Saturday, October 15, 2011

Orang yg Rugi Akhiratnya (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, untunglah mereka yg menemui blog ini dan kemudian mengikutinya dan mengambil manfaat dari apa-apa yg dimuatkan di dalamnya. Pada mereka yg secara konsisten mengikuti mesej yg disampaikan dalam blog ini pasti untung, kerana mereka terpandu dalam Islam.
Lazimnya, tidak ramai orang Islam yg suka mempelajari dan mengetahui atau memahami ketetapan Islam, khususnya berusaha melapangkan sedikit masa untuk belajar al-Quran dan al-Hadith. Kerana dgn sedikit masa dilapangkan untuk mengaji ilmu itu maka terselamat dari mendapat dosa percuma setiap saat dan ketika. Kerana, Islam mensyaratkan bahawa menuntut ilmu (mengenai Islam) itu adalah suatu kewajipan terhadap setiap orang yg ingin diakui Allah (a.w) bahawa dia adalah orang Islam. Dan, ilmu yg diwajibkan atas setiap orang Islam belajar dan fahami adalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah.
Saudara, bagi mereka yg sukakan usaha mengilmukan diri mereka, mereka akan terpandu dalam hidup mereka. Tidaklah mereka tergolong dari kalangan orang Islam yg berusaha mencari keredhaan dan kerahmatan Allah (a.w) sepanjang hidupnya, gagal kerana jahil ilmu. Kesejahteraan akhirat adalah segala-galanya. 
Namun, hanya diperolehi dgn mengilmukan diri dan, setelah faham, melaksanakan segala ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Cuba kita lihat dan renungkan dan jadikan panduan ketetapan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari abi Zarr (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bahawasanya bersabda: ‘Thalathatun la yukallihumullahu, wa-la yanzuru ilaihim yaumal qiamati, wa-la yuzakkihim, wa-lahum ‘azabun alimun.’ (yg bermaksud: Tiga golongan orang (Islam/iman) yg tidak akan bercakap Allah (a.w) kpd mereka, dan tidak melihat Allah (a.w) pada mereka di hari kiamat, dan tidak akan diampunkan dosa-dosa mereka, dan bagi mereka azab yg pedih (yakni, diazab dalam neraka).’ Berkata aku (Abu Zarr): ‘Siapakah mereka itu, wahai Rasulallah (s.a.w)? Sungguh-sungguh mereka telah kecewa dan rugi.’ Maka meminta diberitahu tiga kali. Berkata aku (Abu Zarr): ‘Siapakah mereka? Sungguh kecewa dan rugi mereka!’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Al-Musbilu wal-mannanu wal-munafiqu sil’atuhu bil-halifil-kazibi awilfajiri.’ (Yg bermaksud: (Golongan pertama) Orang (lelaki) yg melabuhkan pakaiannya, (kedua) orang yg suka menyebut-nyebut (i.e. mengungkit) pemberiannya, dan (ketiga) orang yg melariskan dagangannya atau jualannya dgn sumpah bohong (atau dusta atau bercakap dusta).’) [Hadith Abu Daud, Kitab Libas] 
[Nota: ‘an-Mannannu’ atau 'al-Mannan'= orang yg suka setiap kali memberi sesuatu pada orang, pasti disebut-sebutnya (atau diungkit-ungkitnya). Terdapat dalam hadith Muslim, at-Termidzi, an-Nasa’i dan ibnu Majah] 
Saudara, 
hadith ini memberi kita tahu ada tiga golongan orang Islam (i.e. orang iman) yg rugi akhiratnya kerana kelazimannya ketika di dunia; iaitu, pertama; orang yg suka supaya pakaiannya - kain, jubah atau seluarnya - dilabuhkan sehingga menghela bumi atau menutupi kedua buku lalinya; kedua, orang yg suka mengungkit-ungkit apa saja yg diberikannya kpd orang lain; dan ketiga, orang yg apabila menjual dagangannya - spt menjual buah-buahan, atau apa saja jualan - dia bersumpah dgn berbohong dgn menyatakan bahawa dagangannya atau jualannya adalah berkualiti tinggi atau bagus tetapi sebenarnya tidak atau diragukan, seumpama orang yg menjual durian atau dokong di pasar malam yg menyatakan duriannya atau dokong yg dijualnya adalah yg terbaik kualitinya, walhal tidak. Atau, orang yg berniaga kemudian memberitahu pelanggannya bahawa apa-apa yg dijualnya itu gerenti baik dan berkhasiat, walaupun tidak ada bukti atau boleh dibuktikan. Apa yg dikatakan olehnya hanyalah atas persangkaan tanpa asas kebenaran sedikitpun. 
Saudara, hari ini begitu ramai orang Melayu yg melakukan tiga perkara yg disebutkan di dalam hadith ini. Bukan setakat orang biasa, malah orang yg kononnya dianggap berilmu atau 'alim tentang Islampun terlibat. Contohnya, tok-tok guru yg melabuhkan kainnya atau seluar Melayunya atau jubahnya. Atau, orang yg kononnya memberi sesuatu kpd orang lain atau kelihatan secara lahiriahnya dermawan, suka membantu atau menolong orang lain, tetapi sering mengungkit perbuatan baiknya pada orang lain. Atau, orang yg suka berbohong dalam dagangan atau jualan. 
Kesemua mereka itu adalah calun neraka. Kerana, hanya ahli syurga sahaja yg Allah (a.w) memandang kepada mereka dan bercakap dgn mereka di akhirat kelak. Kalau Allah (a.w) tak mahu melihat mereka dan tidak mahu bercakap dgn mereka, malah ketika di duniapun tidak akan diampunkan dosa mereka oleh Allah (a.w) pastilah orang-orang yg amat rugi. 
Saudara, jika kita terlibat dalam salah satu sifat ini, maka wajarlah kita memperbaiki diri kita, meningalkan perangai buruk ini, dan segera bertaubat kpd Allah (a.w). Mudah-mudahan Allah (a.w) menerima taubat kita dan mengampunkan kita sebelum sampai ketikanya taubat kita tidak diterima Allah (a.w). Maka rugilah kita.


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment