Thursday, September 15, 2011

Bai'at dalam Islam (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat ketetapan al-Quran mengenai 'bai'at' dalam hubungannya dgn perkara 'kepimpinan' dan 'jema'ah' dalam Islam. Yg wajib kita fahami adalah Islam itu berjema'ah semenjak bertapaknya Islam apabila Allah (a.w) utuskan Nabi Muhammad (s.a.w), sebagai UtusanNya. Rasulallah (s.a.w) adalah pemimpin jema'ah Islam. [Nota: Dalam perkara 'jema'ah' ini orang Kristian yg didalangi oleh USlah yg menyalahtafsrikan 'jema'ah' sebagai perkumpulan terrorist! Orang Islam, kerana lemah, terikut-ikut dgn pentakrifan mereka pula.]
Saudara, kita lihat pula ketetapan as-Sunnah mengenai hakikat 'bai'at' ini. Kita telah teliti di atas tentang bai’at dalam syariat Islam pada zaman hayat Rasulallah (s.a.w) mengikut ketetapan al-Quran. 
Semua umat Islam yang briman, kecuali yang munafiq, berbai’at dengan Rasulallah (s.a.w).  Allah (a.w) mengesahkan bahawa apabila seseorang iman itu berbai’at dengan Rasulallah (s.a.w) atau kepada imamnya dia berbai’at dengan Allah (a.w) dengan ikrar janji mendengarkan nasihat dan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah). Demikianlah frman Allah (a.w) dalam tiga potongan ayat al-Quran di atas itu. Berbai’at itu adalah satu pra-syarat pentng dalam syariat Islam sebagaimana menganuti Islam secara berjemaah itu adalah pra-syarat kesahihan atau kebenaran keIslaman seseorang itu. Berjemaah dan berbaiat adalah dua pra-syarat yang ditetapkan oleh Allah (a.w) di dalam al-Quran. Demikian jugalah ketetapan dalam as-Sunnah. Apakah isi kandungan (content) ikrar janji dalam bai’at yang disebutkan dalam al-Quran itu? Ini diperjelaskan oleh al-Hadith atau as-Sunnah seperti ketetapan hadith-hadith berikut:            Diriwayatkan hadith dari Ubadah b Samit berkata: ‘Berbai’at kami (para sahabat) dengan Rasulallah (s.a.w) atas (syaratnya atau ikrar-janji) pertama, ‘mendengar dan taat dalam keadaan senang (yakni, rela serta sukahati menerima ketetapan) dan (kedua) (dalam) keadaan benci (yakni, kurang rela atau tidak menyukai menerima ketetapan) dan (ketiga) bahawasanya tidak mencabut perkara ahli-ahlinya (yakni, urusan jemaah) dan (keempat) bahawasanya menetapi atau berkata dengan benar (haq) di mana sahaja kami berada dan tidak khuatir dalam perkara Allah (a.w) walaupun dicaci oleh orang yang mencaci.' [Hadith Bukhari] 
Dalam hadith di atas ini, seorang sahabat bernama Ubadah b Samit menyebut bahawa ketika dia dan segolongan para sahabat lain berbai’at dengan Rasulallah (s.a.w), perkara-perkara yang disebutkan dalam ikrarjanji mereka adalah: pertama, mereka wajib mendengarkan ketetapan Rasulallah  (s.a.w) (dan, bagi umat Islam amnya, dengan imam) walaupunpun perkara-perkara yang diperintahkan itu tidak menyukakan mereka atau menyusahkan mereka; kedua, kalaupun perkara-perkara yang ditetapkan atau diputuskan itu menyukakan mereka dan rela atau dengan senang hati mereka menerimanya kerana memanfaatkan mereka; ketiga, bahawa mereka kekal berada dalam jemaah (i.e. tidak meninggalkan jema'ah) dan mengikuti ketetapan yang ditetapkan dalam jemaah dan tidak sekali-kali keluar dari jemaah atau menjadi murtad (i.e. terkeluar dari Islam); dan keempat, sentiasa berbuat atau berkata-kata dengan kebenaran, yakni tidak bohong atau berdusta, dimana sahaja mereka berada atau bila-bila masapun [Nota: Orang iman itu hanya digalakkan bercakap kerana kebenaran, dan jika tiada yg penting dan baik untuk dikatakan atau diucapkan lebih baik dia diam. Kerana, Rasulallah (s.a.w) menyebut, dalam hadith yg lain, orang iman itu kerana kesilapan kata-katanya menyebabkan dia dimasukkan ke dalam neraka selama 40 tahun!] Ketetapan ini tetap didukungi oleh mereka di mana sahaja mereka berada, yakni walaupun Rasulallah (s.a.w) tiada bersama mereka dan hendaklah mereka tetap taatkan ikrarjanji dan ketetapan kepimpinan walaupun mereka dicacimaki oleh orang bukan Islam. 
Di dalam hadith berikutnya Anas b Malik menceritakan suatu lagi peristiwa berbai’at antara segolongan para sahabat dengan Rasulallah (s.a.w). Peristiwa itu berlaku ketika orang iman dari golongan Ansar (i.e. penduduk Madinah) dan Muhajirin (migrants dari Mekah) sedang menggali parit dalam persiapan untuk bertahan dari serangan orang-orang kafir dalam suatu peperangan (dikenal Peperangan Parit = khundak).
Menceritakan hadith dari Humaidin hadith dari Anas (r.a) (berkata): ‘Keluar Nabi (s.a.w) pada suatu pagi yang dingin (yakni, musim sejuk) (manakala) orang-orang Muhajirin dan orang-orang Ansar sedang menggali parit (untuk persiapan perang Khundak (Parit)), maka bersabda Nabi (s.a.w) (i.e. berdoa): ‘Allahumma innal khaira khairul akhirati faghfirlil ansori wal-muhajirati) [Maksud doa: Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya kebaikan yang terbaik adalah (kebaikan) akhirat, maka Engkau (Allah (a.w)) ampuni orang-orang Ansor dan Muhajirin.] Maka mengkabulkan mereka (oleh Allah (a.w)): ‘Adapun kami berbai’at dengan engkau Muhammad (s.a.w) atas (ikrar ikrarjanji) berjihad (yakni, membela ugama Allah (a.w)) selama-lamanya.’
Menceritakan hadith oleh Malik hadith dari Abdillah b Dinar hadith dari Abdullah b Omar (r.a) berkata: ‘Adapun kami ketika berbai’at kami kepada Rasulallah (s.a.w) atas (ikrarjanji) ‘mendengar dan taat’, bersabda dia kepada kami ‘di dalam apa-apa (sesuatu) sekuat mampu kamu’. [Hadith Bukhari] 
Para sahabat, termasuk Anas (r.a) berbai’at kepada Rasulallah (s.a.w) untuk berjihad, yakni membela ugama Allah (a.w) sepanjang hayat mereka. Di dalam potongan hadith yang lain tersebut, disebutkan bahawa ikrarjanji dalam bai’at sekumpulan sahabat lain, yg termasuk dalam golongan tersebut, ibnu Omar (r.a) bahawa kalimah ikrarjanji mereka ‘sami'na wa-ato'na' (yg bermaksudmendengar dan taat’) akan (setiap kata-kata atau ketetapan) Rasulallah (s.a.w) dalam semua perkara yang diperintahkan atau disampaikan oleh beliau, kemudian Rasulallah (s.a.w), mengetahui bahawa tiada siapapun yang boleh menandingi beliau dalam perkara Islam dan iman,  maka beliau menyuruh mereka bahawa mereka laksanakan apa yang diikrarjanjikan sekuat mampu mereka sahaja. Jika mereka mampu mereka turuti semuanya dan jika tidak lakukan sebahagian yang mereka mampu dan terus berusaha dan mempersungguhkan pula untuk meningkatkan prestasi mereka dari masa ke semasa.
Saudara, seperti biasa setiap ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran ada gandingannya pula dalam ketetapan as-Sunnah. [Nota: Kita perhatikan bahawa di dalam al-Quran setiap kali Allah (a.w) buat suatu ketetapan, Allah (a.w) merujuk kpd kalimah 'Rasulallah (s.a.w)' selepas menyebut namaNya sendiri 'Allah (a.w)'. Demikianlah menunjukkan bahawa sebagai orang Islam kita wajib akur perintah dua pihak iaitu Allah (a.w) dan RasulNya.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment