Friday, December 16, 2011

Solat Cara Rasulallah (s.a.w)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita komen tulis seorang hamba Allah dalam akhbar Sinar Harian. malangnya, beliau tak pula jelaskan bagaimanakah solat yg betul? Saudara, solat yg betul itu pastinyalah kalau menepati ketetapan Allah (a.w) (i.e. ketetapan al-Quran) dan ketetapanRasulallah (s.a.w) (i.e. ketetpan as-Sunnah). Teutama menepati perlakuan Rasulallah (s.a.w), kerana Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah'. Solat yg menepati sabda Rasulallah (s.a.w) : 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (yg bermaksud: Bersolatkan kamu sebagaimana kamu melihat aku (Nabi) bersolat) [Hadith Bukhari diriwayatkan oleh abi Qilabah] itu pastilah yg benar dan betul dan yg diterima Allah (a.w). Kita telahpun teliti perkara ini dalam blog ini dan dalam post-post yg terbaru itu. Sesiapa yg bersolat berlainan daripada solat Rasulallah (s.a.w), pastilah batal dan batil, tidak diterima Allah (a.w) solatnya. Oleh itu, berwaspadalah. jangan orang solat kita solat. Orang solat untung, kita solat rugi. Rugi kalau tidak menepati bentuk-bentuk, kaedah dan cara bersolat Rasulallah (s.a.w), termasuklah berbeza rukun qalbi (niat/kaedah menzahirkan niat), rukun fe'li (perlakuan/pergerakan) dan rukun qaulinya (bacaan/sebutan).
Justeru itu, kita akan cuba perjelaskan semula perkara ini dalam beberapa post yg akan datang. Sebelum itu elok kita telit beberapa prinsip atau ketetapan Islam mengenai solat. 

Ketetapan Umum Tentang Solat 

Ada beberapa ketetapan yang umum tetapi fundamental tentang solat – Solat fardu dan solat sunat – dalam syariat Islam. Antara yang utma adalah: 
(a)   Solat fardu lima waktu sehari semalam itu adalah wajib terhadap mereka yang mengakui diri mereka Islam. Jika Islam tetapi tidak mengerjakannya maka mereka menentang perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w). Sesiapa yang menentang perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) adalah terkeluar dari Islam; 
(b)   Solat fardu lima waktu itu adalah ibadah atau amalan yang utama dalam Islam. Solat fardu adalah ibadah yang mula-mula atau terawal di hisab di padang makhsyar (yakni, di akhirat kelak). Jika baik hisaban amalan solatnya, maka baiklah pula hisaban amalan yang lainnya, sama ada yang wajib ataupun yang sunatt; 
(c)   Solat fardu itu wajib dijema’ahkan sama ada di masjid ataupun di mana-mana, dan solat sunat itu lebih utama dikerjakan di rumah supaya tidaklah rumah itu sunyi seumpama kubur. Juga, solat sunat itu adalah manifestasi keimanan serta ketaqwaan dan kesyukuran seseorang itu terhadap Allah (a.w) kerana dikerjakan di rumah maka tidak diketahui oleh orang lain; 
(d)   Solat fardu itu wajib dikerjakan dalam apa keadaan sekalipun, kecuali kerana uzur syar’i, iaitu hilang akal (atau gila), selagi waras akal atau otak seseorang itu selagi itulah dia wajib solat walaupun dalam keadaan terlentang sekalipun; 
(e)   Sesiapa yang meninggalkan satu waktu solat fardu, jatuh kafir dia, dan dalam tempoh itu dia wajib dimasukkan ke dalam neraka sebagaimana orang kafir untuk dibersihkan di akhirat kelak; 
(f)   Semua ibadah dan amalan, terutama solat, hendaklah dikerjakan dengan bersandarkan ilmu dan tidak boleh dikerjakan secara ikut-ikutan, i.e. taklid, mengikut cakap-cakap atau kata-kata orang tanpa mempelajari ilmu mengenainya terlebih dahulu; 
(g)  Solat hendaklah menepati cara dan kaedah as-Sunnah, i.e. sebagaimana yang ditunjukkan atau dicontohkan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w). Jika berlainan dari apa yang dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) maka solat itu tidak diterima Allah (a.w); dan 
(h)  Akhirnya, tapi amat penting dijadikan panduan, adalah segala ibadah dan ‘amalan, terutama solat, hendaklah disandarkan kepada niat yang ikhlas atau hendaklah semata-mata bertujuan demi menepati perintah Allah (a.w) dalam Ayat 57, Surah al-Isra’: Wa-yarjuna rahmatahu wa-yakhafuna ‘azabahu ...’ [Yg bermaksud: Dan (kerana) mencari kerahmatan Allah (a.w) (i.e. ingin mendapat syurga Allah (a.w)) dan takutkan ‘azab Allah (a.w) (i.e. selamat dari neraka Allah (a.w)) ...] [Ayat 57, Surah al-Isyra’] 
Solat itu wajib, namun jika dilakukan tanpa keikhlasan terhadap Allah (a.w), maka tidak mendapat pahala. Maka dengan itulah setiap amalan dan ibadah itu hendaklah ditumpukan hati kita demi menepati firman Allah (a.w) dalam Ayat 57, Surah al-Isra’ tersebut. Semuanya kita lakukan kerana mengharapkan keridaaan Allah (a.w) untuk mendapat syurga Allah (a.w) dan dijauhi dari disiksa di dalam neraka Allah (a.w).
Saudara, delapan ketetapan yg wajar kita yg inginkan solat kita itu dioterima Allah (a.w) beri perhatian dan tumpuan. Ingatlah, tidak guna kita menjadi orang Islam kalau kita tak solat atau kalau kita ambil mudah solat kita atau kalau kita bersolat sambil lewa sahaka. kalau kita tinggalkan satu waktu solatpun menjadikan kita jatuh kafir, apatah lagi kalau kita tak solat sepanjang hidup kita? Ada orang yg buat umrah selalu atau naik haji beberapa kali, kalau tak sekali, tapi dalam kelaziman hidupnya, takpun bersolat. malah solat Jum'atpun tak buat, walhal seseorang yg meninggalkan Solat Jum'at tiga kali dikunci hatinya dan ditempatkan dia sebagai seorang yg munafiq! Orang munafiq itu lebih terhina dari orang kafir, yg tak Islam! Orang kafir pasti masuk neraka kelak di akhirat, tapi orang munafiq itu masuk neraka di bahagian bawah orang kafir. Maksudnya? Lebih hina. Lebih panas bakaran apinya. Lebih buruk siksaannya dalam neraka. Oleh itu berwaspadalah. Jangan ambil ringan solat.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment