Assalamualaikum,
Saudara, alhamdulillah, kita sudahpun selesai berpuasa sebulan Ramadhan, dan sudahpun berada di bulan raya seminggu kurang lebih. Dalam post yg lalu, kita sudahpun tahu bahawa sesiapa yg mengerjakan puasa sunat yg disebut Puasa Enam dalam bulan Syawal, dan kita telahpun menyempurnakan puasa Ramadhan sebulan, maka kita diberi ganjaran pahala oleh Allah (a.w) seolah-olah menunaikan puasa setahun. Kita telahpun lihat logiknya berdasarkan as-Sunnah, iaitu setiap kebaikan yg kita lakukan Allah (a.w) gandakan minima 10 gandaan (iaitu Ayat 56, Surah al-Ahzab), maka berpuasa sebulan = 30 hari digandakan pahala 30 x 10 = 300 hari, kemudian ditambah 6 hari Puasa Enam bulan Syawal = 6 x 10 = 60, menjadikan jumlah hari 360 hari iaitu jumlah hari setahun dalam kiraan kalender atau tkwim Islam.
Saudara, itu adala kiraan minima. Namun kita juga diberitahu bahawa, setiap kebaikan yg kita kerjakan itu digandakan sebanyak 700 kali ganda, jika itulah terbaik nilai amalan tersebut. Dalam, bulan Ramadhan Allah (a.w) sendiri menilai kebaikan setiap amalan kita terutama puasa kita, maka gandaannya kita tidak ketahui. Hanya Allah (a.w) yg tahu. Maka dgn itulah kita telah diberitahu dalam post-post sebelum ini, jika kita berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan (keimanan itu adalah kita memenuhi sebaik mungkin ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) kerana tujuannya mencari pahala terbaik dan terbanyak dari Allah (a.w) (iaitu Ayat 57, Surah al-Isra'), maka dosa-dosa kita yg lalu akan dihapus kikis oleh Allah (a.w), maka kita berjaya dibebaskan dari azab neraka di akhirat kelak. Maksudnya, seseorang yg dibebaskan dari neraka, adalah orang yg berjaya mendapat syurga. Kerana, di akhirat hanya ada dua tempat kediaman manusia - iaitu sama ada menjadi ahli syurga atau ahli neraka! Tidak ada jalan tengah atau pilihan ketiga!
Saudara, sehubungan itu, kita telahpun lihat dalam suatu post yg lalu hadith berikut, iaitu sebagai orang Islam kita diberi tiga peluang untuk mendapat syurga dalam keadaan yg istimewa. Kita rujuk hadith berikut semula:
Diriwayatkan hadith dari abu Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Raghima anfu rajulun zukirtu ‘indahu falam yusolli ‘alaiya wa-raghima anfu rajulun dakhala ‘alaihi ramadhanu thumman salakha qabla an yughfara lahu wa-raghima anfu rajulun adraka ‘indahu abawahul-kibara falam yudkhilhu jannata.’ (Yg bermaksud: (Hilang hidung, yakni) Kurus/rugi lelaki yg disebut aku (Nabi) di sisinya maka tidak mendoakan rahmat dia atasku, dan rugi/hilang hidung lelaki yg masuk atasnya bulan Ramadhan kemudian habis/berlalu Ramadhan sebelum bahawa diampuni baginya (dosa-dosanya) dan rugi/hilang hidung lelaki menjumpai di sisinya kedua orang tuanya maka tidak memasukkannya (oleh mereka) pada syurga.) [Hadith at-Termidzi, Kitab Doa]
[Nota: Ada tiga perkara yg disebutkan dalam hadith ini. Pertama, ketika nama Rasulallah (s.a.w) disebut – sama ada hanya kalimah ‘Rasulallah ‘ atau ‘Nabi’ atau ‘Muhammad’, hendaklah kita sambut dgn ucapan ‘Sallahu-‘alaihi was-sallam’. Jika tidak kita mendapat kerugian yg besar kerana tidak menghormati Nabi (s.a.w). Malah kita tidak akur dgn perintah Allah (a.w) yg menyebutkan bahawa Allah (a.w) dan para malaikat berselawat atas Nabi (s.a.w), dan hendaklah kita yg Islam dan beriman berselawat atas beliau (Ayat 56, Surah al-Ahzab). Kedua, kita pasti rugi jika kita sempat hidup dalam bulan Ramadhan ini, tidak berpuasa sebaik mungkin dgn penuh keimanan dan alpa dalam berusaha mengahrapkan pahala terbanyak, maka di akhir Ramadhan kita tidak dibebaskan dari neraka, kerana dihapuskan Allah (a.w) dosa-dosa kita yg lalu. Orang yg berpuasa dgn tanpa didasari oleh keimanan dan keinsafan yg tinggi, serta tidak berusaha mencari ganjaran pahala terbaik, malah kekal terjerumus dalam neraka, tidak mendapat syurga. Hanya orang yg berpuasa dgn sepenuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala terbaik. Hanya dgn keimanan yg kental dan harapan yg ikhlas untuk mendapat keridaan Allah (a.w) akan menjadikan kita berjaya. Ketiga, seorang anak, khususnya anak lelaki, yg kedua ibu bapanya masih hidup, tidak mendapat syurga kerana tidak berbuat baik dan menjaga kedua ibubapanya sebaik mungkin, ketika mereka masih hidup. Kerana keridaan Allah (a.w) terletak pada keridaan kedua ibu bapa. Jika murka keduanya, maka Allah (a.w) juga akan murka. Jika Allah (a.w) murka masakan kita mendapat syurga. Justeru itu, bagi kita yg masih ada kedua ibu bapa hendaklah melayani serta melakukan segala sesuatu yg mensupaya Allah (a.w) memasukkan kita ke dalam syurga. Mereka yg dilayan sedemikian itu akan merasa rida dan melimpahkan kasih saying mereka terhadap kita sebagai anak mereka. Justeru itu, kedua ibu bapa kita meridai kita dan kerana keridaan mereka itu, Allah (a.w) meridai kita. Itu adalah janji pasti Allah (a.w). Setiap anak itu wajib patuhi perintah kedua ibubapanya, kecuali perintah dan suruhan mereka itu berupa perintah maksiat atau perintah menentang ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).
Saudara, jelasnya setiap kita diberi Allah (a.w) tiga peluang tambahan untuk mendapat syurga; iaitu: pertama, kita tidak lupa berselawat ke atas Rasulallah (s.a.w) setiap kali nama 'Rasulallah (s.a.w)' atau 'Nabi (s.a.w)' atau Muhammad (s.a.w)' disebut. Walaupun mungkin kita adalah seorang ahli ibadah tetapi, ketika terdengar kalimah-kalimah tersebut itu disebutkan kita tidak berselawat, maka kita diangap rompong hidung kerana tidak menhormati Rasulallah (s.a.w). Tidak menghormati Rasulallah (s.a.w) sama dgn tidak menghormati perintah Allah (a.w) dalam ayat yg kita rujuk itu. Ahli syurga tidak cacat anggota badannya. Orang yg cacat anggota badannya ketika dibangkitkan di akhirat kelak adalah ahli neraka. Maka justeru itu, orang yg rompong hidungnya adalah calun neraka! Oleh itu, janganlah kerana mengabaikan menyebut selawat ke atas Nabi (s.a.w), akhirat kita tergendala.
Kedua, orang yg berjaya berpuasa sebulan Ramadhan dgn penuh keimanan dan keikhlasan kerana semata-mata mencari pahala kurniaan Allah (a.w), akan dihapuskan segala dosa-dosanya yg terdahulu. Maka dgn itu dia terselamat dari siksaan neraka dan berjaya mendapat syurga. Ketiga, seorang anak yg kedua-dua ibu bapanya masih hidup, dan dia sentiasalah taatkan kdua-duanya, menghormati mereka, mengerjakan segala perintah mereka dgn penuh keikhlasan, dan sentiasa mengambil berat kebajikan mereka setiap masa, maka mereka ridha terhadap kita sebagai anaknya, maka mereka akan berdoa kpd Allah (a.w) supaya kita dimasukkan ke dalam syurga. Itulah satu lagi peluang terbaik. Dan, peluang ini hanya wujud kpd anak yg menepati ketetapan di atas itu.
Saudara, dalam konteks peluang yg ketiga ini, hari ini begitu ramai pula anak-anak orang Islam yg masih hidup kedua-dua ibubapanya terlepas peluang mendapat syurga kerana mereka abaikan kedua ibu bapanya. Ada anak yg mengikut kata isterinya. Ada yg sama sekali tidak endahkan kedua ibu bapanya. Ketika sudah lanjut umur atau tua dan dalam keadaan dhaif, membiarkan mereka, tidak sanggup menanggung mereka dan menjaga mereka, sehingga ada yg menghantarkan mereka ke rumah orang-orang tuan untuk dijaga oleh pentadbir atau pengurus rumah-rumah sedemikian. Ada yg sengaja menganianya pula kedua atau salah seorang ibu bapanya. Ada yg mencederakan pula ibubapanya, sampai membunh mereka! Inilah contoh anak-anak yg tidak akan mendapat keridhaan kedua ibu bapanya. Maka, terlepaslah peluang mendapat syurga dan tergolonglah mereka sebagai calun-calun neraka. Kerana, Allah (a.w) hanya akan ridhai seorang anak jika kedua ibu bapanya ridha terhadapnya. Janganlah kita mendapat peluang, menolak peluang tersebut!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment