Friday, December 9, 2011

Muka-muka Baru dalam Majlis Agama Islam Selangor

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, dalam akhbar Utusan Malaysia Edisi Jum'at, hari ini (9 Disember 2011), di muka surat 7, ada lapuran yg bertajuk ' Jangan perkecil kemampuan institusi Islam - Sulatan Selangor' yg merupakan sinopsis ucapan Sultan Selangor sempena perlantikan ahli/anggota Majlis MAIS, yg ditulis oleh akhbar tersebut. Terdapat gambar-gambar barisan pemegang dasar dan penasihat MAIS yg baru. Mereka itu yg disenaraikan dalam lapuran tersebut adalah:
1. Dato' Mohamad Adzib b Mohd Isa - Pengerusi (ex-PTD)
2. Dato' Dr Hassan Ali - Naibnya yg juga Ex-Co Agama Selangor (ex-PTD),
3. Dato' Mohd Khusrin b Munawi - SUK (bekas Pengarah JAIS yg kontroversial - juga PTD)
4. Datin Zauyah bt T Loth Khan - PUN (kader Jabatan Peguam Negara)
5. Dato' Mohd Arif b Ab Rahman - PKewN (PTD),
6. Dato' Mohd Tamyis b Abdul Wahid - Mufti Selangor
7. Dato' Tun Hisan b Tun Hamzah - KPN Selangor (Polis)
8. Tengku Setia Ramli b Tengku Shahruddin - Kerabat DiRaja
9. Dato'  Abdul Halim b Abdul Rauf - Ahli Dewan DiRaja (ex-PTD?)
10. Datuk Seri Prof. Dr Zaleha bt Kamarudin - Rektor UIAM,
11. Prof. Datuk Dr Sidek b Baba - Pensyarah Institut Pendidikan UIAM (Tokoh Ma'al Hijrah 1431)
12. Datuk Aidit b Ghazali - Pengerusi Eksekutif Akademi Aidit (Motivator)
13. Datuk Salehuddin b Sidin - Peguam
14. Datuk Sarip b Hamid - Pengerusi Syarikat Samid Holdings
15. Prof Madya Datuk Dr Abdul Halim Temuri - Pensyarah Kanan, UKM (Ahli akademik)
16. Datuk Emran b Kader - Orang Besar Daerah Petaling (ex-PTD)
17. Datuk Ramli b Mahmud - Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (ex-SUK Selangor, ex-PTD)
18. Prof Madya Datuk Dr Mohd Mokhtar b Shafii - Ahli AJK J/K Fatwa Kebangsaan (Ahli akademik)
19. Prof Dr Mujaini Tarimin - Dekan Fakulti Pendidikan & Sains Sosial, UNISEL (Ahli akademik)
20. En Marzuki b Hussin - Pengarah Jais (ex-pegawai daerah di Selangor, PTD).
Saudara, demikianlah ramainya orang-orang ternama yg terlibat dalam Majlis MAIS yg berperanan menentukan dasar serta halatuju agama d Selangor. Hebat-hebat orangnya kalau ditinjau dari segi pengalaman serta kelayakan akademik mereka. Namun, berapa orangkah di kalangan mereka yg benar-benar berilmu dan faham al-Quran dan as-Sunnah? wallahu 'alam). Yg pasti ex-PTD dan PTD, polis, peguam, malah yg memiliki ijazah dalam bidang agama dari al-Azharpun,bukanlah orang yg benar-benar 'ahli agama' atau 'ulama'. [Nota: dalam blog ini kita telah kategorikan sebagai 'ulama' kalau mereka khatam al-Quran dalam konteks membacanya, mentafsirnya dan faham ketetapannya dan mereka telah khatam Kuttubul Sittah, i.e. Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud, Sunan an-Nasa'i dan Sunan ibnu majah - kitab-kita utama yg 6 drp sejumlah 51 kitab-kitab koleksi hadith-hadith. Memahami ketetapannya dan beramal dgn apa yg mereka faham sejajar dgn yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)] Mungkin mereka ada sedikit sebanyak ilmu mengenai Islam. Tapi, semestinya, mereka tidak atau belum faqih dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
Walaupun begitu, kita ucapkan tahniah dan syabas kpd kerajaan negeri Selangor, kerana menamakan sekian ramai mereka yg tergolong dalam 'personaliti agama' yg dikenali dalam masyarakat Selangor. Kita doakan mudah-mudahan umat Islam di dalam Selangor akan terpimpin dan program serta proses pengilmuan umat Islam yg menepati ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan serta contoh tauladan yg ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) dapat berjalan lancar bagi membimbing umat Islam di Selangor ke arah kejayaan yg ditetapkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' (i.e. sesiapa yg mentaati Allah (a.w) (yakni, berpandukan al-Quran) dan mentaati perintah Rasulallah (s.a.w) (yakni, ketetapan as-Sunnah), wajib masuk syurga), Ayat 103, Surah ali-Imran (anuti Islam sebagai agama dan panduan untuk kejayaan akhirat secara berjema'ah), Ayat 59, Surah an-Nisa (selain mentaati Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), orang Islam itu wajib taatkan 'ulil amri' (=kepimpinan jema'ah Islam) selagi ketetapan 'ulil amri' selari dan sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), Ayat 80, Surah an-Nisa (i.e. sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti as-Sunnah) sudah pasti diakui Allah (a.w) sudah mentaati Allah (a.w)), Ayat 31, Surah ali-Imran (i.e. jika orang islam kasihkan Allah (a.w), yakni nakkan syurga, maka ikutilah Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti ketetapan as-Sunnah)Ayat 7, Surah al-Haysr (i.e. ambil as-Sunnah sebagai panduan dalam menjalani kehidupan Islam dalam keimanan) dan banyak lagi, supaya umat Islam di Selangor akan berjaya mendapat syurga dan selamat dari neraka, sejajar dgn ketetapan Ayat 36, Surah al-Isra' (i.e. janganlah kerjakan sebarang amalan dan ibadah tanpa mengetahui ilmu mengenai amalan dan ibadah tersebut terlebih dahulu), Ayat 56, Surah al-Isra' (i.e. anuti Islam dan kerjakan amalan dan ibadah semata-mata kerana mencari kerahmatan Allah (a.w) dan supaya terselamat dari neraka) dan Ayat 13, Surah an-Nisa' itu, insya Allah.
Namun, baru-baru ini, sehari atau pada hari mereka itu ditabalkan sebagai ahli majlis MAIS, beberapa kelompok umat Islam yg mengadakan pengajian al-Quran dan as-Sunnah di beberapa lokasi di Selangor, telah diserbu oleh kakitangan/pegawai JAIS - kononnya mereka itu mengilmukan murid/kanak-kanak yg terlibat tidak menepati syariat Islam atau tidak mendapat kebenaran JAIS! Walhal, mereka berpandukan al-Quran dan kitab-kitab mengandungi hadith-hadith sahih drp Kuttubul Sittah. Mereka, katanya tidak ditauliahkan oleh JAIS, walhal mereka yg mengajar dan belajar sudahpun ditauliahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), kerana ilmu mengenai Islam itu wajib disampaikan oleh orang yg ada ilmu walaupun sekadar sepotong ayat al-Quran atau sepotong hadith! Apakah ketetapan JAIS boleh mengatasi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah?
Justeru itu, walau bagaimana hebatnya orang-orang atau personaliti yg dilantik oleh kerajaan Selangor (atau, mana-mana pihak berkuasa agama di Malaysia, dan dimana-manapun) dalam mentadbirurskan Islam dan tuntutannya, tanpa panduan serta ilmu al-Quran dan as-Sunnah, umat Islam di Selangor sebagaimana di lain-lain  negeri tetap tidak terpimpin dan kekal jahil dalam agama mereka dan dalam memahami tuntuan syariat agama Islam yg ditunjukkan dan diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w). Rugilah umat Islam di Selangor dan rugi jugalah mereka yg diberi mandat dan tanggung jawab untuk memimpin umat Islam ke arah kejayaan dunia dan akhirat. Dan, orang-orang yg membenarkan tindak tanduk JAIS juga rugi kerana bersubahat menentang ketetapan Allah (a.w)!
Namun, kita wajib bersabar melihat sejauh manakah mereka ini benar-benar faham Islam berdasarkan kefahaman yg mantap bukan mengenai ajaran kemazhaban, tetapi tuntutan serta ketetapan Allah (a.w) berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Dan, sejauh manakah nanti umat Islam di Selangor terselamat dari pencemaran aqidah dan amalan kerana kepercayaan serta amalan karut marut kerana syirik, tahayul, kurafat, taklid dan bida'ah yg membatalkan amalan dan ibadah, menjadikan segala amalan dan ibadah yg wajib dan yg sunat itu tidak diterima Allah (a.w). Dan pastinya mereka akan rugi ketika menemui Allah (a.w) kelak di padang makhsyar. Di sana kelak didapati Kitab Catatan Amalan mereka kosong tanpa pahala, tapi dipenuhi dgn dosa-dosa yg bertambah kerana melakukan segala sesuatu yg ditegah dan dilarang Allah (a.w) dan RasulNya serta dikira tak beramal dan beribadah. Kita lihat sajalah apa yg akan jadi.
Kalau apa yg dibayangkan oleh post ini menjadi kenyataan yg rugi umat Islam di Selangor dan mereka yg diamanahkan untuk membimbing dan mentadbir-uruskan jema'ah umat Islam di Selangor, iaitu mereka yg berjawatan dalam MAIS dan JAIS, rugi serugi-ruginya mereka ...
Allah (a.w) peringatkan mereka yg terlibat dalam isu ini dalam Ayat 45, Surah al-A'raf (yakni, janganlah halang-halangi usaha-usaha fi sabilillah, kelak akibatnya buruk sekali. Mengajar dan mempelajari al-Quran dan as-Sunnah adalah suatu kewajipan. Manusia - siapapun - tiada hak menghalangnya ...)

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment