Assalamualaikum,
Saudara, kita teliti lagi beberapa hadith tentang praktikal solat itu diajarkan oleh Jibril (a.s), atas pentintah Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w). maka dgn itu urutannya kita yg Islam wajib belajar praktikal bersolat itu bersandarkan as-Sunnah drp guru yg faham dan faqih as-Sunnah. Ini akan menjamin bahawa solat kita itu benar dan diterima Allah (a.w).
Jibril (a.s) Mendemokan Waktu dan Cara SolatProses pembelajaran dan pengajaran ilmu dalam Islam itu adalah secara berguru. Dalam zaman Rasulallah (s.a.w), Rasulallah (s.a.w) mengajrkan ilmu kepada para sahabat secara berdepan – guru mengadap murid, iaitu kaedah pemangkulan. Maka dengan itulah terdapat hadith menyebutkan bahawa pernah suatu masa Rasulallah (s.a.w) melihat sekumpulan jemaah di masjid berkumpul belajar dan mengajarkan al-Quran, maka beliau masuk ke dalam jemaah membentu satu bulatan. Dalam system bulatan sedemikian murid dapat melihat gurunya secara berdepan dan murid mendapat ilmu secara terus dari guru mereka secara berdepan. Kaedah pemangkulan ini juga didemokan di dalam hadith di bawah ini.
Di dalam hadith ini, kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) peristiwa dua hari malaikat Jibril (a.s) datang mengajarkan Rasulallah (s.a.w) dua perkara, iaitu bagaimana bersolat dan waktu-waktu solat fardu. Waktu itu menyentuh waktu masuk solat dan waktu berakhirnya solat –solat fardu. Jibril (a.s) datang mengimamkan kelima-lima solat fardu dengan Rasulallah (s.a.w) menjadi makmumnya dua hari (
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ini Jibril (a.s) datang kepada kamu mengajarkan kamu ugama kamu. Maka bersolat Subuh ketika terbit fajar, bersolat Zohor ketika tergelincir matahari, kemudian solat ‘Asar ketika melihat baying-bayang seumpama bayang-bayang (yakni, benda yang menjadikan bayang-bayang itu), kemudian solat Maghrib ketika tenggelam matahari, dan (waktu itu) dihalalkan berbuka puasa (bagi sesiapa yang berpuasa), kemudian solat Isya’ ketika hilang cahaya kekuningan malam, kemudian datang (Jibril (a.s) keesokan harinya, maka bersolat Subuh ketika kekuningan malam tinggal sedikit, kemudian bersolat Zohor ketika ada baying-bayang seumpama bayang-bayang, kemudian solat ‘Asar ketika ada baying-bayang dua kali seumpamanya (yakni, perkara yang menjadikan baying-bayang), kemudian bersolat Maghrib dengan waktu yang satu (yakni, sama seperti kelmarin) ketika tenggelam matahari dan halal berbuka puasa (bagi yang berpuasa), kemudian bersolat Isya’ ketika hilang cahaya putih keputihan malam. Kemudian berkata (Jibril (a.w): ‘Bersolatlah apa-apa solat kamu semalam dan bersolatlah pada hari (ini).’ [Hadith an-Nasa’i]
Hadith di atas memberikan dalil hadith dua dimensi penting: pertama, sebahagian daripada ketetapan Allah (a.w) itu juga disampaikan kepada Rasulallah (s.a.w) melalui perantaraan Jibril (a.s). Ini berlaku apabila ada aspek amali atau praktikal terlibat dalam ketetapan Allah (a.w) tersebut. Kedua, kaedah pengajaran ilmu dalam Islam, iaitu kaedah pemangkulan itu. Hadith yang sama diriwayatkan oleh perawi lain disebutkan dalam koleksi hadith Abu Daud (Sunan Abu Daud), ibnu Majah (Sunan Ibnu Majah) dll seperti berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Malaikat Jibril (a.s) telah mengimami aku (yakni, Jibril (a.s) menjadi imam dan Rasulallah (s.a.w) menjadi makmum) dekat Ka’bah mengerjakan solat dua kali. Dia datang untuk solat zohor kali yang pertama pada waktu matahari di tengah-tengah langit, kemudian datang untuk solat asar pada waktu bayang-bayang sesuatu benda panjangnya sama dengan benda itu, kemudian datang dia untuk solat maghrib pada waktu matahari terbenam dan orang-orang berbuka puasa, kemudian datang untuk solat isya’ pada waktu awan merah telah hilang, kemudian datang dia untuk solat subuh pada waktu fajar dan diharamkan makan bagi orang yang berpuasa (yakni, keesokan harinya). ‘Malaikat Jibril (a.s) datang untuk solat zohor pada kali kedua (pula) pada waktu bayang-bayang suatu benda serupa panjangnya dengan benda itu (seperti) pada waktu asar telah masuk waktu kelmarin, kemudian datang untuk solat asar, pada waktu bayang-bayang suatu benda panjangnya dua kali benda itu, kemudian datang untuk solat maghrib ketika telah hilang awan merah di langit (yakni, senja hari), kemudian datang untuk solat isya’ pada waktu malam telah berjalan sepertiganya, kemudian datang untuk solat subuh ketika pagi telah terang.‘Kemudian Jibril (a.s) menoleh kepadaku seraya berkata: ‘Wahai Muhammad! Itulah waktu para-para nabi sebelum engkau berbuat. Maka waktu solat (fardu itu) adalah di antara kedua-dua waktu tersebut.’ [Hadith sahih Abu Daud, at-Termidzi dan Ibnu Majah]
[Nota: kalau kita dihutan tidak ada pedoman waktu, maka bolehlah gunakan prinsip hadith ini untuk bersolat.]
Agama Islam itu agama yang ditetapkan oleh Allah (a.w) sebagai platfom bagi umatnya ‘mengabdikan diri mereka’ (yakni, beribadah), diajarkan kepada Jibril (a.s) untuk mengajarkannya pula kepada utusanNya, Rasulallah (s.a.w), yang kemudiannya mengajarkan pula para sahabat, dan para sahabat mengajarkan pula kepada tabi’in, dan para tabi'in pula mengajarkan pengikut-pengikut mereka (i.e. tabi’i'ahum), sampailah kepada kita. Bukan diajarkan oleh sebarang orang melalui kitab atau buku yg dikarangnya. Saudara, segala sesuatu dalam Islam hendaklah berpandukan kpd al-Quran dan al-Hadith, sumber ilmu yg haq.
Agama Islam itu agama yang ditetapkan oleh Allah (a.w) sebagai platfom bagi umatnya ‘mengabdikan diri mereka’ (yakni, beribadah), diajarkan kepada Jibril (a.s) untuk mengajarkannya pula kepada utusanNya, Rasulallah (s.a.w), yang kemudiannya mengajarkan pula para sahabat, dan para sahabat mengajarkan pula kepada tabi’in, dan para tabi'in pula mengajarkan pengikut-pengikut mereka (i.e. tabi’i'ahum), sampailah kepada kita. Bukan diajarkan oleh sebarang orang melalui kitab atau buku yg dikarangnya. Saudara, segala sesuatu dalam Islam hendaklah berpandukan kpd al-Quran dan al-Hadith, sumber ilmu yg haq.
Jazakallahu khairah
hanya Qur'an yang diajarkan oleh ALLAh kepada RasulNya... Hadis di atas kontradik dengan ajaran ALLAH
ReplyDelete