Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi kuliyah kita melihat tajuk di atas. Antara lain tujuan post-post ini adalah untuk menjelaskan kpd penulis artikel dalam akhbar Sinar Harian tersebut supaya faham tentang apa yg ditulisnya sendiri 'Kita solat ikut siapa' itu. Dan, sebagai panduan kpd saudara yg ingin tahu bagaimana mempastikan solat kita itu betul dan diterima Allah (a.w). Kali ini kita lihat pula apakah perlakuan yg tak dibolehkan atau yg tak ada sandaran nasa dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, supaya terjamin solat kita itu benar dan betul.
Jangan Buat Yang Tak Disuruh
Yang disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) tentang Islam dan syariatnya adalah kita hendaklah bersolat sebagaimana kita melihat Rasulallah (s.a.w) bersolat. Memandangkan kita bukan di zaman hayat Rasulallah (s.a.w), maka hendak mengetahui bagaimana Rasulallah (s.a.w) bersolat, kita perlu belajar dari as-Sunnah. Dengan ilmu sedemikian kita akan tahu cara dan kaedah bersolat mengikut apa yang diperbuat oleh Rasulallah (a.w).
Rasulallah (s.a.w) berpesan kepada kita, seperti hadith yang kita rujuk di atas itu, bahawa dia, Rasulallah (s.a.w), tinggalkan dua khazanah ilmu dan panduan tentang syariat Islam. Panduan hidup Muslim dan panduan amalan serta ibadah adalah al-Quran dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) berjanji jika kita berpegang kepada kedua-duanya pasti, i.e. dijamin, kita tidak sesat mendapatkan syurga Allah (a.w).
Sehubungan itu, janganlah kita ambil sesuatu yang tidak terdapat dalam panduan al-Quran dan as-Sunnah. Jika kita tidak endahkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) tersebut, tiada jaminan lagi. Inilah peringatan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘(Kamu) Biarkankan (apa-apa) yang aku tinggalkan kepada kamu sekelian. Maka sesungguhnya rosak (sebagaimana) rosaknya barangsiapa (yakni, kaum-kaum) yang ada sebelum kamu sekelian dengan memperbanyakkan soal (terhadap nabi-nabi mereka) dan berbanyak perselisihan di kalangan mereka atas nabi-nabi mereka. Maka ketika memerintah aku kepada kamu sekelian maka kamu sekelian ambillah apa-apa (yang diperintahkan) semampu kamu, dan ketika melarang aku atas kamu sekelian dari sesuatu maka hendaklah kamu tinggalkan (atau hentikan).’ [Hadith Ibnu Majah]
Rasulallah (s.a.w) menasihatkan kita bahawa apa-apa yang tidak ditinggalkan sebagai panduan kita, maka janganlah kita kerjakan. Kalau disuruh maka sudah pasti diberitahu. Apa-apa yang tidak diberitahu oleh beliau maka janganlah kita ambil dan amalkan.
Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita bahawa umat-umat para rasul dan para nabi sebelum beliau telah banyak karenah mereka – mereka lakukan apa yang tidak disuruh, mereka membuat apa yang tidak disuruh dan mereka banyak cerewet terhadap rasul dan nabi yang diutuskan kepada mereka, mereka juga banyak soal dan berselisih pendapat dan pandangan dalam kejahilan dengan para rasul dan nabi mereka, maka mereka sesat dan mereka rosak dari segi akidah dan agama yang disampaikan oleh rasul dan nabi mereka. Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita yang Islam jangan ikuti jejak umat-umat dahulu. Yang perlu hanyalah ikuti panduan al-Quran dan as-Sunnah pasti kita selamat.
Sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu adalah mengulangi perintah Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Haysr – ambil as-Sunnah dan jadikan panduan kita dalam segala sesuatu tentang Islam dan syariatnya. Jangan kita ingkar kerana sesiapa yang tidak ikuti panduan as-Sunnah adalah orang yang ingkar. Orang yang ingkar itu menolak kebenaran dan mengambil kebatilan. Satu sifat kesombongan. Diberitahu yang haq, mereka menolak! Orang yang sedemikian itu adalah derhaka kepada Rasulallah (s.a.w) dan derhaka kepada Allah (a.w), seperti yang disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mentaati aku maka sungguh-sungguh dia mentaati Allah (a.w). Dan, barangsiapa ingkar (atau, melanggar) perintahku, maka sesungguhnya dia derhaka kepada Allah (a.w). Dan, barangsiapa mentaati pembesar (amir atau imam) aku, maka sungguh-sungguh dia mentaati aku, dan barangsiapa mengengkari (atau, melanggar) perintah pembesar (amir atau imam) aku, maka sungguh-sungguh dia engkar (atau, melanggar perintahku.’[Hadith Bukhari]
Ketetapan dalam hadith ini jelas. Ketetapan ini sebenarnya mengulangi ketetapan Allah (a.w) dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa’ (yang kita telahpun rujuk sebelum ini). Bahagian kedua sabda Rasulallah (s.a.w) tersebut merujuk kepada situasi setelah Rasulallah (s.a.w) wafat. Juga, ia berkaitan rapat dengan institusi kepimpinan zaman kemudiannya, bilamana jema’ah umat Islam itu diketuai oleh khalifah, kemudian, amir (seumpama Amirul-mukminin) dan imam. Sesiapa yang diangkat oleh jema’ah Islam menjadi imam, i.e. pemimpin jema’ah, maka hendaklah jema’ah taatkan perintah dan ketetapan imam. Jika imam tidak ditaati samalah kita tidak mentaati Rasulallah (s.a.w).
Antara ketetapan Rasulallah (s.a.w) yang sering diremehkan oleh umat Islam, termasuklah mereka yang dianggap ulama’ (i.e. orang yang berilmu mengenai Islam dan syariatnya) adalah pematuhan kepada dua hadith berikut, iaitu membaharui syariat Islam atau mengubah kepada syariat Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Pendeknya apa yang diistilahkan sebagai sesuatu yang bersifat atau bercorak bid’ah.
Hari ini majoriti umat Islam mengubah syariat Islam apabila mereka mengatakan bahawa wujud apa yang mereka sebut sebagai ‘bid’ah hasanah’. Walhal, dalam banyak hadith Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa setiap pembaharuan dalam perkara atau urusan agama Islam itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan, i.e. bakebatilan, dan setiap kesesatan menyebabkan orang yang meyakininya atau beramal dengannya atau menyebarluaskannya supaya diamalkan oleh orang lain adalah kesesatan.
Ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu jelas dan tidak mengelirukan sedikitpun. tapi, majoriti umat Islam meyakininya tanpa sandaran nas dan dalil al-Quran mahupun al-Hadith. Ketetapan itu amat jelas sebagaimana disebutkan dalam dua hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man akhdatha fi amrina haza malaisa minhu fahua raddun.’ [Maksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan dalam perkara aku (yakni, syariat agama Islam) yang ianya (yakni, yang melakukannya) bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku), maka dia ditolak] [Hadith Bukhari]
Dalam hadith Imam Muslim juga disebutkan perkara yang sama. Anihnya, majoriti umat Islam tidak menerimanya!
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddun.’ [Maksud: Barangsiapa beramal dengan apa-apa amalan selain daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku), maka dia ditolak] [Hadith Muslim].
Akibat dari keengganan menerima ketetapan Rasulallah (s.a.w) tersebut amat bahaya, tetapi mengapakah majoriti para ulama’ dan ilmuwan Islam berdegil? Mereka sanggup memperdagangkan akhirat mereka semata-mata kerana mereka berkeras meyakini pendapat para ulama’ yang terdahulu. Sesiapa yang berkeras mengatakan wujudnya ‘bid’ah hasanah’ sebenarnya adalah menentang ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam dua hadith tersebut dan banyak lagi hadith tentang bid’ah. Manakan mungkin wujud suatu bid’ah yang baik jika Rasulallah (s.a.w) menyebut semua atau setiap bid’ah adalah kesesatan?
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ad-Dalamii, hadith daripada Khuzaifah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak menerima (atau diterima) Allah (a.w) dari ahli-ahli bid’ah puasanya dan tidak (diterima) solatnya, dan tidak (diterima) sedekahnya, dan tidak (diterima) hajinya dan tidak (diterima) umrahnya, dan tidak (diterima) jihadnya, dan tidak (diterima) ibadah-ibadat sunatnya dan tidak (diterima) ibadah fardu lainnya. Keluar dia dari Islam (yakni, menjadi kafir) sebagaimana keluarnya sehelai rambut (yang ditarik keluar) dari tepong (uli) roti.’ [Hadith ibnu Majah]
Dalam bahagian berikut ini kita akan teliti bagaimanakah kaedah serta caranya solat Rasulallah (s.a.w) itu. Apabila kita bandingkan dengan apa yang kita lakukan hari ini jelas begitu banyak perbezaannya. Soalnya: Apakah selama ini kita melakukan ibadah dan amalan yang dicemari oleh bid’ah? Kita tepuk dada hati kita dan tanyalah diri sendiri. Namun, hendaklah kita ingatkan diri kita sendiri apakah akibat mengerjakan atau mengamalkan sesuatu yang bid’ah atau kita mencemarkan sebahagian atau kesemua ibadah dan amalan kita dengan bid’ah. Ini dijelaskan dalam banyak hadith, antara yang utama kita teliti dan jadikan panduan adalah hadith-hadith di atas dan hadith berikut.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ditolak oleh Allah (a.w) apabila menerima Allah (a.w) (atau, dipersembahkan) amalan ahli bid’ah sehinggalah menghentikan (mereka) bid’ahnya.’ [Hadith ibnu Majah]
Bahaya kepada kita kerana kita tidak sedar bahawa melakukan sesuatu yang bid’ah kita terkeluar dari Islam. Maksudnya, seolah-olah kita kafir walaupun kita sangka dan yakin bahawa kita Islam! Dan, jikalah kita berdosa, dan sudah pasti semua kita berdosa, yang membezakannya adalah banyak atau tidaknya dosa kita. Jika kita ingin bertaubat untuk membersihkan diri kita atas ikhsan Allah (a.w) yang Maha Pengampun, tidak diterima pula taubat kita! Mengapa? Tidak akur dengan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah melakukan keingkaran yang amat besar kerana itu perintah Allah (a.w) yang membenarkan perintah RasulNya.
Bid’ah melibatkan aqidah. Kerana Islam dan syariatnya ditetapkan oleh Allah (a.w) dan disampaikan kepada kita oleh Rasulallah (s.a.w). Tiada siapa yang lebih tahu tentang Islam dan syariatnya di kalangan manusia selain Rasulallah (s.a.w). Maka mengada-adakan sesuatu yang tiada seolah-olah menempatkan diri kita lebih tinggi dan lebih berilmu dari Rasulallah (s.a.w) tentang Islam. Dan, seolah-olah kita gambarkan Allah (a.w) itu cacat ilmunya, kerana ada sesuatu yang Allah (a.w) lupa sempurnakan pada Islam dan syariatnya, agama ciptaanNya. Maka dengan itulah besarnya kesalahan membuat bid’ah dalam Islam. Tapi, majoriti umat Islam hari ini remehkan. Tidak ambil peduli. Malah merasa selesa melakukan begitu banyaknya bid’ah dalam amalan dan ibadah!
[Nota: Di dalam septong hadith yang hampir serupa didapati dari Bukhari, iaitu: Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata hadith ini daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Engkau tinggalkanlah apa-apa yang aku (Nabi) tinggalkan drp kamu sekelian; sungguh-sungguh rosak (sebagaimana rosaknya) orang-orang yang ada sebelum kamu sekelian kerana banyak soal mereka dan berselisih faham mereka atas para nabi mereka; maka ketika memerintahkan aku (Nabi) akan kamu sekelian daripada sesuatu, maka engkau ambillah akan dia, dan ketika melarang aku akan sesuatu, maka tingalkanlah (atau jauhilah).’ [Hadith Bukhari].
Inilah juga ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr - ambil segala sesuatu yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan tinggalkan apa-apa yg ditegahnya.
Alhamdulillah, kita telah teliti apakah kesudahan amalan dan ibadah yg tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Insya Allah kita akan teti pula keudian nanti apakah maksud Ayat 103, Surah ali-Imran atau apakah yang dimaksudkan berjema’ah dalam Islam dan Ayat 59, Surah an-Nisa', yg ada hubungkait dgn amalan dan ibadah dalam Islam iaitu apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan dalam Islam itu. Kerana kefahaman yang cukup tentang hakikat berjema’ah dan kepimpinan dalam Islam itu amat kritikal demi menepati perintah Allah (a.w) dalam Ayat 56, Surah az-Zariat (= Aku (Allah) jadikan jin dan manusia semata-mata untuk mengabdikan diri mereka kepadaKu) dan Ayat 13 Surah an-Nisa’ (= sesiapa yg taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) pasti masuk syurga), yg sering kita ulangi dalam blog ini, insya Allah ]
Inilah juga ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr - ambil segala sesuatu yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan tinggalkan apa-apa yg ditegahnya.
Alhamdulillah, kita telah teliti apakah kesudahan amalan dan ibadah yg tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Insya Allah kita akan teti pula keudian nanti apakah maksud Ayat 103, Surah ali-Imran atau apakah yang dimaksudkan berjema’ah dalam Islam dan Ayat 59, Surah an-Nisa', yg ada hubungkait dgn amalan dan ibadah dalam Islam iaitu apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan dalam Islam itu. Kerana kefahaman yang cukup tentang hakikat berjema’ah dan kepimpinan dalam Islam itu amat kritikal demi menepati perintah Allah (a.w) dalam Ayat 56, Surah az-Zariat (= Aku (Allah) jadikan jin dan manusia semata-mata untuk mengabdikan diri mereka kepadaKu) dan Ayat 13 Surah an-Nisa’ (= sesiapa yg taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) pasti masuk syurga), yg sering kita ulangi dalam blog ini, insya Allah ]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment