Assalamualaikum,
Saudara, suatu masa seorang sahabat memberitahu penulis bahawa ada seorang rakannya menyatakan bahawa as-Sunnah itu tak perlu dijadikan panduan dalam Islam, memadai kitaberpandukan kpd al-Quran sahaja. Bila ditanya bagaimana nak solat kalau tak berpandukan as-Sunnah, dia kata al-Quran menjelaskan bagaimana bersolat. Sudah cukup.
Saudara, orang yg berpendirian sedemikian itu samalah spt pendirian golongan Muktazillah zaman Rasulallah (s.a.w). Mereka hanya terima al-Quran dan tak mau terima as-Sunnah. Golongan Muktazillah terkeluar dari Islam. Kini ada pula golongan yg berfahaman sedemikian juga, golongan neo-Muktazillah. Mereka ini beranggapan mereka Islam tetapi, sebenarnya kafir tanpa mereka sedari. Kenapa? Allah (a.w) perintahkan di dalam al-Quran banyak kali keutamaan atau kewajipan bagi mereka yg Islam itu patuhi atau ikuti atau contohi Rasulallah (s.a.w). Dalam blog ini kerap kali kita rujk kpd firman-firman Allah (a.w) mengenai perkara ini. Contohnya: Ayat 7, Surah al-Haysr (= wajib ikuti as-Sunnah), Ayat 13 dan 14, Surah an-Nisa' (= ikuti ketetapan as-Sunnah dapat syurga, kalau tak ikut as-Sunnah pasti dapat neraka), Ayat 80, Surah an-Nisa' (= taatkan Rasulallah (s.a.w) sama dgn taatkan Allah (a.w), Ayat 15, Surah al-Ahzab ( = Rasulallah (s.a.w) itu contoh terbaik), dll). Justeru itu, kalau ada orang kata as-Sunnah tak penting, mereka adalah golongan neo-Muktazillah. jangan ikuti mereka. Kelak kita termasuk dalam golongan yg tanpa diedari terkeluar dari Islam.
Saudara, kelanjuran kita meneliti ketetapan Islam tentang solat, kita teliti sepotong adith yg menyebutkan tentang asal perintah Allah (a.w) mengenai solat fardu itu. Pada asalnya kita diperintahkan solat 50 waktu sehari semalam kemudian atas rayuan Rasulallah (s.a.w) kpd Allah (a.w) dikurangkan sehingga menjadi 5 waktu sahaja. Namun begitu, Allah (a.w), Zat yg Maha Pemurah, kekalkan pahalanya seumpama bersolat 50 solat walaupun kita solatkan 5 solat sahaja sehari semalam (i.e. setiap satu solat digandakan 10 gandaan pahala: 5 x 10 = 50, sama dgn pahala 50 solat yg asalnya diperintahkan Allah (a.w).
Sejarah Syariat Solat
Syariat solat fardu itu sahajalah yang diperintahkan oleh Allah (a.w) secara terus tanpa perantaraan Jibrail (a.s), melalui peristiwa yang amat istimewa, iaitu semasa Isra’ dan Mikraj. Amalan dan ibadah selainnya diwahyukan terus kepada Rasulallah (s.a.w) atau disampikan melalui malaikat perantaraan Jibrail (a.s). tetapi, solat terus.
Walaupun pada asalnya Allah (a.w) memerintahkan 50 waktu sehari semalam, Rasulallah (s.a.w) telah dinasihatkan oleh Nabi Musa (a.s) supaya dipohon daripada Allah (a.w) supaya dikurangkan, kerana Nabi Musa (a.s) berpendapat kita, umat Rasulallah (s.a.w), tidak mampu mengerjakan begitu banyak solat. Setelah naik semula menemui Allah (a.w), atas nasihat Musa (a.s), maka Allah (a.w) berkenan akhirnya, menjadikan hanya lima waktu sehari semalam tetapi pahalanya Allah (a.w) kekalkan tetap seumpama 50 waktu (begitulah juga dosa meninggalkan satu waktu seumpama meninggalkan 10 solat juga):
Diriwatakan hadith dari Abi Syihab, daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Difardukan (yakni, mewajibkan) Allah (a.w) atas umatku 50 waktu solat (sehari semalam). Maka kembali aku dengan demikian (perintah), sehingga datang aku atas Musa (a.s), maka berkata Musa (a.s): ‘Apakah mewajibkan Tuhan kamu atas umat kamu?’ Bersabda aku: ‘Diwajibkan atas umatku 50 solat.’ Berkata Musa (a.s): ‘Kembali kepada Tuhan kamu. Maka sesungguhnya umat kamu tidak mampu (mengerjakan) demikian (banyaknya solat).’ Maka kembali aku menemui Tuhanku, maka meletakkan (yakni, mengurangkan) separuh daripadanya. Maka kembali aku kepada Musa (a.s), maka mengkhabarkan aku mengenainya (apabila ditanya oleh Musa (a.s)). Maka berkata Musa (a.s): ‘Kembalilah kamu kepada Tuhan kamu. Maka sesungguhnya umat kamu tidak mampu (mengerjakan) demikian banyak solat.’ Maka kembali aku menemui Tuhanku. Maka berfirman Allah (a.w): ‘Ini lima solat dan solat ini sama dengan 50 solat (yakni, ganjaran pahalanya). Tidak boleh diganti ucapan di sisiKu.’ Maka kembali aku kepada Musa (a.s). Maka berkata Musa (a.s): ‘Kembalilah kamu kepada Tuhan kamu’ Maka bersabda aku: ‘Sungguh-sungguh malu aku dengan Tuhanku.’ [Hadith Ibnu Majah, Bab Solat]
Hadith di atas itu menceritakan bahawa semasa diperintahkan oleh Allah (a.w) Rasulallah (s.a.w) membawa 50 solat fardu untuk umatnya, dalam perjalanan turun ke bumi semula, dia bertemu dengan Musa (a.s), dan Musa (a.s) bertanya kpdnya apakah perintah Allah (a.w) beberapa kali, dan setelah diberitahu Nabi Musa (a.s) menasihatkan Rasulallah (s.a.w) supaya minta dikurangkan. Tetapi setelah menjadi lima (5) waktu sahaja, malu Rasulallah (s.a.w) untuk memohon kepada Allah (a.w) supaya dikurangkan lagi. Namun begitu, Allah (a.w) mengurniakan rahmatnya juga kepada kita kerana walaupun kita mengerjakan lima waktu solat fardu dan bukannya 50 seperti asalnya, Allah (a.w) berikan kita pahala seumpama mengerjakan 50 solat juga.
Jelaslah, solat sahajalah ibadat yang diterima atau ditauliahkan terus oleh Allah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w). Ibadat-ibadat lain disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibrail (a.s) atau melalui wahyu. Tetapi, syariat solat itu khas dan istimewa. Perintah itu diterima secara terus daripada Allah (a.w) di langit pada malam Isra’ dan Mi’raj.
Saudara, walaupun dikurangkan drp 50 menjadi 5 solat sahaja sehari semalam, ramai orang yg akui dirinya Islam abaikan atau tidak kerjakan. Walaupun begitu pemurahnya Allah (a.w) menggndakan pahala solat setiap satu 10 dan kemudian digandakan pula oleh Allah (a.w) antara 10 hingga 700 gandaan pula, masih ramai orang Islam tak solat. Malah lebih ramai lagi orang Islam yg bersolat tanpa ilmu, maka dia bersolat, tapi solatnya tak sah, rugi serugi-ruginya, kerana tak mau semak amalan berdasarkan ilmu, i.e. al-Quran dan as-Sunnah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment