Assalamualaikum,
Saudara, ada sesetengah orang Melayu (i.e. Islam) yg sempurna anggota fisikal mereka, mampu bekerja mencari rezki yg halal, tetapi menumpukan perhatian kpd jalan mudah untuk mendapat wang ringgit - melalui meminta sedekah atau menagih belas kasihan orang untuk menyedekahkan wang ringgit kpd mereka atau menggunakan pelbagai muslihat dan kkaedah untuk mendapat wang atau untuk mengayakan diri mereka melalui jalan yg batil tanpa usaha sendiri. Orang-orang yg sedemikian itu wajar memhami ketetapan Islam melalui hadith apakah akibatnya di akhirat kelak.
Diriwayatkan hadith dari Ubaidillah b Abi Jaafar hadith dari hamzah b Abdillah ibni Omar bahawasanya mendengar dia (Hamzah) bapanya (Abdillah b Omar) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Ma yazalur-rajulu yasalun-nasa hatta yakti yaumal-qiamati wa-laisa fi wajhihi muz'atu lahmin.' (Yg bermaksud: 'Tidak henti-hentilah (i.e. akan berterusan) seorang lelaki (ataupun perempuan) meminta-minta pada manusia sehingga datang dia di hari kiamat tiada di wajahnya potongan daging.) [Hadith Muslim, Kitab Zakat]
[Nota: Hadith ini menegah orang Islam (lelaki dan perempuan) janganlah jadikan tabiat meminta kpd orang lain wang ringgit atau apa saja, tanpa berusaha sendiri, kerana diakhirat kelak (ketika kiamat dunia), dia dibangkitkan tanpa daging di atas wajahnya. maksud tiada daging di wajahnya adalah rupa mukanya seumpam tengkorak tanpa berdaging!. Ingatlah bahawa ahli syurga itu tidak cacat anggotanya. maka seseorang yg dibangitkan cacat mana-mana anggotanya pastilah dia ahli atau bakal penghuni neraka, wal iya zubillah.]
Saudara, dalam Islam itu kita disuruh untuk berusaha dgn titik peluh sendiri mencari rezki yg ditaburkan Allah (a.w) di bumui. Maka usahakanlah sekuat mampu untuk mendapat rezki yg halal untuk menyara diri dan keluarga. Janganlah menjadi peminta sedekah atau orang yg kaya tetapi haloba dgn keinginan untuk lebih kaya dgn cara dan muslihat berbagai mendapatkan sesuatu yg mudah. Akibatnya buruk dalam Islam. Dan, ini akan diterima di padang makhsyar kelak. Oleh itu jalani kehidupan yg murni, dgn berusaha sendiri untuk mencari rezki walaupun sedikit tetapi halal dan berkat dan pastilah Allah (a.w) memberikan peraaan merasa cukup sentiasa di dunia walaupun tidak mewah.
Islam menyebutkan bahawa tangan yg di atas (yg memberi) adalah lebih baik dai tangan yg dibawah (yg menerima). Namun, kalau kita diberikan sesuatu oleh seseorang atas keikhlasannya dan bukan kerana motif tertentu, baik kita terima. Tetapi, janganlah kita melakukan sesuatu yg menyebabkan orang memberi kpd kita tanpa keihlasannya sendiri.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment