Monday, February 6, 2012

Komen: Program 'Tanyalah Ustaz' 'TV9'

Assalamualaikum,
Saudara, pagi tadi (6 Feb. 2012) secara kebetulan penulis mendengar ceramah Abu Hassan Din al-Hafiz dalam program 'Tanyalah Ustaz' di TV 9 bertajuk 'Uswa Hasana'. Malangnya, terlambat setelah program itu berlalu lebih 20 minit, jadi banyaklah perkara-perkara yg dicakapkan olehnya terlepas.
Saudara, siapa dia Abu Hassan Din al-Hafiz? Dulu dia sekian lama menjadi Penasihat Agama kpd SPB Yg DiPertuan Agung. Beliau, sebagai yg jelas di namanya, seorang 'al-Hafiz', yakni orang yg hafal 30 juzu' al-Quran. Beliau bukan sahaja hafal, tetapi faham apa yg dihafalnya. Jelaslah di Malaysia, dia merupakan seorang ulama' yg besar. Siapa yg tak kenal beliau. Dia adalah adik pula kpd seorang ulama' Malaysia yg terserlah dan mahaguru universiti suatu masa dulu, iaitu Dr. Harun Din al-Hafiz, juga seorang yg unggul di Malaysia. Katanya ada seorang lagi abangnya yg juga seorang ulama' tetapi taklah terserlah sebagaimana beliau dan abangnya, Harun. Harun Din adalah juga seorang tokoh pemimpin PAS, sebagai Penasihat PAS. Beruntunglah kedua ibu bapa mereka kerana dapat menghasilkan tiga orang anak yg bijak dalam ilmu  agama Islam.
Saudara, yg menarik dalam ceramah beliau adalah isu 'bid'ah hasanah'. Sehubungan dgn hadith itu, seorang hadirin bertanya inginkan penjelasan  tentang 'bid'ah'. Abu Hasssan Din meneyntuh tentang sepotong hadith tentang segala sesuatu yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah sebagai bid'ah. Seperti yg dijangkakan, sebagaimana para ulama' arus perdana di Malaysia ini, berpegang kpd fahaman Mazhab as-Syafie. Apakah beliau mengikuti amalan kemazhaban as-Syafie di Malaysia sepenuhnya? Wallahu 'alam, Allah (a.w) -Dia yg tahu sebenarnya. Tapi, yg penting nak penulis sebutkan adalah pendapat beliau dgn menggunakan nas hadith menyebut tentang tajuk 'bid'ah hasanah' sebagai menjawab soalan hadirin yg hadir (jema'ah umat Islam dari Singapura) di Masjid as-Syakirin (tempat program itu direkodkan).
Saudara, soalan yg di'tanya' [Nota: Kesemua soalan dalam program TV selalunya disediakan oleh penceramah berkenaan kerana untuk menjelaskan beberapa isu, terutama isu yg bersifat kontroversial.] oleh seorang hadirin adalah: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma in tamasiktum bihima, kitabbalahi wa-sunnatu nabiyi' (Yg bermaksud: Aku tinggalkan kpd kamu (manusia umumnya atau umat Islam khususnya) dua perkara, yg kalau kamu sekelian berpegang kpd kedua-duanya, pasti tidak akan sesat kamu selama-lamanya.) [Hadith]
Beliau berkata hadith ini sahih, tetapi tergolong dalam hadith-hadith yg bersifat perintah atau ketetapan umum. Beliau merujuk kpd pandangan KH Sirajuddin dari Indonesia. Maka dgn itu, dari segi pelaksanaannya, hendaklah ditakrifkan pula berdasarkan hadith-hadith lain, apakah itu perintah atau ketetapan yg mutlak. Umumnya, hadith ini menyebutkan bahawa umat Islam wajib berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Tanpa, merujuk kpd as-Sunnah, seseorang itu tidak akan tahu bagaimana hendak mengerjakan amalan dan ibadah. Belau memberi contoh tentang perintah al-Quran 'aqimus-solah' (Yg bermaksud: Dirikanlah solat.). Tanpa, as-Sunnah, kita tak mungkin tahu bagaimana nak solat - bagaimana rukun-rukunnya. Maka dgn itulah orang Islam wajib berpandukan juga as-Sunnah. As-Sunnah itu adalah: 'Segala kata-kata, perbuatan dan segala sesuatu yg didiamkan oleh beliau apabila para sahabat berkata mengenai sesuatu atau apakala sahabat membuat sesuatu'. [Nota: Definisi 'as-Sunnah' yg rengkas tetapi jelas.]. Maka dgn itulah seseorang yg Islam itu wajib berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah. Dgn itu sahaja caranya tidak sesat dalam kehidupan beragama.
Katanya, ada banyak hadith yg bersifat umum. Dia berikan satu contoh: 'Kullu bani Adama kattun ...'(yg bermaksud: Setiap anak Adam membuat dosa/berdosa ...). Justeru itu, katanya, hadith itu adalah umum maka melibatkan semua manusia, termasuk Nabi (s.a.w) sendiri, walhal, Nabi (s.a.w), katanya tak berdosa. Jadi, hadith tersebut umum tetapi perlu dilihat dalam konteks hadith-hadith yg khusus. Tapi, saudara, sering diberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah seorang yg 'maksum', yakni tiada dosa. Kalau begitu, katanya, ada pengecualian dalam pemakaian ketetapan hadith umum tersebut! Maka dgn itulah dalam kelaziman masyarakat Islam sekarang mereka belum boleh dikatakan ahli neraka kalau mengamalkan sesuatu yg berlainan dari as-Sunnah. Mengikut hujjah sedemikian ini, maka hadith umum tersebut belum boleh dijadikan ketetapan mutlak dalam Islam. Sekiranya ketetapan hadith umum dijadikan ketetapan mutlak, maka akan bercanggah dgn hadith-hadith khusus lain, yg menyebutkan ketetapan yg berlainan dan mungkin bercanggah. Itulah yg dapat kita rumuskan dari huraian beliau.
Beliau berkata bahawa ada hadith (Riwayat Muslim) yg menyebut: 'Barangsiapa mencipta suatu sunnah yg baik, maka dia mendapat pahala dan orang lain yg beramal dgn sunnah tersebut juga mendapat pahala ...'. Maka, justeru itu, ada perkara yg tidak termasuk dalam sunnah Rasulallah (s.a.w), yg berupa sunnah yg baru boleh dicipta dan diamalkan dan adalah baik dan yg mencipta dan mengamalkannya diberi pahala ... Itulah sebenarnya yg berlaku sekarang iaitu wujudnya 'bid'ah hasanah'. 
Saudara, kalau kita berpegang dgn penjelasan beliau, jelaslah asas dan logik betapa lumrahnya perkara-perkara yg disebutkan 'bida'ah hasanah' menjadi amalan lazim di Malaysia - malah di Nusantara ini, dan mengapa begitu kuatnya penolakan para ulama dan umat Islam arus perdana terhadap mereka yg mengetakan 'semua pembaharuan adalah bid'ah, dan semua bid'ah adalah kesesatan, dan semua yg sesat tempatnya di neraka' itu.
Saudara, dapat kita rumuskan dari ceramah Abu Hassan Din al-Hafiz itu bahawa umat Islam itu memangnya wajib berpandukan al-Quran dan as-Sunnah supaya tidak sesat dalam beragama. Namun, dalam beragama, mereka boleh memencipta dan mengamalkan sesuatu yg baik (i.e. bid'ah hasanah), tidak mengapa, di bolehkan. Inilah asas amalan umat Islam dan panduan amalan para ulama' Malaysia (malahn dalam Nusantara) sekarang ini.
Saudara, kita memang terima hadith yg menyebutkan bahawa 'Semua anak Adam adalah berdoa', kerana semua para nabi dan rasul pernah melakukan dosa dan berdoa. Nabi Adam (a.w) berdosa kerana melanggar perintah Allah (a.w) jangan makan buah khuldi, maka dikeluarkan dari syurga dan terpaksa hidup di dunia. Nabi Musa (a.s) berdosa juga, kerana melanggar ketetapan Allah (a.w) ketika disuruh betapa sebagai membersihkan diri sebelum bertemu Allah (a.w) untuk menerima Kitab Taurat. maka beliau disuruh berpuasa 10 hari lagi menjadikan jumlah hari puasanya 40 hari. Tapi, apakala mereka bertaubat - kalimah taubat itu sendiri diajarkan oleh Allah (a.w) - maka mereka tidak lagi berdosa. Nabi Muhammad (s.a.w) adalah 'maksum' yakni tidak berdosa. [Nota: Di dalam al-Quran, Allah (a.w) memberitahu bahawa kesemua dosa Rasulallah (s.a.w) yg dahulu dan yg akan datang telahun diampunkan Allah (a.w). maka pastilah Rasulallah (s.a.w) tidak berdosa lagi kerana telahpun Allah (a.w) hapuskan sebelum dikerjakan apa-apa yg berdosa.]. Itulah kelebihan Rasulallah (s.a.w). Maka kata Abu Hassan itulah wujudnya pengecualian dalam ketetapan umum as-Sunnah. Ketetapan as-Sunnah, justeru itu, katanya, tidak mutlak. Demikian jugalah hadith tentang bid'ah.
Saudara, Abu Hassan merujuk kpd beberapa perkara yg dilakukan oleh khalifah awal -selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w) - tentang amalan yg tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) yg bersifat bid'ah kerana tak dibuat oleh Nabi (s.a.w) sebagai perbuatan yg bersifat 'bid'ah hasnah'. Antaranya: pengumpulan musyaf al-Quran oleh Othman ibni Affan (r.a) dan dua azab bagi Solat Jum'at zaman Othman, malah dua azan Subuh zaman sekarang di Arab Saudi, sebagai bid'ah tetapi baik dan diterima oleh umat Islam. Demikianlah seterusnya segala sesuatu yg bersifat 'bid'ah' tapi baik, seperti juga amalan berzikir beramai-ramai, membaca Yasin malam Jum'at beramai-ramai, majlis tahlil dan sebagainya - kalau kita teruskan senarai amalan yg tiada dalam as-Sunnah tetapi diterima oleh umat Islam hari ini.
Saudara, apakah benar ketetapan dalam hadith umum tidak boleh dijadikan ketetapan mutlak? Sebaliknya, apakah kita berani mengambil risiko mengamalkan sesuatu yg bersifat bid'ah - kerana tiada dalam as-Sunnah - semata-mata kerana kita fikirkan amalan itu baik, walhal amalan kita ditolak atau taubat kita tidak diterima atau kita terkeluar dari Islam, kerana semua amalan kita dicemari oleh id'ah? manakah risiko yg paliung minima? Meninggalkan bid'ah, maka pasti kita betul dalam beramal dan beribadah, dan kesemua amalan dan ibadah kita diterima. Atau, kita pilih nak dapatkan sedikit pahala kerana melakukan pembaharuan yg kononnya 'baik' tetapi amalan dan ibadah yg lebih utama (spt solat, puasa, haji dll yg wajib) tidak diterima Allah (a.w)? Jelaslah suatu kebodohan dalam membuat pilihan. Pilihlah yg selamat, tinggalkanlah yg meragukan. Kankah kita diberitahu bahawa yg halal itu jelas dan yg haram itupun jelas, dan yg selainnya tidak ditentukan. Kita wajib terima ketetapan yg halah dan tinggalkan yg haram. Yg 'harus' yakni selainnya, wajib kita berwaspada supaya tidak menyebelah kpd yg haram, yg jelas. Membuat bid'ah adalah suatu yg tidak dibolehkan dalam ketetapam umum as-Sunnah dan ketetapan khusus as-Sunnah. Lebih selamat, kita tinggalkan. Tak dapat untung sebanyak mana dalam pahala dan lebih mungkin kpd dosa, kalaupun ada kebaikannya. Samalah sebagai seorang yg melabur di pasar saham, atau projek. Manakah lebih baik: melaksanakan projek yg pulangannya bukan sahaja besar tetapi utama, kerana tak buat, kita akan disenarai-hitamkan selama-lamanya, berbanding membuat projek yg pulangan/keuntungan kecil, kalau tak buat tak rugipun, kalau kita buat tak menepati spesifikasinya, risikonya besar, kerana syarikat kita diblack-list dan tidak diterima selama-lamanya mendapat projek. Pastilah pilihan pertama yg bijak. dalam Islam janganlah ambil risiko, apakala telah jelas sepesifikasinya.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Assalamualaikum, ustaz saya ada satu musqil tentang harta pusaka yg ditinggal kan oleh bapa. selepas dia meninggal wang itu dipegang oleh ibu dan dimasukkak ke dalam ASB selama 12 tahun. contohnya nilai wang itu 100 ribu. selepas dari tempoh itu wang itu masih dikira 100 ribu ataupun dikira sekali dengan faedahnya harta pusaka itu. setahun nilai faedahnya 10%, sepuluh tahun lebih kurang 100 ribu. masalahnya wang faedah itu milik siapa @ harta pusaka, dan adakah halal dimakan wang ASB adapendapat mengatakan haram.

    ReplyDelete