Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah teliti secara terperinci bagaimana Rasulallah (s.a.w) bersolat -'Sollu kama ra-aitumuni usolli' - dgn melihat hadith-hadith yg sahih. Kita telah mulakan dgn Takbiratul Ikhram dan cara mengangkat kedua tangan kita ke atas, sampai paras mana kita angkat tangan kita. Kita lihat pula kalimah atauy bacaan Doa Iftitah yg kita baca selepas Takbiratul Ikhram.
Lafaz Doa Iftitah (Wajib)
Secara rengkasnya, Rasulallah (s.a.w), setelah berdiri membaca doa pendek, kemudian membaca Takbir sambil mengangkat kedua tangannya ke paras cuping telinganya atau ke paras bahunya, beliau membaca Doa Iftitah. Ini diperjelaskan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri (r.a) katanya: ‘Adalah Rasulallah (s.a.w) apabila bangun dia daripada tidurnya kerana hendak solat malam (solat tahajud dll) mulalah ia akan solatnya dengan mengangkat Takbiratul Ikhram kemudian daripada sudah dia takbir itu membaca dia akan Tasbih, diapun membaca Doa Iftitah. [Hadith sahih at-Termidzi].
Tasbih yang dimaksudkan adalah Doa Iftitah yang dibaca selepas menyebut Takbiratul Ikhram. Ada beberapa versi Doa Iftitah bagi solat fardu dan satu versi bagi solat sunat.
Doa Iftitah Solat Fardu
Setelah Takbiratul Ikhram, kita membaca Doa Iftitah. Inilah yang dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w). Jelaslah juga, doa Iftitah itu wajib dibaca mencontohi Rasulallah (s.a.w), walaupun ada ulama’ menyatakan Doa Iftitah itu sunat sahaja! Jika berpandukan as-Sunnah, Doa Iftitah itu wajib dibaca selepas Takbiratul Ikhram. Ada beberapa versi Doa Iftitah itu. Satu cara bacaannya, versi pertama ialah:
Mengikut hadith daripada Abdullah bin ‘Amru (r.a) katanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berdiri seseorang lelaki itu (untuk bersolat) berniat kerana Allah (a.w) maka membaca 'Allahu Akbaru kabiira, walhamdulillahi kathira, wa subhanallahi bukratau-wa asila’ [Yg bermaksud: Allah yang mama Besar, dan sebanyak-banyak atau setinggi puji-pujian bagi Allah, dan maha suci Allah pagi dan petang] [Hadith sahih an-Nasa’i]
Cara bacaan kedua selepas mengangkat Takbiratul Ikhram, disebutkan seperti dalam hadith berikut:
Diriwayatkan daripada Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) memulakan solatnya dengan membaca 'Subhanakallah humma wabi hamdika, watabarak-asmuka, wa taala jadduka, wala ilaha ngairuka.' [Yg bermaksud: Setinggi-tinggi pujian kepada Allah, wahai Allah wahai Tuhan kami dan kepada Engkau kami bersyukur, maha berkat namaMu, dan maha luhur, dan tiada Tuhan melainkan Engkau jua] [Hadith Ibnu Majah]
Dan cara bacaan ketiga, setelah Takbiratul Ikhram itu, Rasulallah (s.a.w) membaca doa Iftitah berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Bertanya aku, wahai ibuku dan engkau bapaku! [Nota: Para sahabat apakala hendak bercakap dengan Rasulallah (s.a.w) selalu memuji Rasulallah dengan memulakan cakap-cakap mereka dengan ungkapan-ungkapan seumpama ini sebagai penghormatan terhadapnya] Ya Rasulallah (s.a.w)! Apakah yang engkau ucapkan dalam diam engkau antara takbir dan bacaan (surah) al-Quran?’ (yakni, apakala Nabi (s.a.w) diperhatikannya diam antara Takbiratul Ikhram dan sebelum membaca al-Fatihah itu). Maka Rasulallah (s.a.w) bersabda (menjawab pertanyaan Abu Hurairah (r.a) itu): ‘Engkau bacalah (doa Iftitah) 'Allahumma ba’id baini wabaina khatoyaya kama ba’adta bainal masyriqi walmaghribi. Allahumma naqini min khatoyaya kama unaqqas saubul abyadu minad-danasi. Allahummagh-silni min khatoyaya bil maai wath-thalji wa lbaradi.' [Yg bermaksud: Ya Allah ya Tuhan kami semoga Engkau menjauhkan kesalahanku seperti Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah ya Tuhan kami semoga Engkau bersihkan (atau menjaga) seperti bersihnya pakaian (atau kain) putih dari kekotoran. Ya Allah ya Tuhan kami semoga membasuh padaku dengan air dan salji daripada kekotoran. Ya Allah ya Tuhan kami semoga membasuh akandikau dari kesalahan (yakni, dosa) dengan air dan salji dan embun.][Hadith sahih an-Nasa’i]
Atau cara bacaan keempat yang diriwayatkan dalam hadith lain pula menyebut bacaan doa Iftitah yang berlainan, iaitu:
Diriwayatkan hadith daripada Jubairi bin Mut’im (r.a), katanya hadith daripada bapanya (kata bapanya): ‘Aku melihat Rasulallah (s.a.w) ketika masuk dalam solat (yakni, memulakan solatnya), berkata (Nabi (s.a.w) 'Allahu Akbaru kabira, Allahu Akbaru Kabira', tiga kali; 'Alhamdulillahi kathira, Alhamdulillahi kathira', tiga kali,; 'subhanallahi bukratan wa-asila', tiga kali; 'Allahumma inni a’uzubika minas-syaitanir-rajim, min hamzihi wanaf hihi wanaf syihi.'’. [Hadith sahih Ibnu Majah]
Demikianlah empat versi bacaan Doa Iftitah tersebut untuk solat fardu yang dibaca oleh Rasulallah (s.a.w). Kita boleh pilih yang mana satu untuk kita amalkan. Kita tidak boleh pilih kalimah-kalimah lain yang tidak terdapat dalam as-Sunnah. Peringatan ini penting.
Doa Iftitah Solat Sunat
Semasa bersolat sunnat, Rasulallah (s.a.w) disebutkan dalam hadith membaca Doa Iftitah seperti berikut pula. Boleh juga dibaca dalam solat-solat fardu. Tetapi, oleh kerana sudah ada dikhususkan bacaan Doa Iftitah bagi solat fardu itu, iaitu empat versi di atas tak perlulah ambil versi (bagi solat sunat) ini:
Diriwayatkan hadith daripada Muhammad bin Maslamah (r.a) katanya: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) ketika berdiri solat (selepas Takbiratul Ikhram) membaca 'Allahu Akbaru. Wajjahtu wajhia lillazii fataras-samawati walardha hanifan musliman wama ana minal musrikiina, innas-solati wa nusuki wa mahyaya wa mamatii lillahi rabbil ‘alamiin, la syarika lahu wabizalika umirtu wa ana auwalul.' [Yg bermaksud: Aku menghadapkan wajahku kepada wajahmu zat yang menjadikan beberapa langit dan bumi dengan senang hati menyerah aku dan tidak ada aku dari kalangan orang yang engkar (menyekutukan Engkau), sesungguhnya solatku, dan ibadatku, dan hidupku dan matiku bagi Allah (a.w) Tuhan semesta ‘alam, tidak ada yang seumpama Engkau dan dengan demikian diperintahku dan sesungguhnya aku orang pertama dari kalangan orang Islam.] (Nota: Bagi kita ganti dengan 'minal muslimin. Allahumma antal maliku la-ilaha-illa anta subha-naka wabihamdika’ {yg bermaksud: Ya Allah ya Tuhan kami Engkaulah raja, tiadalah Tuhan selain Engkau, maha such Engkau dan segala-gala puji-pujian bagiMu], kemudian dia membaca al-fatihah.’ [Hadith an-Nasa’i]
Oleh yang demikian, terdapat empat cara bacaan Doa Iftitah itu. Salah satu boleh diguna pakai, bukan ketiga-ketiga bacaan itu dibaca. Kita boleh pilih yang mana satu mudah dihafal, maka yang itulah kita baca. Seperti dijelaskan di atas, versi diatas itu adalah Doa Iftitah bagi solat-solat sunat yang diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka dengan ilmu yang kita pelajari ini eloklah kita ubah Doa Iftitah kita dengan menggunakan doa yang dikhususkan untuk solat fardu tersebut.
Kita diberikan pilihan antara empat versi Doa Iftitah untuk solat-solat fardu itu, bolehlah kita pakai yang mana satu. Oleh kerana sudah ada Doa Iftihah untuk solat fardu yang wajib, tidak perlu guna yang dikhususkan oleh Rasulallah (s.a.w) untuk solat sunat.
[Nota: Doa Iftitah inilah yang kebanyakan orang Melayu yag Islam baca dalam semua solat. Bagaimana terjadi doa Iftitah untuk solat-solat Sunat dijadikan doa Iftitah solat fardu, wallahu ‘alam. Mungkin tidak ramai di antara kita yang tahu atau diajarkan Doa-doa Iftitah yang khusus dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) untuk solat fardu, iaitu empat versi di atas itu.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment