagi perkumpulan Islam, apakala mereka berbai'at, mereka sebenarnya ingin menobatkan syariat Islam. Maka jika begitu, bai'atnya adalah menepati amalan syariat Islam.
Saudara, seperkara lagi yg amat berleluasa berlaku zaman wabak pilihanraya ini adalah orang Islam - pemimpin dan rakyat biasa - yg mengumpat dan memfitnah satu sama lain. Dalam Islam seseorang itu dikatakan mengumpat apabila dia berkata sesuatu terhadao orang lain (yg Islam) di belakang orang yg mereka bercakap mengenai sesuatu itu. Yg dikatakan mungkin benar, namun jika tiada subjek yg dikatakan itu berdepan dgn kita, itu merupakan suatu umpatan. Maka mendapat dosa. Kalau, apa yg dikatakan pula tidak benar atau suatu pembohongan, maka dia melakukan suatu fitnah atau dia memfitnah sabjek tersebut. Kerana yg disebutkan ceritanya tiada berdepan dan cerita yg disebutkan adalah persangkaan atau suatu pembohongan. Orang yg melakukan sedemikian itu telah dgn sengaja menghapuskan atau mengikis sebarang pahala yg dia dapati dari amalannya. Tak guna dia bersolat. Tak guna dia berpuasa. Tak guna dia berzakat dan menginfaq. Tidak guna segala amalan soleh atau makruf yg dikerjakannya selama ini. Maka di akhirat kelak, mereka muflis. Wal iya zubillah.
Hari ini kesemua orang yg terlibat dalam politik caci mencaci, kata megata, tuduk menuduh, sumpah menyumpah, laga melaga dan seumpamanya ... tak sedar pahala amalan dan ibadahnya cair dan terhapus tanpa mereka sedari ...Meereka hanya akan sedar kelak di akhirat bahawa mereka sudah muflis, wal iya zubillah. Mudah-udahan, janganlah saudara terikut-ikut dengan gelagat mereka.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment