Monday, December 12, 2011

Solat yg Berlainan drp as-Sunnah: Peringatan

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah komen sedikit tentang tulisan seorang hamba Allah (a.w) dalam akhbar Sinar Harian bertajuk: Kita solat ikut siapa ...? Penulis menyebut secara sambil lalu tanpa mendalami apa yg dia katakan. Malah dia takpun putuskan apakah solat yg benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, walaupun beliau merujuk kpd sebahagian drp potongan hadith dari abi Qilabah: '... sollu kama ra-aitumuni usolli ...' (Yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku (Nabi) bersolat.' ) [Hadith Bukhari].
Saudara, hadith ini menyebutkan pesanan Rasulallah (s.a.w) bahawa apabila kita bersolat, hendaklah kita buat cara beliau bersolat. Bagaimana mungkin kita melihat cara Rasulallah (s.a.w) bersolat kerana Rasulallah (s.a.w) tiada lagi dgn kita. bagaimana mungkin seorang yg akui dirinya Islam pada tahu 2099, contohnya, kerana Rasulallah (s.a.w) sudah tiada bersama mereka. Yg ada pada umat Islam hari ini adalah hazanah peninggalan beliau yg dua iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith yg lain (hadith riwayat al-Hakim dll): 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma in tamasiktum bihima, kitabbalahi wa-sunnati nabiyi' (Yg bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kpd kamu sekelian dua hazanah (iaitu panduan ilmu dan panduan amalan dan hidup) yg jika kamu sekelian berpegang kepada kedua-duanya kamu semua tidak akan sesat selama-lamanya (mencari 'siratul mustaqim'), iaitu Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah nabiNya (yakni, as-Sunnah).[Hadith al-Hakim dll perawi]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) menjanjikan kita yg ingin Islam sebenar-benarnya, Islam yg diterima Allah (a.w), hendaklah kita berpandukan dua panduan ilmu dan amalan atau ibadah iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Jika kita jadikan kedua-duanya panduan hidup kita beragama, beramal dan beribadah sebagai orang Islam yg beriman, kita dijanjikan pasti tidak akan sesat - yakni tak mungkin sesat - menjalani kehidupan dunia sebagai orang iman yg diridhai Allah (a.w). Kita pasti akan berada di atas 'siratul mustaqim' - pasti berjaya mendapat syurga dan selamat dari neraka. Kita akan berjaya menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' - mati selamat dalam kubur dan selamat dan berjaya serta sejahtera di akhirat. Itu janji Rasulallah (s.a.w). Kalau kita jadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan hidup kita serta panduan dan dasar mutlak segala amalan dan ibadah kita ketika hidup di dunia.
Tapi, hari ini berapa ramaikah umat Islam yg benar-benar menjadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan ilmu serta panduan dan dasar amalan dan ibadah? Ada lima golongan orang Islam dalam perkara mempraktikkan hadith ini. Golongan pertama, orang yg bergantung semata-mata kpd al-Quran dan as-Sunnah dalam menjalani kehidupan dunianya - sebagai panduan hidup seorang iman dan dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w) melalui amalan dan ibadah yg wajib dan yg sunat. Al-Quran dan as-Sunnah saja panduannya - dalam perkara ilmu dan amalan dan ibadah. Golongan kedua, orang yg akui dirinya Islam dan beriman, menjadikan kitab-kitab karangan manusia sebagai panduan hidup, panduan amalan dan ibadah, kerana kitab-kitab tersebut dikatakan memperjelaskan apa yg terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, dan merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah sebagai kitab yg dibaca sahaja kerana tiada ilmu untuk memahami al-Quran atau as-Sunnah. Jadi tidak secara langsung berpandukan al-Quran kerana tidak faham maksud dan mesej al-Quran selain apa yg disebutkan dalam kitab-kitab yg ditulis oleh pengarang-pengarangnya. Golongan ketiga, orang Islam yg tidakpun berpandukan secara langsung kpd al-Quran dan as-Sunnah, tetapi menggunakan kitab-kitab karangan manusia tentang segala bentuk amalan dan ibadah sebagai orang Islam atau menggunakan pelbagai media spt VCD, DVD, CD, kaset dllnya termasuklah mendengar ceramah melalui media radio dan TV tentang segala sesuatu, kemudian menjadikan bahan-bahan tersebut sebagai panduan amalan dan ibadah. Golongan keempat, orang Islam yg tidakpun menggunakan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup atau sandaran amalan dan ibadah, tetapi menerima kedua-duanya sebagai panduan mengenai Islam tanpa mempelajarinya. Dalam perkara amalan dan ibadah yg diparktikan olehnya, amalan dan ibadahnya yg diwariskan oleh nenek moyang mereka semenjak kecil lagi itu dianggap sah dan benar dan boleh diambil pakai. Dan, golongan kelima, orang yg akui dirinya Islam, tetapi takpun mengerjakan sebarang amalan dan ibadah, tetapi hidup sebagaimana manusia yg tidak ada agama, hanya keyakinan hati bahawa Islam itu agama yg benar dan Islam sahajalah yg menjamin mendapat syurga di akhirat. Dan, kerana dia adalah orang Islam, yakin dia bahawa dia akan masuk syurga di akhirat kelak.
Apakah rumusan yg kita boleh buat? 
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu di akhir zaman kelak ada sebanyak 73 golongan umat Islam, kesemua mereka itu yakin mereka Islam dan menjalani kehidupan sebagai orang Islam. Namun, hanya satu golongan drp 73 golongan tersebut, yg pasti berjaya mendapat syurga. Inilah yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith bahawa umat yg akui diri mereka Islam akan berpecah menjadi 73 golongan atau firqah atau mazhab dalam agamanya, hanya satu golongan sahaja yg berjaya mandapat syurga, iaitu mereka yg menepati pra-syarat pertama, berpandukan sunnah beliau dan, menepati pra-syarat kedua, mereka, pada masa yg sama, berjema'ah dalam menganuti Islam. Rasulallah (s.a.w) bercakap atas dasar wahyu dari Allah (a.w), pasti bercakap benar. Sebanyak 72 golongan sesat dalam Islam - mencari dan menyediakan diri untuk dapatkan syurga, tetapi gagal, sebaliknya dapat neraka tanpa disedari atau disedari tetapi degil walaupun silap panduan aqidah dan panduan amalan dan ibadah! Kenapa?
Orang yg pasti tidak sesat dalam mencari jalan ke syurga serta menyediakan diri mereka ketika hidupnya mencari kejayaan akhirat adalah golongan pertama. Mereka ini sudah dijanjikan oleh Rasulallah (s.a.w) tidak akan sesat selama-lamanya kalau mereka jadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan hidup dan panduan amalan dan ibadah. Golongan ini, kerana dipandu oleh al-Quran dan as-Sunnah, terselamat dari kesesatan dalam aqidah, kerana itulah janji Allah (a.w) dalam al-Quran dan itulah janji Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu. Golongan ini terselamat dari perbuatan serta keyakinan yg merosakkan aqidah spt syirik, kurafat, tahayul, taqlid dan bid'ah. Inilah lima elemen atau unsur amalan dan kepercayaan yg membatalkan aqidah Islam, dan menjadikan segala amalan dan ibadah - fardu dan sunat -tidak sah dan tidak diterima Allah (a.w). Jadi, 4 golongan inilah pasti tak dapat syurga kerana sesat dan kerana tidak mengotakan janji mereka walaupun mereka bersyahadah bahawa mereka akui Allah (a.w), tuhan mereka dan Rasulallah (s.a.w) utusan Allah (a.w) yg membimbing dalam perkara agama.
Dalam pada itu pula, Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran - Ayat 32, Surah al-Fatir - golongan pertama inipun terbahagi pula kpd 3 kategori; iaitu: kategori pertama, golongan 'sabiqul-khairat' = orang iman yg berlumba-lumba membuat kebaikan dalam hidupnya - kebaikan kpd manusia dan kebaikan dgn Allah (a.w) kerana berusaha mempertingkatkan keimanan serta ketaqwaan mereka sepanjang hidup mereka. Mereka mengerjakan apa-apa yg disuruh sebaik mungkin dan sebanyak mungkin dan meninggalkan segala yg ditegah - KPI Islamnya terbaik; kategori kedua, golongan 'al-muqtasidah ' = golongan sederhana Islamnya dan imannya. Kategori orang Islam  yg pertengahan dalam menjalani kehidupan mereka sebagai orang Islam yg beriman, buat segala yg disuruh menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak melakukan apa-apa yg ditegah, menjauhinya, namun belum cukup kesungguhan dalam mengerjakan amalan dan ibadah, walaupun tidak ditinggalkan, tidak memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan seumpamanya. Mereka menjauhi yg ditegah oleh al-Quran dan as-Sunnah. KPI Islamnya sederhana sahaja. Mereka ini, kalaupun melakukan kesalahan, tidaklah kesalahan yang besar dan tidaklah disengajakannya. Dan kategori ketiga, golongan 'zalimu li-nafsih' = orang Islam dan beriman tetapi 'menzalimi diri mereka'. Mereka ini mengerjakan apa yg disuruh yg wajib dan fardu, mungkin ditambah dgn yg sunat, tapi dalam masa yg sama melakukan sesuatu atau sedikit atau banyak kemaksiatan, maka mendapat dosa, maka kerana itu menzalimi dirinya sendiri kerana melanggar tegahan atau larangan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), sengaja ataupun tanpa disedari. Setiap dosa yg dilakukannya, jika tidak ditaubatkan atau taubatnya tidak diterima Allah (a.w), akan menjerumuskannya ke dalam neraka di akhirat kelak, dan hanya setelah dibersihkan dari dosa-dosa yg berbaki, akan mendapat syurga. Mereka bukanlah ahli neraka yg kekal. 
Saudara, majoriti yg akui dirinya Islam, tetapi tidak berpandukan hidupnya kpd panduan al-Quran dan as-Sunnah, tidak tergolong dalam tiga golongan umat Islam yg disebutkan dalam firman Allah (a.w). Mereka, tak berbeza dgh  mereka yg tidak Islam sebenarnya. Kenapa? Orang yg akui dirinya Islam dan beriman itu menerima ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka menjalani kehidupan dunianya sebagai orang iman berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, menepati cara dan kaedah yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). kalau dia ragu-ragu dgn al-Quran as-Sunnah atau dia terima sebahgaian dan tinggalkan sebahagian, mereka belum di akui Islam mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika begitu, segala amalan dan ibadahnya - termasuk segala amal soleh atau mal makrufnya - tidak diterima Allah (a.w), yakni tidak mendatangkan sebarang pahala. Namun, segala perkara yg ditegah al-Quran dan as-Sunnah, yg mereka lakukan, melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mendatangkan dosa, maka menjerumuskan mereka ke dalam neraka di akhirat kelak. Oleh kerana ada sebesar zarah atau habuk keimanan dalam dirinya terhadap Allah (a.w), maka selepas menjhalani hukuman dalam neraka, barulah diberi kesempatan masuk syurga. Itu saja yg membezakan mereka dari orang yg tidak Islam. Kerana, orang yg tidak Islam akui wujudnya tuhan, namun tidak terima Rasulallah (s.a.w), maka dgn itu mereka tidak akan diberi kesempatan masuk syurga, kecuali, mengikut ketetapan Allah (a.w), kalaulah boleh unta melepasi lubang jarum (Ayat 40, Surah al-A'raf). Islam yg selainnya, tidak diakui Islamnya kerana Islamya tidak sejajar dgn apa yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan as-Sunnah. Mereka tersesat dalam mencari 'siratul mustaqim', kerana tersesat tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh yg demikian walaupun mereka beramal dan beribadah, tetapi amalan dan ibadahnya menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, atau berbeza dari preskripsi Allah (a.w) dan RasulaNya. Orang yg agamanya selain Islam, percayakan kewujudan Tuhan, tetapi mereka beramal dan beribadah atau mengabdikan diri mereka tidak sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), maka tidak diterima oleh Allah (a.w) segala amalan dan ibadah mereka. Justeru itu, ingatlah sesiapa yg akui dirinya Islam tetapi beramal dan beribadah tidak menepati ketetapan Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah), pasti tidak diterima Islamnya! Inilah hakikat yg ramai umat Islam tidak faham.
Saudara, sehubungan itu hendaklah kita pastikan diri kita benar-benar faham Islam. Faham bahawa orang Islam yg berjaya di akhirat itu adalah mereka yg jadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan mutlak, tidak menggunakan sumber-sumber selain sebagai panduan hidupnya, terutama panduan beramal dan beribadah, panduan mempastikan segala amalan dan ibadah itu menepati ketetapan Islam sebagaimana yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itulah wajib untuk berjaya menjadi orang Islam yg diterima Allah (a.w) hendaklah kita menyemak asas dan panduan ilmu dalam beramal dan beribadah, bukan beramal dan beribadah secara ikut-ikutan atau dgn menerima preskripsa pengarang sesuatu kitab. Kita wajib ilmukan diri kita supaya kita pasti bahawa Islam kita sah dan amalan serta ibadah kita itu sejajar dgn dan menepati al-Quran dan as-Sunnah. Setelah faham dasar dan asas ilmu dan amalan, kiat hendaklah berusaha memasukkan diri kita ke dalam kategori atau golongan 'sabqul khairat' itu - orang yg akan mendapat taraf syurga tertinggi dan terbaik. Sekurang-kurangnya kita termasuk dalam golongan 'al-muqtasidah' - dapat syurga terendah dan selamat dri neraka. Insya Allah. Keluarlah dari golongan 'zalimu li-nafsih' masuk ke dalam dua golongan tersebut yg selamat dari neraka , yakni dapat syurga.
Saudara, dalam perkara solat, golongan 'sabiqul-khairat' itu akan berwudu' menepati cara Rasulallah (s.a.w), mengerjakan solat fardunya menepati waktunya, maka mendapat pahala maksimum untuk solatnya, menyediakan dirinya sebelum masuk waktunya, dan apakala diazankan sahaja dia bersolat. Dia bersolat secara berjema'ah di masjid. Pasti dia kebersihan tempat solatnya dan pakaian solatnya. Tertib solatnya, cukup tamakninahnya, betul rukun-rukun qalbi, fe'li dan qaulinya, betul bacaan al-Fatihah dan surah-surahnya, disudahi solatnya dgn meluangkan masa untuk berzikir, dan berdoa. Kemudian dia akan sering mengerjakan pula solat-solat sunat spt Solat Duha di siang hari, mengerjakan Solat Tahajud dan Solat Witir selepas sepertiga malam, mengerjakan Solat Tasbih setiap hari (tak dapat kerana desakan dunianya, seminggu atau sebulan atau setahun sekali). Faham dia bahawa bukti mensyukuri nikmat Allah (a.w) yg diterimanya adalah dgn mengerjakan solat-solat sunat, kerana solat fardu sahaja tak cukup. Ketika tiba hari Jum'at, dia akan menyediakan diri ketika paginga, mandi junub, memakai pakaian yg bersih dan kemudian ke mesjid awal untuk mendapat pula pahala terbanyak dan terbaik di hari itu. Demikianlah juga dgn segala amalan dan ibadah wajib dan sunat selainnya.
Orang yg sedemikian itu akan sentiasa menyemak ilmu dan panduan amalannya supaya dia pasti tidak menyimpang drp ketetapan dan peraturan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Curiga dia kalau beramal dan beribadah tidak sejajar dgn 'sollu kama ra-aitumuni usolli' itu. Kerana dia tahu dan ingatkan pesanan Rasulallah (s.a.w): 'Man 'amila 'amilan laisa maruna fa-hua raddun' (Yg bermaksud: baransgaia atau sesiapa yg mengerjakan suatu amalan (atau ibadah) yg tidak dari perkaraku (Nabi) (yakni, tidak aku ajarkan atau bawakan atau tunjukkan), maka dia (amalannya) ditolak (oleh Allah (a.w)). [Hadith Bukhari dan Muslim]. Dia faham perintah Allah (a.w) dalam Ayat 36, Surah al-Isra': 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan amalan tanpa kamu terlebih dahulu tahu (dan faham) ilmu mengenainya). Dia juga ingat pesanan Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah al-Isra':'... wa-yarjuna rahmatahu wa-yakhafuna 'azabahu' (Yg bermaksud: dan (kerana) mencari kerahmatan Allah (s.a.w) (yakni, syurga) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (yakni, neraka) dalam beramal dan beribadah dan menjalanikehidupan dunia dgn niat yg benar dan betul.
Malangnya, hari ini begitu ramai - malah majoriti umat Islam ambil ringan solatnya - ambil ringan cara dan kaedah serta bentuk solat tersebut, ambil ringan rukun-rukunnya, dan solatnya pula tidak terdapat 'tama'ninah' (terlalu cepat seumpama, bak kata Rasulallah (s.a.w) seumpama ayam mematuk makana di tanah), matanya pula merewang memandang liar ke sana ke mari, ke kiri ke kanan, tidak khusyukpun kerana fikirannya mengelamun, dan lain-lain lagi yg menghapuskan pahala solatnya, kerana dicemari oleh bid'ah kerana menambah atau mengubah rukun qauli, rukun qalbi dan rukun fe'linya. Maka mereka bersolat tetapi sebenarnya takpun bersolat ...rugi serugi-ruginya.
Saudara, mudah-mudahan kita sentiasa usahakan supaya kita berusaha menyemak dasar ilmu segala amalan dan ibadah kita supaya kita pasti bahawa kita lakukan segala sesuatu menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mencontohi perbuatan Rasulallah (s.a.w), berusaha sebaik mungkin dalam menjalani kehidupan sebagai orang Islam yg beriman yg terpandu dan dipandu oleh as-Sunnah.

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment