Wednesday, December 21, 2011

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, alhamdulillah, kita telahpun teliti ketetapan utama mengenai solat fardu (malah kaedah dan cara bersolat sunatpun sama sahaja). Kiat juga telah lihat janji Allah (a.w) serta janji Rasulallah (s.a.w) kpd kita yg akui diri kita Islam dan beriman menegnai utamanya kita tidak abaikan solat fardu kita. Kalau kita abaikan solat fardu kita, kita hanya Islam dan beriman secara luaran sahaja, walhal kedudukan atau status kita pada Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) samalah spt mereka yg tidak Islam. Kita Islam hanya nama sahaja. Kita lupakan tanggungjawab kita kpd Allah (a.w) yg memberikan kita kesempatan hidup di dunia, tetapi kufurkan nikmat yg kita terima sepanjang hidup kita. maka wajiblah kita dilayani Allah (a.w) sama sebagaimana mereka yg tidak islam, kerana tidak Islam tak akui Allah (a.w) sebagai tuhan dan tak akui nabi Muhammad (s.a.w) sebagai Utusan Allah (a.w).
Saudara, kita lihat sedikit lagi tentang sejarah syariat solat fardu itu. Kalaulah Nabi Musa (a.s) tidak menasihati Rasulallah (s.a.w) dan kalaulah Rasulallah (s.a.w) tidak menerima pandangan Nabi Musa (a.s) ketika menerima syariat solat fardu dahulu - semasa Isra' dan Mikraj - maka hari ini lagi sulit bagi kita untuk mengerjakan solat fardu sebanyak 50 rakaat yg pada asalnya diperintahkan oleh Allah (a.w). Solat 5 waktupun majoiriti umat Islam abaikan dan remehkan! Apakah lagi kalau kita diwajibkan bersolat 50 waktu seharai semalam!
Sejarah Syariat Solat 
Syariat solat fardu itu sahajalah yang diperintahkan oleh Allah (a.w) secara terus tanpa perantaraan Jibrail (a.s), melalui peristiwa yang amat istimewa, iaitu semasa Isra’ dan Mikraj. Amalan dan ibadah selainnya diwahyukan terus kepada Rasulallah (s.a.w) atau disampikan melalui malaikat perantaraan Jibrail (a.s). tetapi, solat terus. 
Walaupun pada asalnya Allah (a.w) memerintahkan 50 waktu sehari semalam, Rasulallah (s.a.w) telah dinasihatkan oleh Nabi Musa (a.s) supaya dipohon daripada Allah (a.w) supaya dikurangkan, kerana Nabi Musa (a.s) berpendapat kita, umat Rasulallah (s.a.w), tidak mampu mengerjakan begitu banyak solat. Setelah naik semula menemui Allah (a.w), atas nasihat Musa (a.s), maka Allah (a.w) berkenan akhirnya, menjadikan hanya lima waktu sehari semalam tetapi pahalanya Allah (a.w) kekalkan tetap seumpama 50 waktu (begitulah juga dosa meninggalkan satu waktu seumpama meninggalkan 10 solat juga): 
Diriwatkan hadith dari Abi Syihab, daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Difardukan (yakni, mewajibkan) Allah (a.w) atas umatku 50 waktu solat (sehari semalam). Maka kembali aku dengan demikian (perintah), sehingga datang aku atas Musa (a.s), maka berkata Musa (a.s): ‘Apakah mewajibkan Tuhan kamu atas umat kamu?’ Bersabda aku: ‘Diwajibkan atas umatku 50 solat.’ Berkata Musa (a.s): ‘Kembali kepada Tuhan kamu. Maka sesungguhnya umat kamu tidak mampu (mengerjakan) demikian (banyaknya solat).’ Maka kembali aku menemui Tuhanku, maka meletakkan (yakni, mengurangkan) separuh daripadanya. Maka kembali aku kepada Musa (a.s), maka mengkhabarkan aku mengenainya (apabila ditanya oleh Musa (a.s)). Maka berkata Musa (a.s): ‘Kembalilah kamu kepada Tuhan kamu. Maka sesungguhnya umat kamu tidak mampu (mengerjakan) demikian banyak solat.’ Maka kembali aku menemui Tuhanku. Maka berfirman Allah (a.w): ‘Ini lima solat dan solat ini sama dengan 50 solat (yakni, ganjaran pahalanya). Tidak boleh diganti ucapan di sisiKu.’ Maka kembali aku kepada Musa (a.s). Maka berkata Musa (a.s): ‘Kembalilah kamu kepada Tuhan kamu’ Maka bersabda aku: ‘Sungguh-sungguh malu aku dengan Tuhanku.’ [Hadith Ibnu Majah, Bab Solat]. 
Hadith di atas itu menceritakan bahawa semasa diperintahkan oleh Allah (a.w) Rasulallah (s.a.w) membawa 50 solat fardu untuk umatnya, dia bertemu dengan Musa (a.s), dan Musa (a.s) beberapa kali menasihatkan Rasulallah (s.a.w) supaya minta dikurangkan. Tetapi setelah menjadi lima (5) waktu sahaja, malu Rasulallah (s.a.w) untuk memohon kepada Allah (a.w) supaya dikurangkan lagi. Namun begitu, Allah (a.w) mengurniakan rahmatnya juga kepada kita kerana walaupun kita mengerjakan lima waktu solat fardu dan bukannya 50 seperti asalnya, Allah (a.w) berikan kita pahala seumpama mengerjakan 50 solat juga
Jelaslah, solat sahajalah ibadat yang diterima atau ditauliahkan terus oleh Allah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w). Ibadat-ibadat lain disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibrail (a.s) atau melalui wahyu. Tetapi, syariat solat itu khas dan istimewa. Perintah itu diterima secara terus daripada Allah (a.w) di langit pada malam Isra’ dan Mi’raj. [NotaSatu solat bersamaan dengan 10 solat, maka satu kebaikan digandakan pahala minima 10 dan hingga 700 kali gandaan. Inilah yang disebutkan di dalam al-Quran.] 


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment