Tuesday, October 18, 2011

Aidil Adha: Beberapa Ketetapan Mengenainya

Assalamualaikum,
Dalam post yg lalu kita telahpun ketahui beberapa ketetapan Islam menyentuh perkara-perkara berikut; iaitu: pertama, tentang kewajipan bagi umat Islam mengerjakan kurban, bagi mereka yg mampu; kedua, penyembeliahn haiwan kurabn itu dilakukan selepas selesai Solat Aidil Adha; ketiga, haiwan kurban itu hendaklah menepati beberapa syarat tentang ciri-ciri fisikalnya.Keempat, kita juga diberitahu cara dan kaedah menyembelih kurban itu, iaitu dgn menyebut 'Bismillah, Allahu Akbar'; dan kelima, hendaklah kita pastikan bahawa alat penyembelih yg kita gunakan itu benar-benar tajam supaya cepat selesai proses penyembelihan dan tidak mengazab ternakan yg disembelih. Dan, keenam, bagi kita yg telahpun berhasrat untuk menyembelih kurban (sama ada kita sembeluh sendiri atau kita wakilkan penyembelihan kpd orang lain), kita disuruh jangan memotong kuku dan memotong rambut (atau bulu-bulu di tubuh) mulai masuknya bulan Zulhijjah, 1 Zulhijjah, sehinggalah selesai Solat Aidil Adha itu.
Saudara, kali ini kita lihat pula beberapa ketetapan as-Sunnah mengenai Solat Aidil Adha, yg disebutkan syariat mengenainya dalam Surah al-Kauthar
Manfaat atau ganjaran pahala ternakan kurban itu adalah pahala seumpama banyaknya bulunya, termasuklah bulu-bulu halusnya, akan di datangkan di hari akhirat nanti kepada mereka yang mengerjakan kurban. 
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah (r.ah), seorang Isteri Nabi, berkata: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) telah bersabda: ‘Ketika melihat kamu sekelian pada tangkal bulan Zulhijjah dan ketika mengkehendaki salah satu seorang daripada kamu sekelian menyembelih haiwan Kurban, maka hendaklah menahan (yakni, membiarkan) sekelian kamu dari rambut dan kukunya.’ [Hadith Muslim]
Hadith ini mensyaratkan sesiapa yang hendak mengadakan kurban maka janganlah dia menggunting rambut dan memotong kukunya dari awal Zulhijjah hingga selesai kurbannya (yakni, selesai Solat Aidil Adha).
Saudara, syariat Islam menyebutkan bahawa selain orang yg hendak mengerjakan kurban itu tidak memotong kuku dan rambutnya sehingga selesai Solat Aidil Adha, kita diberitahu bahawa kita disuruh bersolat dulu baru makan sarapan pagi pada raya Haji (i.e. Aidil Adha). Kalau kita menyambut raya Puasa (i.e. Aidil Fitri) kita disuruh makan sarapan dahulu barulah kita keluar untuk Solat Aidil Fitri. Jelaslah, ada 'fine difference' antara Aidil Fitri dgn Aidil Adha
Sepotong hadith lain menyebut pula tentang adab yang lain pula. 
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Buraidah (r.a), katanya daripada bapanya, berkata bapanya: ‘Adapun Nabi (s.a.w) tidak keluar rumah (ke mesjid untuk solat) Aidil Fitri sehingga makan dia dahulu, dan tidak makan Nabi pada (yakni, semasa keluar untuk solat) Hari Raya Adha sehingga solat dia.’ [Hadith sahih riwayat at-Termidzi] 
Hadith di atas ini memberikan sandaran as-Sunnah, bahawa ketika ingin ke masjid untuk mensolatkan Solat Aidil Fitri digalakkan makan sarapan pagi dahulu sebelum ke masjid untuk solat. Jika, ketika hendak Solat Aidil Adha, disunatkan supaya ke masjid dan solat dahulu, selepas itu barulah boleh bersarapan. Tambahan pula, adalah disunatkan bagi seseorang itu tidak memotong kukunya mulai 1 hingga 10 Zulhijjah, dan hanya memotong kuku selepas selesai Solat Aidil Adha.

Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment