Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini, dan beberpa post yg akan datang, kita lihat 10 perkara atau perbuatan atau amalan yg menjerumuskan seorang yg akui dirinya Islam terkeluar dari Islam atau menjadi murtad atau menjadi kafir - terkadang tanpa disedari. Insya Allah, kita akan teliti dan halusi setiap satu nanti dalam post-post yg akan datang.
Seseorang itu Islam atau seorang itu masuk ke pintu agama Islam apakala dia melafazkan dua kalimah syahadah atau kalimah tauhid dgn penuh keyakinan dan keikhlasan hatinya, iaitu kalimah: Asyhadu allailaha ilallah, wa-asyhadu anna Muhammadar rasulallah (atau Muhammad 'abduhu wa-rasuluhu) (Yg bermaksud: Aku naik saksi bahawa tidak tuhan yg berhak disembah melainkan Allah (a.w); dan aku naik saksi bahawa Muhammad (s.a.w) itu adalah hamba Allah (a.w) dan PesuruhNya.) Apabila mengikrarkan sedemikian dgn penuh keyakinan kalbu, dan membuktikannya melalui amalan, maka Islamlah seseorang itu. Tetapi pintu-pintu yg merosakkan keIslaman (nawaqidu Islami) seseorang itu amat banyak. Apabila seseorang yg Islam itu melakukan atau mengerjakan amalan-amalan tertentu, walaupun sudah Islam, akan terkeluar atau keluar dari pintu Islam, menjadi tidak Islam lagi atau murtad atau kafir.
Saudara, ada banyak faktor dan penyebab kite terkeluar dari Islam menjadi murtad atau kafir. Namun, kita lihat 10 daripada amalan atau perbuatan yg utama, yg menjerumuskan seorang yg Islam itu terkeluar dari Islam atau menjadi murtad atau kafir; iaitu berikut:
(1) Syirik dalam beribadah kpd Allah (a.w);
(2) Mengambil/menjadikan makhluk sebagai perantara untuk mendekatkan diri kpd Allah (a.w);
(3) Tidak menghukumi kafir terhadap orang-orang yg musyrik atau meragukan kekufuran mereka atau membenarkan mazhab/agama mereka;
(4) Berkeyakinan bahawa petunjuk (i.e. hidayah) selain dari Nabi Muhammad (s.a.w) lebih sempurna drp petunjuk dari Nabi dan hukum selain dari Nabi lebih baik dari hukum Nabi;
(5) Benci terhadap apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dgn keyakinan bahawa di dalamnya tidak ada yg menguntungkan dan tidak ada yg membawa kebahagiaan, atau menyeronokkan, meskipun orang yg berpandangan sedemikian itu mengamalkannya;
(6) Menghina atau melecehkan sesuatu dari agama Rasulallah (s.a.w) (i.e. islam) atau menghina pahala dari Allah (a.w) atau siksaNya;
(7) Mengamalkan sihir dan kedukunan (menjadi atau mengikuti dukun);
(8) Membantu orang-orang musyrik dan menolong mereka untuk mengalahkan atau mengatasi kaum Muslimin;
(9) Berkayakinan bahawa sebahagian manusia ada hak/boleh keluar dari syariat Nabi Muhammad (s.a.w) (i.e. menolak as-Sunnah); dan
(10) Berpaling dari agama Allah (a.w), tidak mempelajarinya dan tidak mengamalkannya.
Saudara, apabila kita teliti diri kita sendiri, adakah kita termasuk atau tergolong dari salah satu golongan drp 10 yg disebutkan itu? Jika ada, maka wajiblah kita bertaubat, dan segera perbetulkan aqidah kita dan mengikis yg batil supaya kita tidaklah menjadi murtad atau kafir tanpa kita sedari.
Saudara, kita lihat satu persatu. Penyebab pertama : syirik dalam beribadah kpd Allah (subhanahu wa-taala) (s.n.w) (atau a.w). Dalam Islam 'ibadah adalah segala sesuatu yg kita lakukan yg disukai oleh Allah (a.w) dan yg diridhaiNya berupa perbuatan dan ucapan, baik yg zahir (boleh nampak atau dilihat) mahupun yg batin (i.e. yg tidak dizahirkan, hanya tersimpan dalam hati). Syirik adalah segala sesuatu yg memalingkan atau melakukan sesuatu amalan dari bermacam-macam perbuatan, kata-kata dan sebagainya yg ditujukan untuk selain dari Allah (a.w). Antara contoh-conthnya adalah:
(a) Berdoa kpd selain Allah (a.w) spt berdoa kpd jin, meminta pertolongan kpd orang yg sudah mati atau orang yg dianggap keramat dsbnya, supaya diberi kesenangan atau kemudahan untuk mengerjakan amalan dan ibadah;
(b) Rasa takut terhadap/kpd selain Allah (a.w) spt takutkan tempat-tempat tertentu yg dianggap keramat atau ada penunggu atau tempat sedemikian mendatangkan mala petaka kalau dilalui atau dilalui tanpa minta izin atau tanpa kesopanan tertentu;
(c) Mengharapkan sesuatu dari pihak lain selain Allah (a.w) iaitu mengaharapkan pertolongan jin, orang sudah mati, keramat, kubur, atau berkeyakinan melakukannya terhindar dari mala petaka, kesusahan, atau kemudaratan, maka melakukan pelbagai ritual cara duduk, cara berjalan dsbnya;
(d) Pasrah atau berserah nasib kpd selain Allah (a.w) tunduk kpd sesiapa dan apa saja kerana orang atau benda tersebut berkuasa menentukan nasib kita;
(e) Meminta pertolongan kpd sesuatu selain kpd Allah (a.w), atau meyakini ada pihak atau orang yg kononnya diberi kuasa atau mandat oleh Allah (a.w) untuk berkuasa atas sesuatu tanpa sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah;
(f) Meminta pertolongan atau perlindungan dari selain Allah (a.w) drp sesuatu kemudaratan atau kecelakaan dan sebagainya atau meminta sesuatu dari sesuatu benda atau tempat atau situasi selain Allah (a.w);
(g) Menyembelih ternakan (mengerjakan qurban) atau memberi hadiah atau persembahan kpd yg dianggap ghaib selain menyembelih kerana Allah (a.w);
(h) Bernazar kpd sesuatu atau seseorang dan tidak bernazar kpd Allah a.w) atau bersumpah selain dgn nama Allah (a.w). Kita cuba teliti satu persatu dalam post-post yg akan datang.
Saudara, demikianlah beberapa contoh yg menjadikan seseorang itu syirik dan terkeluar dari Islam atau menjadi kafir, tanpa disedari. Malah perbuatan ini adalah dikategorikan sebagai syirik besar. Jika tidak bertaubat sampai mati, maka Allah tidak akan ampunkan dosa pelakunya, maka masuk neraka secara pasti dan kekal dalam neraka.
Firman Allah (a.w): 'Innallah la yaghfiru an(-ai) yusrika bihi wa-yaghfiru ma duna zalika liman yasya-u wa-man (-ai) yusyrik billahi faqadiftara ithman 'azima.' (Yg bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) tidak akan mengampuni apabila Dia (Allah (a.w)) disekutukan, dan Allah (a.w) mengampuni dosa selain syirik bagi siapa saja yg Dia (Allah (a.w)) kehendaki. Barangsiapa yg berbuat syirik kpd Allah (a.w)), maka sungguh-sungguh ia telah melakukan dosa yg besar.) [Ayat 48, Surah an-Nisa']
dan, orang yg syirik itu sudah pasti takkan dapat syurga, dan pasti neraka tempat tinggalnya di akhirat kelak.
Firman Allah (a.w): 'Innahu man yuyrik billahi faqad harramallahu 'alaihil-jannata wa-makwahun-naru wa-ma liz-zolimina min ansori.' (Yg bermaksud: Bahawasanya, barangsiapa yg berbuat syirik kpd Allah (a.w), maka Allah (a.w) mengharam syurga untuknya, dan tempat tinggalnya adalah neraka. Dan, bagi orang-orang yg menganianya dirinya, tidak ada penolong bagi mereka (di akhirat kelak).) [Ayat 76, Surah al-Maidah].

[Nota: Menganianya diri = tahu tak boleh buat tapi tetap lakukan]. Saudara, syirik adalah dosa terbesar dalam sekian banyak dosa. Namun, seringkali kita terlupa atau kerana kejahilan, kita lakukannya atau tanpa kita sedari kita syirik.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment