Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini kita telah sebutkan beberapa tanda dunia akan kiamat. Umat Islam wajib yakin atau berimankan hakikat bahawa kiamat itu adalah suatu kepastian, sebagai kematian - kiamat kecil setiap manusia - adalah suatu kepastian. Yg tak pasti bila dan dimana dan bagaimana kita akan mati. Mati tetap mati. Demikian jugalah benarnya hakikat bahawa apabila mati manusia itu - Islam ataupun tak Islam - tempatnya adalah satu sahaja, iaitu neraka atau syurga, tidak ada tempat ketiga. Yg ada, kalau Islam, kerana banyak dosa dan dosa tidak diampunkan Allah (a.w) perlu dibersihkan dalam neraka, sebelum diberi peluang masuk syurga. Kalau tak Islam, sudah pasti apapun kebaikan kita ketika hidup, pasti masuk neraka dan tidak akan sekali-kali dapat masuk syurga! Itulah bezanya. Jadi, bodoh dan dungulah orang yg Islam murtad, kerana orang Islam yg murtad itu tidak akan mendapat syurga, walau bagaimana hebat jasa dan sumbangannya kpd manusia dan Islam ketika hidup di dunia.
Saudara, Allah (a.w) mengingatkan kita hambaNya bahawa Dia itu adalah zat yg maha pengasih dan penyayang dan penagmpun. Kalau kita berdosa, kita pohon keampunan dan kita bertaubat. Allah (a.w) menyebut Dia akan mengampunkan kita segala dosa-dosa kita. Malahan tak perlu mintapun keampunan kerana dalam Islam segala amal makruf (kebaikan) dan segala amalan dan ibadah yg kita kerjakan akan menghakis dosa-dosa kita secara otomatis. Contoh: Mengambil wudu' menghapuskan dosa. Bersedekah menghakis dosa. Melalukan kebaiakn apapun menghapuskan dosa. Dan banyak lagi. namun, ketika sudah datang tiga perkara - events agung dalam hidup manusia - manusia (Islam) yg berdosa tidak lagi diterima taubatnya. Apa dia tiga events tersebut?
Menceritakan hadith oleh ibnu Fudailin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hazim hadith dari Abi Hurairah berkata:'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Thalathun iza kharajna la yanfa'u nafsan imanuha lam takun amanat min qablu au kasabat fi imaniha khairan tulu'us-syamsi min maghribiha wa-ddajalu wad-dabatul-ardi.' (Yg bermaksud: Tiga perkara ketika (atau apakala) terjadi (atau berlaku) tidak bermanfaat (yakni, tidak akan membawa sebarang kebaikan kpd) diri (seseorang) keimanannya jika tidak/belum beriman dia sebelumnya (i.e. sebelum berlakukan tiga perkara tyersebut) atau tidak memberi kemanfaatan kpd diri seseorang apabila beriman dia tidak mengamalkan apa-apa yg iman dia terhadapnya (jika tidak mengerjakannya sebelum terjadinya tiga perkara tersebut), (pertama) terbitnya matahari dari tempat terbenamnya (i.e. matahari terbit di sebelah Barat, sekarang ini tempat terbenamnya matahari), (kedua) keluar Dajjal; (dan ketiga) keluar sejenis binatang yg melata di dbumi (yg dipanggil 'Baddatul-ardhi'). [HadithMuslim]
Saudara, dalam blog ini apakala kita bangkitkan isu kematian dan kehidupan di akhrat, dan kiamat, kita dibertahu beberapa tanda-tanda hdunia hampir kiamat. Ada banyak tandanya. Antaranya, bilangan wanita berbanding lelaki (ratio females to males) adalah seorang lelaki 50 wanita (maka akan terjadi 50 orang wanita berebut-rebut meminta seorang lelaki memuaskan keinginan naluri mereka, banyaknya perzinaan di muka bumi, orang berzina secara terbuka tanpa berselindung dari pandangan orang ramai, wanita-wanita berbaju atau berpakaian tetapi telanjang bogel (i.e. pakaian yg ketat dan nipis kelhatan jelas aurat mereka), genarasi muda tidak menghormati orang tua atau generasi tua, anak-anak derhaka terhadap kedua ibu bapa mereka, terhapusnya 'ilmu al-Quran dan as-Sunnah' dan para ulama' membuat fatwa atas kebijaksanaan mereka tanpa panduan al-Quran dan as-Sunnah (atau tidakpun mengendahkan al-Quran dan as-Sunnah), pemimpin yg nampak begitu baik tetapi garang, bengis dan sangat zalim seumpama tubuh manusia tetapi perangai dan peribadi serigala, manusia berlumba-lumba membangunkan menara pencakar langit, dan banyak lagi. Dalam hadith di atas itu disebutkan peristiwa terakhgirnya. Apabila berlaku, tak guna iman dan amalan, taubat tidak lagi laku!
[Nota: 'dabbatul ardi' itu dijelaskan dalam hadith sebagai binatang komposit, kepalanya bentuk unta, lehernya bentuk haiwan lain, badannya bentuk haiwan lain, ekornya pula bentuk haiwan lain, kaki depannya bentuk haiwan lain dan kaki belakangnya bentuk haiwan lain - satu haiwan komposit yg tak pernah wujud sebelum itu di dunia! Diceritak dalam hadith ketika terjadi matahari terbit dari Barat, seorang yg beriman akan bangu membuat qiamul-lail, kemudian tidur bangun semula, tak berbah keadaan, sehinggakan kurang tidurnya, banyak solatnya menunggu siang. Dajjal itu adalah seorang makhluk atau segolongan makhluk Allah (a.w) sebagai ujian terakhir terhadap keimanan mansuia yg Islam. Kerana Dajjal hanya akan mencari orang Islam yg hidup untuk dikafirkan atau orang Islam yg sudah mati digali dan dikorek kuburnya dihidupkan seketika untuk dikafirkan oleh Dajjal. Dajjal akan tahu kubur-kubur orang Islam melalui tanda-tanda atau binaan yg dibina di atas kubur mereka. Maka dgn itulah Islam melarang umatnya membuat bangunan atau binaan atau tanda di atas kubur mereka, kerana ditakuti akan ditemu oleh Dajjal dan dikafirkannya kerana rapuhnya keimanan umat Islam akhir zaman. maka dgn itu jugalah Rasulallah (s.a.w) mengajarkan kita dalam doa kita membaca doa: 'Allahumma inni a'uzubika min 'azabii jahannama wa-'azabil qabri wa-a'uzubika min fitnatil-masihid-Dajjal wa-a'uzubika min fitnatil-mahya wal-mamati' = Ya Allah sesungguhnya aku memohon perlindungan dariMu dari 'azam neraka dan 'azab dalam kubur dan sesungguhnya aku memohon perlindunganMu dari fitnah (atau cubaan dan huruhara) Dajal dan aku memohn perlindunganMu dari fitnah (atau cubaan huruhara) kehidupan dan ketika mati.]
saudara, kita merasai kita Islam dan beriman. Tapi, hanya dua pihak yg tahu keimanan dan ketaqwaan kita dalam Islam yg sebenarnya iaitu - kita sendiri dan Allah (a.w). Malah malaikat yg mencatat Kitab Catatan Amalan kita tak sempurna tahu, kerana Rakib dan Atid hanya menulis apa yg dia nampak dan dengar, tidak apa yg terbuku dalam hati kita - i.e. keikhlasan kita sebenarnya dalam beriman, bertaqwa dan beramal serta beribadah. Justeru itu, pabila keluar Dajjal, misinya mencari orang Islam yg hidup unti dikafirkan. Dan, mencari orang Islam yg sudah mati untuk dikafirkan. kalau kita sudah di kubur yg menentukan kita boleh bertahan di hadap Dajjal hanyalah kekokohan keimanan kita tatkal disiksa oleh Dajjal. Maka dgn itu para rasul dan para nabi semenjak zaman selepas Adam sehinggalah zaman Rasulallah (s.a.w) tidak terlupa menasihatkan umatnya supaya jangan sekali-kali menandai kubur mereka kerana takut ditemui oleh Dajjal dan dikafirkannya yg mati dgn mudah kerana kerapuhan iman mereka semasa mereka hidup dahulu ... Malangna, hari ini para ulama' arus perdana tidak menghiraukan perkara ini. malah orang Islam yg berkedudukan, berpangkat dan memunyai nama dan kerabatan terulung kononnya membuat binaan di kubur mereka dan keluarga mereka. Mereka menampah bencana ketika datangnya Dajjal.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment