Assalamualaikum,
saudara, dalam post atas tajuk yg sama sebelum ini kita telah komen sedikit sebanyak tentang muka-muka lama dan baru dalam MAIS, badan keagamaan yg menentukan dasar, halatuju serta panduan agama bagi rakyat Islam di Selangor. Kita alu-alukan perlantikan tersebut. Tetapi, kita juga curiga kalau-kalau MAIS tetap tidak dapat memainkan peranannya. MAIS adalah badan induk dan pihak berkuasa agama yg terutama dalam pentadbiran dan urusan agama Islam dan jema'ah umat Islam di Selangor. Dalam konteks Islam mereka itu termasuk dalam istilah 'ulil amri' yg disebutkan pada Ayat 59, Surah an-Nisa: 'Taatkanlah Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah) dan (taatkanlah) 'ulil amri' (i.e. orang-orang yg berkuasa atau diberikuasa oleh masyarakat Islam terhadap urusan agama dan jema'ah umat Islam); (dgn syarat) jika kamu berselisih atau bercanggah pendapat mengenai segala sesuatu dalam perkara Islam (syariatnya dan hukumhakam mengenai Islam), maka kembalilah (merujuk kpd) Allah (a.w) (yakni, rujuk kpd al-Quran) dan (kembalilah kpd) RasulNya (yakni, rujuk kpd ketetapan as-Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kpd Allah (a.w) dan hari akhirat' Demikian itu adalah lebih utma dan lebih baik penyelesaiannya.'
Saudara, itulah sumber kuasa MAIS sebenarnya. Itulah sumber atau asas kuasa Sultan dan Kerajaan Negeri Selangor dalam perkara Islam. Namun, tiada siapa yg boleh membuat ketetapan atau peraturan yg sama sekali bercanggah dgn atau membelakangkan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah).
Al-Quran adalah Perlembagaan Islam. As-Sunnah adalah ketetapan-ketetapan hukum yg menjelaskan prinsip dan ketetapan concise al-Quran dan tarafnya sama dgn ketetapan al-Quran. Kalau kita jadikan analogy dalam perkara perundangan manusia, Perlembagaan itu adalah ketetapan agung yg wajib dipatuhi dan yg menentukan mana-mana ketetapan perundangan manusia supaya tidak bercanggah dan menyalahi ketetapannya. Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayun adalah menetapkan hukum hakam manusia berpandukan Perlembagaan. Begitu jugalah ketetapan Mahkamah Tinggi menyemak ketetapan mahkamah selainnya - Mahkamah Sesyen dan Mahkamh Magistrate. Mana-mana keputusan mahkamah Magistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, yg bercanggah dgn ketetapan atau prinsip Perlembagaan, akan terbatal.

Demikianlah al-Quran dan as-Sunnah. Islam memberi kita tahu pada Ayat 59, Surah an-Nisa itu, segala keputusan manusia atau badan yg dibentuk dan ditubuhkan oleh manusia boleh membuat ketetapan dan peraturan mengenai Islam serta syariatnya, selagi tidak bercanggah dgn ketetapan atau keputusan atau peruntukan al-Quran dan as-Sunnah. Jika, bertentangan keputusan sedeikiman adalah batal dan batil. Jika tidak dipedulikan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mereka yg berbuat sedemikian jatuh kafir. Inilah ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 115, Surah an-Nisa': 'Dan barangsiapa yg menentang (i.e. menolak ketetapan) Rasulallah (s.a.w) setelah diberikan petunjuk (mengenai segala sesuatu ketetapan dan panduan) dan mengikuti dia selain jalan orang yg beriman (i.e. orang yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah), yakni ketetapan agama Islam yg haq itu), Kami (Allah (a.w)) biarkan mereka dalam kesesatan, Kami (Allah (a.w) masukkan mereka ke dalam neraka jahannam ...).' Dalam perkara ini amat jelas ketetapan Islam itu. Dan, disebutkan pula pada Ayat 45, Surah al-A'raf golongan mereka itu dalam neraka kerana apa? Kerana melakukan sesuatu yg menghalang-halangi umat Islam atau yg membatasi kebebasan umat Islam melaksanakan dan mengamalkan tuntutan agamanya.
Oleh itu, mereka yg diberi amanah dalam Majlis MAIS wajar dinasihatkan sebelum mereka terlambat. Eloklah kaji semua peraturan JAIS dan pelaksanaan sistem dan peraturan agama Islam di Selangor supaya tidak bercanggah dgn al-Quran dan as-Sunnah. Kerana perlakuan membelakangkan atau meminggirkan al-Quran dan as-Sunnah adalah perbuatan yg pasti menganianya diri mereka sendiri. Ingatkanlah kehidupan yg kekal, dan janganlah utamakan dunia ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment