Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti apakah peradaban kita ketika menziarahi orang sakit, terutama orang yg sakit tenat atau orang sedang naza', dan berkemungkinanan besar akan mati. Kita disuruh membaca Surah Yaasin dan mengajarkan sisakit kalimah Talqin i.e. 'lailaha ilallah'. Jangan sekali-kali kita membuat bising disisinya atau bertanya kpdnya seolah-olah untuk 'comfortkan' dia, atau buat lawak, kerna segala itu akan melalaikannya dan membuatkan dia lupa menyebut kalimah Talqin tersebut.
Saudara, apakah tanda-tanda seseorang itu hampir mati atau rohnya akan keluar dari tubuhnya? Kita lihat beberapa tanda yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w):
Keadaan Ketika Akan Mati: Saat-saat Akhir
Sesetengah kita pernah berdepan secara terus dengan saudara kita yang akan mati. Atau, kita berada disebelah seseorang Islam dalam keadaan naza’. Adakah kita memerhatikan apa yang berlaku? Atau, kita terlalu sebok untuk membantu saudara kita yang naza’ mudah-mudahan dapat dipanjangkan atau dilanjutkan sedikit nyawanya?
Justeru itu, sudah tentu kita dalam kekalutan yang amat sangat. Tidaklah kita memerhati apa yang berlaku. Di dalam beberapa hadith berikut kita diberitahu apa yang berlaku.
(a) Berpeloh Di pipinya
Disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita mengikut hadith ini bahawa seseorang yang beriman yang hampir hendak mati, nyawanya, akan dicabut, akan keluar peluh di sebelah atas pipinya. Belah manakah itu? Bagi orang lelaki yang biasa menyimpan ‘sideburn’ di kawasan itulah mula berpeluh meleleh ke bawah. Saat-saat itu hampir nyawanya dicabut malaikat:
Diriwayatkan hadith daripada Qatadah, hadith daripada Abi Buraidah (r.a), hadith daripada bapanya berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Adapun orang mukmin yang hendak mati itu keluar peluh di pelipisnya (yakni, di bahagian sebelah atas pipinya).’[Hadith sahih Ibnu Majah]
(b) Putus penglihatan ketika melihat malaikal maut
Dijelaskan di dalam hadith berikut pula bahawa mata seseorang itu akan mengikuti pergerakan malaikat maut. Maka dengan itulah apakala ternampak seseorang yang hendak mati itu malaikat maut, maka pergerakan matanya akan kelihatan jelas. Tidak akan diendahkannya apa-apa yang lain sama ada teguran atau percakapan atau perbuatan kita.
Matanya akan bergerak-gerak, air mukanya mungkin berubah, wallahu alam. Tetapi, matanya akan merenung arah malaikat maut:
Diriwayatkan hadith daripada Muhammad bin Qais, daripada Abi Burdah, daripada Abi Musa (r.a) berkata: ‘Aku tanyakan Rasulallah (s.a.w) pada putusnya penglihatan seseorang hamba dari manusia?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika melihat dia (malaikal maut).’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Hadith di atas ini menjelaskan apakala ternampak seseorang yang hendak mati itu akan malaikal maut, maka terputuslah hubungannya dengan manusia sekelilingnya dan dunianya. Disebutkan di dalam hadith-hadith lain bahawa air muka malaikal maut itu sendiri dapat memberitahu simati sama ada dia adalah calun syurga atau calun neraka, yakni di akhirat kelak masuk syurga atau neraka, atau sama ada dia akan mendiami satu daripada lubang api neraka atau satu daripada taman-taman syurga semasa di dalam kubur.
[Nota: Hadith menyebutkan bahawa kubur itu mungkin menjadi satu daripada lubang api neraka atau satu daripada taman-taman syurga, bergantung pada amalan seseorang itu semasa di dunianya.]
Justeru itu, segala sesuatu yg kita lakukan semasa hidup kita akan dibalas mula-mulanya ketika dalam kubur - siksaan kubur - kemudian di akhirat semasa di hisab segala amalan kita. Namun, jika kita disiksa dalam kubur, maka pastilah diakhirat kita akan diazab, yakni tak dapat syurga. Fikirkanlah, berapa lamakah sudah berada dalam kubur spt anak Nabi Adam (a.s) yg membunuh adiknya? Orang pertama membunuh? Berapa lamakah Abu Jahal berada di kubur dan disiksa sebanyak-banyaknya, antara orang yg amat dimurkai Allah (a.w)? Orang pertama yg masuk neraka selain syaitan, adalah firaun yg hidup zaman Nabi Musa (a.s), sekarang sedang disisksa setiap saat dan ketika dalam kuburnya ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment