Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita lihat pula beberapa tafsir ayat-ayat al-Quran yg menceritakan tentang para nabi, masyarakat, dan peristiwa zaman-zaman silang yg menunjukkan kekuasaan Allah (a.w) atau apakah yg akan berlaku di zaman-zaman akhir sebelum kiamat serta apa yg berlaku ketika ditiup sangkala dan manusia dibangkitkan dan apa berlaku di akhirat - kesudahan manusia.
Cerita Kurang Kekayakinan Nabi Uzir (a.s)
Firman Allah (a.w): ‘Au kallazi marra ‘ala qaryatin wa-hiya khawyatun ‘ala urusyiha; qala anna yuhyi hazihillahu ba’da mautiha; fa-amatahullahu miata ‘amin thumma ba’athahu; qala kam labithta; qala labithtu yauman au ba’da yaumin; qala bal labithta miata ‘amin fanzur ila to’amika wa-syarabika lam yatasanna; wan-zur ila himarika; wa-linaj’alaka ayatan linnasi wan-zurl-‘izami kaifa nunsyizuha thumma naksuha lahman; falamma tabaiyana lahu; qala ‘alamu annallaha ‘ala kulli syai-in qadirun.’ (Yg bermaksud: Atau (bermaksud, pada orang yg) lalu atas suatu negeri/desa/kampong (iaitu Nabi Uzir (a.s) dan ia (desa itu) telah roboh (kosong atau musnah) atas desa itu; berkata dia (Nabi Uzir): ‘Bagaimana menghidupkan ini (desa) oleh Allah (a.w) setelah mati (i.e. musnah) ia (kampong ini).’) Maka Allah (a.w) mematikan dia 100 tahun (kemudian) menghidupkannya semula. (Berfirman Allah): ‘Berapa lama engkau berdiam (i.e. tidur)?’ Berkata (Uzir): ‘Nescaya diam (i.e. tidur) aku sehari atau setengah sehari.’ Berfirman Allah (a.w): ‘Bahkan diam (i.e. tidur) engkau 100 tahun. Maka engkau lihatlah kpd makanan dan minuman engkau, tidak berubah? Lihatlah kpd kaldai (tunggangan) kamu; nescaya menjadikan bagi kamu ayat-ayat (yakni, tanda-tanda kekuasan Allah) supaya kamu melihat tulang belulangnya bagaimana menyusunnya (semula) kemudian membungkusnya dgn daging.’ Maka ketika telah jelas padanya, berkata (Uzir): ‘Mengertilah aku sesungguhnya Allah (a.w) itu atas segala sesuatu zat yg maha berkuasa.’ [Ayat 259, Surah al-Baqarah] [Nota: Ayat ini menceritakan bagaimana Uzir b Abdullah (a.s) yg dilantik menjadi Nabi masih kurang yakin dgn kekuasaan Allah (a.w). Dia lalu di suatu perkampungan atau negeri yg telah dimusnahkan oleh tentera raja Buhtaniswa menjadi sebuah padang jarak padang tekukur (yakni, musnah sama sekali tanpa penduduk dan kayu kayan atau pokok). Maka dia berkata sendirian apakah mungkin dibangunkan semula negeri tersebut. Maka Allah (a.w)menunjukkan kpdnya kekuasaan Allah (a.w) supaya memantapkan lagi keimanannya. Allah (a.w) matikan dia selama 100 tahun, kemudian dihidupkan semula. Tatkala ditanya Allah (a.w) berapa lamakah dia sudah tidur (i.e. mati), katanya hanya sehari atau kurang serauh hari. Sebab? Makanannya dan minumannya kekal tak jejas, belum basi. Kemudian dia melihat kpd kaldai tunggangannya, sudahpun mati hanya tinggal tulang belulang sahaja. Jelasnya, ada sinaro yg contrasting – makan yg begitu mudah reput dan basi tetap kekal seolah-olah baru dimakan dan diminum, tetapi kaldainya yg jauh lebih teguh dari makanan dan minumannya sudahpun tinggal tulang belulang semata-mata. Jelaslah sudah mati lama sehinggakan tiada daging lagi, yakni bukan bangkai lagi. Kemudian, untuk menunjukkan kekuasan Allah (a.w), Uzir melihat bagaimana tulang-tulang kaldai tu disusun dan disaluti pula dgn daging dan kaldai tersebut menjadi seperti sediakala, hidup. Perbubahan sifat dari tulang menjadi kaldai yg hidup semua melalui prosesnya, menunjukkan kekuasan Allah (a.w). Maka barulah mantap imannya tentang kekuasaan Allah (a.w).
Jelaslah, tidak mustahil bagi Allah (a.w) menjadikan Maryam mengandungkan Isa (a.s) tanpa berbapa. Tidak mustahillah pula Isa (a.s) ketika kecil boleh bercakap. Tidak mustahillah pula Isa (a.s) diberikan mukjuzat yg hebat termasuk mengihudpkan manusia yg sudah mati. Tidak hairanlah pula Nabi Daud (a.s) diberi Allah (a.w) mukjizat di tangannya yg boleh melentur dan melembutkan besi. Begitu juga Nabi Sulaiman (a.s) boleh terbang atau diterbangkan oleh angin. Dan, tidak hairanlah Allah (a.w) menyerupakan Isa (a.s) sebagai salah seorang sahabatnya yg munafiq menyerupai mukanya, yg disalib oleh orang Yahudi, dan kemudian Isa (a.s) diangkat ke langit dan hidup sehingga sekarang dan akan diturunkan semula ketika dunia akan kiamat dan membunuh Dajjal sebelum kiamat dunia.
Di dalam al-Quran disebutkan bahawa kaum Yahudi dalam kepercayaan agamanya bahawa Uzir (a.s) adalah anak tuhan. Uzir dianggap anak tuhan kerana kebolehan istimewanya antaranya hafal Kitab Taurat.]
Di dalam al-Quran disebutkan bahawa kaum Yahudi dalam kepercayaan agamanya bahawa Uzir (a.s) adalah anak tuhan. Uzir dianggap anak tuhan kerana kebolehan istimewanya antaranya hafal Kitab Taurat.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment