Assalamualaikum,
Saudara, dalam meneliti seterusnya tajuk besar dalam post ini iaitu 'Solat Cara Rasulallah (s.a.w)', kita wajib teliti beberapa ketetapan yg fundamental tentang solat, iaitu antaranya berikut:
Solat mewajibkan kita ada wudu'. Dan, sahnya wudu' kita itu sahnya solat kita. Justeru itu, kalau wudu' kita tudak sah - tudak menepati kaedah dan cara berwudu' Rasulallah (s.a.w) - maka solat kita juga tak sah. Malah segala amalan yg mewajibkan kita ada wudu' tak sah. Maka dgn itu memahami kaedah dan cara berwudu' menepati perlakuan Rasulallah (s.a.w) itu amat kritikal. Tidak ada maknanya kita solat akalau wudu' kita tak betul, tak menepati cara wudu' Rasulallah (s.a.w). Maka kita akan teliti cara wudu' Rasulallah (s.a.w) dahulu. Kemudian kita akan teliti pula cara dan kaedah mengerjakan Solar Subuh, solat fardu yg pertama bagi setiap orang Islam yg beriman, di waktu pagi memulakan kehidupan harian kita hari itu.
Saudara, kemudian kita akan lihat rukun qabli, rukun qauli, dan rukun Fe'li solat fardu dan kemudian solat-solat sunat pula. Buat post ini kita lihat beberpa ketetapan Islam sebagai panduan solat.
Kita diberitahu bahawa yang membezakan orang yang Islam dengan orang yang bukan Islam adalah amalan solat, kerana yang tidak Islam tidak bersolat. Mereka tidak mengakui kewujudan Allah (a.w), Tuhan yang Esa. Mereka tidak akui bahawa Tuhan manusia itu hanya satu iaitu Allah (a.w), yang wujud sebelum segala sesuatu wujud dan yang kekal setelah segala sesuatu hancur dan hapus. Seseorang itu hanya Islam jika dia juga mengiktiraf bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah utusan Allah (a.w) orang yang membawakan perintah dan suruhan Allah (a.w) kepada manusia. Mereka yang tidak akui kedudukan Rasulallah (s.a.w), termasuk menolak as-Sunnah, tidak dikira Islam. Sesiapa yang mengakui dia Islam tetapi tidak mengerjakan solat adalah kafir, sebagaimana kafir lainnya, walaupun mereka mengucap dua kalimah syahadah! Inilah ketetapan as-Sunnah dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Zubir hadith daripada Jabir (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Bainal-‘abdu wa-bainal-kufra tarkus-solati.' [Yg bermaksud: (Yang membezakan) Diantara hamba yang beriman (yakni, Islam dan beriman) dengan hamba yang kafir (yakni, bukan Islam) adalah meninggalkan solat.][Hadith at-Termidzi, Kitab Iman].
Justeru itu, jika seseorang Islam itu tidak mengerjakan solat, tidak ada bezanya dia dengan orang kafir. Hadith ini juga memberitahu kita bahawa umat Islam yang dari segi lahiriahnya Islam tidak bermakna, jika dia tidak menunaikan solat fardunya. Apa juga perlakuan ‘sembahyang’ ugama lain, itu bukan solat dan tidak diiktiraf sebagai solat:
Firman Allah (a.w): ‘Wa aqimus solata wa atuzakata warka’u ma’ar raki’ina.' [Yg bermaksud: Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat, dan ruku’lah (yakni, bersolatlah) bersama-sama dengan orang yang ruku’ (yakni, bersolatlah secara berjemaah).’ [Ayat 43, Surah al-Baqarah].
Seseorang itu walaupun dari segi lahiriahnya nampak Islam tetapi tidak mengerjakan perintah dan suruhan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) juga menjadi munafiq. Yang membezakan antara orang yang beriman, yakni mukmin, dengan orang yang munafiq adalah meninggalkan solat Subuh dan solat Asar. Kerana, dua solat fardu inilah yang paling menyusahkan dan paling memberatkan kepada orang yang imannya nipis, kerana itu seringkali diabaikan atau ditinggalkan. Dua solat ini dipersaksikan oleh malaikat, apabila terjadi pertukaran syif malaikat pagi dan petang. Sepotong hadith qudsi pula menyebutkan perintah Allah (a.w) mengenai solat fardu itu dan apakah pula ganjaran mengerjakannya:
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Syihab al-Zuhri (r.a) berkata telah berkata Said bin Musaiyab (r.a): ‘Sesungguhnya Aba Qatadah bin Rabi’i (r.a) mengkhabarkan kepadaku (satu hadith); kata (Qatadah): ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Telah berfirman Allah (a.w): ‘Aku (Allah (a.w)) fardukan atas umat kamu (Muhammad (s.a.w)) lima solat dan berjanji Aku (Allah (a.w)) disisiKu satu janji bahawasanya barangsiapa menjaga (yakni, mengerjakan) atas solatnya pada waktunya masuk dia ke dalam syurga, dan barangsiapa tidak menjaganya maka tidak ada janjiKu baginya disisiKu (yakni, tidak masuk syurga, masuk neraka mereka, kecualilah Allah (a.w) benarkan sebaliknya).’ [Hadith (Qudsi) Abu Daud].
Di dalam hadith di atas Allah (a.w.) berjanji kepada kita umatNya, bahawa jika kita menjaga atau mengerjakan solat fardu lima waktu sehari semalam dalam waktunya kita berhak masuk syurga di akhirat kelak. Di dalam al-Quran, Allah (a.w) memberitahu kita bahawa janji Allah (a.w) itu adalah janji yang pasti. Selaras dengan janji tersebut, counter factualnya, manusia yang Islam tetapi tidak mengerjakan solat fardu mereka, maka tiada janji Allah (a.w) baginya syurga. Dengan lain perkataan mereka yang mengabaikan solatnya dan tidak mengerjakannya mengikut ketetapan waktu-waktunya, akan masuk neraka. Kerana melanggar ketetapan Allah (a.w) menjerumuskan kita ke neraka.
[Nota-1: Para ulama’ arus perdana Islam di Malaysia mungkin tidak mentafsirkan hadith ini msebagai mengkafirkan mereka yang tidak bersolat. Mereka menyatakan orang-orang yang meninggalkan solat itu hanya fasiq, yakni engkar kepada ketetapan Allah (a.w). Mereka kekal Islam kerana telah bersyahadah. Pandangan ini benar dari segi logik,tetapi dari segi aqidah tersilap. Islam itu bukan semata-mata meniatkan atau menyatakan dengan kata-kata. Islam memerlukan bukan sahaja hambanya menetapi dimensi qauli (kata-kata) tetapi iktiqad atau keyakinan dan keikhlasan qalbi (hati) dan dimanifestasikan melalui fe’li (perbuatan). Maka dengan itulah seseorang Islam itu apabila meninggalkan solatnya, dia jatuh kafir, dan hanya menjadi Islam semula apabila mengerjakan solat kemudiannya. dalam tempoh kekafiran itu, wajib dia diseksa dalam neraka. Disebutkan dalam sepotong hadith pula sesiapa meninggalkan solat ‘Asar, terbatallah segala kebaikan yang dikerjakannya seharian itu, termasuklah hilang pahala solat-solatnya hari itu. Nota-2:Malaikat turun naik ke langit dua kali sehari. Sekali waktu Subuh apabila malaikat syif petang turun ke bumi mengambil alih tugas-tugas malaikat yang memulakan tuga kelmarin petang. malaikat yang memulakan tugasnya waktu Subuh akan naik ke langit pada waktu ‘Asar, dan malaikat beertugas petang akan turun ke bumi untuk mengambil alih tugas-tugas mereka. Dalam waktu Subuh dan waktu ‘Asar itu, kedua-dua golongan malaikat berkumpul dan berada di bumi. Mereka akan ‘exchange’ notes’. Maka dengan itu sesiapa yang mengerjakan solat Subuh dan solat 'Asar pasti disaksikan oleh dua golongan malaikat tersebut. Mereka melapurkan kepada Allah (a.w), mereka memberitahu mereka yang bersolat tersebut. Nota-3: Hadith qudsi adalah firman Allah (a.w) yang disampaikan melalui lisan Rasulallah (s.a.w). Nota -4: Rujuk firman Allah (a.w) dalam Ayat 14, Surah an-Nisa’]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment