Sunday, September 4, 2011

Puasa Sunat- Puasa Enam dalam Bulan Syawal

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, saudara, kita telahpun selesai menunaikan tanggungjawab kita sebagai orang Islam puasa sebulan dalam bulan Ramadhan yg berakhir pada 29 Ogos yg lalu. Bagi wanita mungkin selama seminggu ada yg terpaksa meninggalkan puasa kerana haid atau mungkin lebih lama - selama 42 hari - kerana Nifas, melahirkan anak. Dan, kita semua telahpun menyambut raya Aidil Fitri pada 30 Ogos yg lalu. Kini sudah berlalu Aidil Fitri selama 5 hari. Wanita yg terpaksa meninggalkan puasa kerana haid atau nifas wajib menggantikan puasanya  selama hari yg tertinggal itu. Solat yg tertinggal tidak perlu diganti.
Saudara, selain amalan sunat yg mendatangkan pahala yg banyak di malam Aidil Fitri, ada satu lagi amalan yg digalakkan dalam Islam iaitu, berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal (i.e Puasa Enam), mendatangkan pahala yg banyak pula apabila kita telah tunaikan puasa fardu sebulan Ramadhan. Islam menetapkan bahawa sesiapa yg berpuasa Ramadhan sebulan kemudian ditambah dgn puasa enam hari dalam bulan Syawal, dianugerahkan Allah (a.w) pahala seumpama berpuasa setahun. 
Menceritakan hadith daripada Said ibni Qais hadith daripada Umara bin Thabit bin Harith al-Hazraji, hadith daripada Abu Ayub al-Ansari (r.a) yang berkata bahawasanya hadith ini daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Barangsiapa berpuasa Ramadhan, kemudian mengikuti puasa itu dengan (puasa) enam hari dalam bulan Syawal, ada (dia) seperti berpuasa setahun.’ [Hadith Muslim, Kitab Siam
Hadith di atas itu memberikan ketetapan as-Sunnah, sabda Rasulallah (s.a.w), bahawa sesiapa yang berpuasa penuh Ramadhan dan kemudian berpuasa pula enam hari dalam bulan Syawal mendapat ganjaran pahala seumpama berpuasa setahun. 
Diriwayatkan hadith daripada Thu’ban, hamba merdeka kepada Rasulallah (s.a.w) berkata hadith daripada Rasulallah (s.a.w) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berpuasa enam hari sesudah Raya Fitri, ada sempurna (puasanya) setahun.’ [Merujuk kepada firman Allah (a.w) di dalam al-Quran (ayat): ‘Man jaa-a bilhasanati falahu ‘asrun amthaliha.’[Ayat 160, Surah al-An’am][Maksud ayat: Barangsiapa mendatangkan kebaikan (yakni, berbuat amalan baik) maka baginya (ganjaran pahala) sepuluh seumpamanya (yakni digandakan sepuluh kali ganda)][Hadith Ibnu Majah, Kitab Siam
Allah (a.w) memberitahu hambanya yang Islam melalui firmanNya dalam ayat al-Quran tersebut bahawa sesuatu amalan kebaikan (amal makruf) itu dibalas Allah (a.w) dengan sepuluh kali ganda kebaikan (yakni, pahala) seumpamanya. Allah (a.w) memberitahu kita bahawa ganjaran pahala puasa Ramadhan itu adalah hakNya menentukan ganjaran pahalanya. Namun begitu, untuk memahami mengapa Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa apabila kita berpuasa Ramadhan sebulanMaka, kemudian ditambah dengan ‘puasa enam’ dalam bulan Syawal, seolah-olah kita berpuasa setahun. Jika kita takrifkan pahala minima berpandukan firman Allah (a.w) tersebut dan mengambil kira ketetapan dalam hadith Rasulallah (s.a.w) itu, kita boleh membuat takrifan: berpuasa Ramadhan (kita dapat 30x10 = 300) dicampur dengan ‘puasa enam’ (kita dapat 6x10 =60), menjadi jumlahnya 300 + 60 = 360 pahala atau hari, iaitu setahun. Maka berpuasa Ramadhan dicampur dengan ‘Puasa Enam’ menjadikan kita mendapat ganjaran pahala seumpama 360 hari puasa atau setahun. Tahun Islam 360 hari). Itulah maksud hadith tersebut. Namun begitu, hakikatnya, Allah (a.w) yang menentukan ganjaran pahala puasa Ramadhan itu. Justeru itu, Allah (a.w) mungkin akan memberikan kita pahala dgn gandaan lebih banyak bergantung kepada keikhlasan kita mengerjakan puasa kita itu. Pendeknya, nilai pengabdian kita terhadap Allah (a.w) hanya kita yg tahu dan Allah (a.w) yg menilainya. 
Hadith yg serupa diriwayatkan juga oleh at-Termidzi, iaitu hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Ayub (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Barangsiapa puasa Ramadhan, kemudian diikutinya dengan (puasa) enam hari daripada Syawal, maka itulah puasa (yakni, seolah-olah berpuasa) sepanjang tahun.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
[NotaSebenarnya, pahala puasa fardu (Ramadhan) itu tidak diketahui oleh manusia ganjaran pahalanya, kerana Allah (a.w) sendiri menilainya. Tetapi, jika diambil gandaan pahala minima mengikut ayat al-Quran tersebut maka menjadikan puasa setahun.]
Saudara, jelaslah gandaan pahala sebenar kerana berpuasa Ramadhan itu adalah ketetapan mutlak Allah (a.w) - melebihi pahala antara 10 hingga 700 gandaan pahala yg disebutkan di dalam al-Quran. Yg utama diingati adalah pahala setahun berpuasa yg disebutkan di dalam hadith-haditn di atas itu adalah bagi mereka yg berpuasa sepenuhnya di bulan Ramadhan - selama sebulan - kemudian ditambah dgn puasa enam hari dalam bulan Syawal. Jika tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan atau sengaja meninggal sehari atau lebih puasa Ramadhan kemudian ditambah dgn Puasa Enam, maka pahala puasa setahun yg dijanjikan itu tidak didapati atau diperolehi. Bagaimana pula dgn wanita yg terpaksa meninggalkan puasa Ramadhan kerana haid atau nifas? Mereka juga akan mendapat ganjaran tersebut dgn syarat mereka menggantikan jumlah hari puasa fardu yg mereka terpaksa tinggalkan itu.
Dalam perkara ini, ada orang Islam yg beranggapan bahawa puasa Enam hari Syawal itu memberikan mereka pahala seumpala pahala berpuasa setahun. Ini adalah kesilapan memahami syariat Islam mengenai puasa tersebut. Orang yg berpuasa Enam tetapi tidak berpuasa Ramadhan tidak mendapat pahala tersebut. Malah meninggalkan puasa Ramadhan - yg wajib atasnya - tidak dapat sebarang pahala. Kalau ditinjau lebih jauh sesiapa yg meninggalkan suatu ketetapan wajib Allah (a.w) seumpama puasa keIslamannya sendiripun tertgugat, malah jika ditakrifkan sebagai menentang ketetapan al-Quran dan as-Sunnah jatuh kafir pula!
dalam pada itu ada orang Islam yg berwang akan ke Mekah untuk mengerjakan Puasa Tiga Bulan berturut-turut di Mekah dgn harapan mendapat gandaan pahala 100,000 kali gandaan kerana segala amalan yg dikerjakan di tanah haram Mekah, mendapat ganjaran pahala sedemikian. Orang sedemikian itu sebenarnya beramal dalam kejahilan. Kerana, mereka menentang syariat Islam yg menetapkan bahawa tiada dalam syariat Islam Puasa Tiga bulan berturut-turut - i.e. bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan! Malah amalan sedemikian itu adalah amalan yg sama sekali bertentangan dgn syariat Islam kerana Islam memerintahkan umatnya supaya sehari dua sebelum menjelangnya Ramadhan, tidak dibolehkan berpuasa! Tambahan pula, segala amalan yg bersifat 'pembaharuan dalam Islam' adalah bid'ah, dan bid'ah, jika diamalkan membatalkan pahala amalan, malah membatalkan keIslaman seseorang itu! Dalam blog ini kita telah lihat bahawa segala amalan yg tidak didasarkan kpd syariat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah dikira batil dan tidak diterima Allah (a.w): [Nota: Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man amala 'amilan laisa amruna, fahua raddun' (yg bermaksud: Sesiapa yg mengamalkan suatu amalan yg tidak didatangkan atau dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) atau yg tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) maka amalannya tidak diterima Allah (a.w).] Allah (a.w) wajibkan manusia, terutama orang Islam, supaya ikuti ketetapan as-Sunnah - yg disuruh buat, kita buat dan yg disuruh tinggalkan kita tinggalkan - Ayat 7, Surah al-Haysr.] Justeru itu, jika melakukan sesuatu amalan yg batil, walaupun diamalkan di Masjidil Haram, tidak mendapat ganjaran pahala, malah mendapat dosa pula! maka dgn itulah dalam Islam Allah (a.w) perintahkan kita supaya kita ilmukan diri kita dahulu tentang Islam dan ketetapannya dahulu sebelum kita lakukan atau buat sesuatu amalan atau ibadah. Kita tidak boleh jadi orang yg ikut-ikutan dalam beramal dan beribadah - Ayat 36, Surah al-Israk dan Rasulalah (s.a.w) menyuruh kita berilmu dahulu sebelum mengerjakan amalan. Justeru itu, janganlah kita kelirukan diri kita dgn melakukan ataupun mengerjakan sesuatu amalan yg batil dalam kejahilan kita! Atau, janganlah kita ikut cakap-ckap seseorang tentang sesuatu amalan dan ibadah tanpa kita sendiri belajar ilmu mengenauinya dan faham ketetapan mengenainya.
Saudara, dalam Islam kita wajibkan ilmukan diri kita dahulu sebelum kita kerjakan sebarang amalan atau ibadah. Kita tidak boleh buat amalan dan ibadah dalam kejahilan atau jadi pak turut! Malah Islam mewajibkan kita belajar ilmu mengenai Islam dan ketetapannya supaya kita benar-benar terpandu. Kita wajib, dalam memperhambakan diri kita kpd Allah (a.w), mengikuti amalan dan ibadah Rasulallah (s.a.w) yg sewajibnya menjadi contoh ikutan kita kerana Allah (a.w) beritahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah 'uswatun hasanah' - contoh ikutan terbaik - dalam mengerjakan sebarang amalan dan ibadah kerana Allah (a.w). Malangnya, hari ini begitu ramainya orang Islam yg melakukan kesilapan dalam beramal dan beribadah tanpa mengetahui asas amalan dan ibadah tersebut berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. 
Islam itu adalah ugama yg amat mudah bagi manusia ikuti, namun ianya mudah hanya dgn ilmu. Tanpa ilmu Islam itu pastilah susah, dan akhirnya kelak akan ramailah umat Islam yg akui dirinya Islam tetapi di akhirat kelak, tergolong di kalngan 72 drp 73 golongan Islam yg mencari syurga tetapi gagal dan sebaliknya diseret ke dalam neraka, kerana tidak menepati dua pra-syarat: iaitu, pertama, ketetapan mengikuti sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dan, kedua, amalkan Islam secara berjema'ah. Jika salah satu drp pra-syarat ini tidak ditepati maka kita belum sebenarnya Islam! Justeru itu, tidak hairan mengapa Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa umat Islam akhir zaman akan berpecah menjadi 73 golongan, namun 72 golongan tak berjaya dapat syurga dan hanya satu golongan sahaja yg berjaya mendapat syurga, iaitu orang Islam yg berpandukan as-Sunnah dan mereka berjema'ah.
Mudah-mudahan, post ini akan mencuit hati saudara dan saudari bahawa Islam itu mudah tetapi hendaklah dgn panduan yg betul. Tanpa panduan yg betul, maka rugilah kita di akhirat kelak.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment