Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita mengenai cara Rasulallah (s.a.w) bersolat, supaya kita benar-benar bersolat menepati ketetapan Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (Yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku (Nabi) bersolat) [Hadith Bukhari]. Ketetapan dalam hadith ini penting kerana kalau kita bersolat berlainan dari atau berbeza dari cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w), maka solat kita itu dicemari oleh bid'ah atau tidak menepati preskripsi solat Rasulallah (s.a.w), maka tak diterima Allah (a.w) solat kita. Tak gunalah bersolat. Buat tapi tak dapat pahala. Malah dapat dosa pula. Bahkan, lebih buruk lagi dari itu, kita dikira tidak bersolatatau meninggalkan solat, maka kerana itu kita jatuh kafir atau menjadi orang musyrik (tidak lagi Islam), wal iya zubillah.
Saudara, kita telah lihat bagaimana berwudu' menepati as-Sunnah. Kerana berwudu' berlainan drp as-Sunnah, maka wudu' itu tidak sah. Jika wudu' tak sah, maka mandi junub tak sah, kerana mandi junub itu merangkumi dua segmen (atau proses) - wudu' dan mandi. Tak sah wudu' tak sahlah solat. Tak sahlah Tawaf bagi merka yg berumrah atau mengerjakan haji. Tak sah mandi junub menyentuh dan memegang atau membaca al-Quran mendapat dosa pula! Oleh itu, wajib kita pastikan yg wudu' kita sah.
Saudara, kalau kita seorang ibu atau bapa, as-Sunnah (yakni, Islam) mensyaratkan kita mengajarkan anak kita cara dan kaedah bersolat dgn betul pula ketika berumur 7 tahun dan kita pastikan mereka kerjakan solat tanpa alpa ketika berumur 10 tahun. Jika mereka enggan maka dirotan.
Tanggung Jawab Menyuruh Anak Solat
Oleh kerana utamanya ibadah solat itu, maka ibu bapa itu dipertanggung jawabkan supaya menyuruh anaknya mengerjakan solat, mulai umur mereka tujuh (7) tahun dan wajib dipukul anak tersebut apabila berumur sepuluh (10) tahun keranaenggan bersolat:
Diriwayatkan hadith daripada Abdul malik bin Rabi’i bin Saburah hadith daripada bapanya hadith daripada datuknya berkata: ‘Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Perintahkanlah oleh kamu akan anak-anak kamu dengan (mengerjakan) solat ketika baligh (yakni, sampai umur) tujuh tahun (7), dan ketika sampai umurnya sepuluh (10) tahun, maka pukullah atasnya (jika tidak mengerjakan solat).’ [Hadith Abu Daud].
Hadith ini menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) perintahkan semua ibu bapa mengajarkan anak-anak bersolat apabila sampai umur 7 tahun dan apakala sampai umur 10 tahun mereka tidak kerjakan, maka hendaklah disebat atau dirotan, untuk memberitahu bahawa solat itu amat utama bagi orang Islam supaya mereka awal-awal lagi jangan lupa dan alpa serta abaikan solat fardu. Ketika baligh wajib mengerjakannya dan berdosa meninggalkannya. Umumnya, para ulama’ mengijtihadkan bahawa umur baligh yang mewajibkan seseorang Islam bersolat adalah ketika seorang lelaki itu mencapai umur 15 tahun atau mengalami mimpi yang menyebabkan dia keluar mani. Bagi anak perempuan ketika sampai umur 15 tahun atau datang haidnya, yang mana dahulu. Lazimnya, perempuan baligh lebih awal daripada lelaki.
Hadith di atas itu menunjukkan bahawa setiap anak itu diajarkan bersolat ketika mencecah umur 7 tahun dan dirotan jika telah sampai umur 10 tahun dia tak mengerjakan solat. Justeru itu, dalam konteks solat ini, adalah dipercepatkan lebih baik, walaupun masih belum dikira wajib. Apabila sudah baligh, jika meninggalkan solat dia berdosa. Malah mengikut ketetapan as-Sunnah jatuh syirik atau kafir meninggalkan satu waktu solat wajib. Dan, kedua ibu bapanya berdosa jika tidak mengajarkan anaknya bersolat dan anak-anak mereka tidak mengerjakan solat. [Nota: Dipukul bukan untuk mencederakan anak tersebut, tetapi memadai sekadar memperingatkan dia bahawa penting dia mengerjakan solatnya.]
Saudara, setiap kita adalah ibu atau bapa. Maka dgn itu kita tidak terlepas dari tanggungjawab terhadap anak-anak kita membimbing mereka menjadi orang Islam yg baik. Di dalam banyak hadith, kita diberitahu bahawa setiap kita adalah 'pengembala' (sebagaimana pengembala lembu atau kambing di kawasan padang ragut) bertanggungjawab terhadap orang-orang yg digembalainya supaya dia pastikan mereka mengerjakan ketetapan Islam. Seorang bapa pengembala keluarganya, kerana dia ketua keluarga. Mengajarkan isteri dan anak-anaknya cara dan kaedah bersolat yg menepati ketetapan as-Sunnah. Seorang ibu mengembala anak-anaknya. Seorang majikan bukan sahaja mengembala urusan syarikatnya atau pejabatnya dalam perkara mendapatkan keuntungan dalam urusan duniwai, tetapi mempastikan juga pekerja-pekerjanya akur dgn ketetapan Allah (a.w), bersolat dalam waktunya, sebagai contoh. Atau, mengadakan program agama untuk pekerja-pekerjanya. [Nota: kalau dia seorang majikan atau bos yg Islam, kalau dia menghalangi pekerja-pekerjanya untuk mengerjakan solat apabila sampai waktunya, dia berdosa besar pula. Kerana dia adalah 'pengembala' pekerjanya di dunia. Dan, dia bertanggungjawab mempastikan tanggungjawab agamanya ditunaikan olehnya dalam mana-mana keadaan sekalipun. Dia bukan ahli agama, tapai sebagai seorang islam dia tetap akan ditanya di akhirat kelak, apakah yg dia lakukan untuk agamanya, walhal dia berkedudukan dan berkuasa! Kalau dia bukan orang Islam, pekerjanya ada hak untuk meluangkan masa untuk menunaikan solat ketika sampai waktunya.]

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment