Monday, September 12, 2011

Peringatan Yg Tak Patut Dilupakan ...

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini majoriti umat Islam merasa selesa bahawa kononnya apabila mereka akui mereka Islam - mengucap kalimah syahadah, maka mereka secara otomatis Islam. Benar! Majoriti umat Islam yg Islam sedemikian itu pula beranggapanan bahawa apabila mereka Islam, maka mereka wajib mendapat syurga. Belum tentu! Mengapa belum pasti. Allah (a.w) berfirman bahawa Islam itu ugama yg diridhaiNya. Allah (a.w) juga berfirman bahawa seseorang yg akui dirinya Islam itu wajib mengilmukan dirinya dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan atau ibadah dalam Islam (Ayat 36, Surah al-Isra'). dan, Allah (a.w) berfirman bahawa segala amalan dan ibadah itu diterima jika dikerjakan dgn niat yg betul iaitu menepati ketetapan Allah (a.w) iaitu takutkan azab (atau neraka) Allah (a.w) dan inginkan kerhamatan (atau syurga) Allah (a.w). Dan, Allah (a.w) juga berfirman bahawa orang Islam yg mendapat syurga itu adalah orang yg menepati ketetapan Allah (a.w) iaitu dia taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti dan patuhi ketetapan al-Quran) dan dia taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, dia ikuti dan patuhi ketetapan as-Sunnah) (Ayat 13, Surah an-Nisa'). Dan, dia juga wajib mengamalkan Islamnya secara berjema'ah (Ayat 103, Surah ali-Imran). Rasulallah (s.a.w) bersabda sesiapa yg terima sepenuhnya as-Sunnah, dia tergolongn di kalangan orang islam tidak dicop 'enggan'. Dan, orang yg 'enggan' menerima as-Sunnah - walaupun sedikit atau sebahagian - tidak akan masuk syurga! Allah (a.w) ingatkan kita bahawa peluklah Islam itu sepenuhnya - jangan ambil separuh dan tinggalkan separauh (Ayat 208, Surah al-Baqarah). Kita diperintah oleh Allah (a.w) supaya ikuti Rasulallah (s.a.w). Tak ikut maka kita dibenci Allah (a.w) Dan, orang yg dibenci Allah (a.w) pasti masuk neraka, rujuk firman berikut:
Ayat 31, Surah ali-Imran - Qul in kuntum tuhibbunallaha fattabi’uni yuhbibkumullahu wa-yaghfirlakum zunubakum; ...’ [Katakanlah olehmu wahai Muhammad (s.a.w) (kpd orang Islam)! Jika kamu kasihkan Allah (a.w) maka ikuti aku (i.e. Rasulallah (s.a.w)) ...] 
Dan, seseorang yg Islam itu hanya akan dapat syurga kalau dia amalkan dan laksanakan segala ketetapan Allah (a.w), spt yg difirmankan dalam ayat berikut: 
Ayat 72 Surah az-Zuhruf: ‘Wa-tilkan jannatiul-lati urithtumuha bima kuntum ta’maluna.’ (Yg bermaksud: Dan demikianlah syurga yg diwarithkan (i.e. diberikan) syurga dgn apa-apa ada kamu sekelian amalkan (i.e. kerjakan) (kebaikan – yg disuruh dibuat dan yg ditegah ditinggalkan).
Kalau tak solat, tak puasa, tak keluar zakat, tak naik haji (setelah mampu) dan kalau tak akur dgn lain-lain suruhan, takkan dapat syurga. 
Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa jika seseorang Islam itu inginkan kepastian dia mendapat syurga dia wajib berada dalam 'jema'ah' umat Islam. Ketetapan yg sama dgn ketetapan Ayat 103, Surah ali-Imran.
Oleh itu syurga tidaklah semudah yg orang Islam umum fahami atau yg difahami oleh para ulama'pun! yg demikian, bagaimanakah kedudukan orang Islam yg tidak berjema'ah itu? Dgbn ilmu, mudah untuk dapatkan syurga. kalay ikut cakap-cakap orang susah, malah disesatkan pula.
Kalau berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, spt yg kita rujuk di atas itu, belumlah cukup syarat bahawa kerana kerana kita Islam kita pasti dapat syurga. Malah sesiapa yg mengerjakan sesuatu amalan atau ibadah yg berlainan dari amalan dan ibadah yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dikira sesat. Orang yg sesat tidak dapat jalan ke syurga. Dan, jalan ke syurga itu adalah jalan pasti untuk sampai ke syurga. Jalan-jalan lain menyebabkan seseorang itu sesat antaranya adalah mengikuti ajaran dan cakap-cakap orang yg bertentangan dgn al-Quran dan as-Sunnah. Apabila sesat, destinasinya hanyalah satu, iaitu neraka.
Sehubungan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dua perkara utama bagi orang Islam faham dan terima sepenuhnya, iaitu pertama, as-Sunnah itu adalah saudara kandung al-Quran: 
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah aku telah diberikan sebuah kitab (i.e. al-Quran) dan bersamanya (yakni, yg diberikan Allah (a.w) bersekali al-Quran itu) sesuatu yg menyerupainya (yakni, yg seiring dengan al-Quran, i.e. al-Hadith).’ [Hadith Abu Daud] 
Supaya kita benar-benar sah dalam Islam kita wajib bukan sahaja yakin bahawa as-Sunnah itu ada gandingan al-Quran atau kita wajib berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi oleh kerana as-Sunnah itu menjelaskan setiap bentuk, kaedah dan cara beramal dan beribadah dalam Islam, maka wajib kita mengaji atau pelajari as-Sunnah supaya kita faham bagaimana nak jadi orang Islam dan orang iman yg pasti berjaya mendapat syurga dan terselamat dari neraka. Kedua, seorang yg Islam itu pasti tidak sesat dalam mencari syurga dalam menyediakan bekalan untuk kesejahteraan akhirat, kalau dia berpandukan hanya al-Quran dan as-Sunnah. Ini adalah mesej dalam hadith berikut: 
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara, tidak akan sesat kamu selama-lamanya (mencari siratul mustaqim, yakni jalan mendapatkan syurga) apabila kamu perpegang teguh dengannya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah nabiNya (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith) [Hadith Imam Malik dalam Mu’ato’ dalam Kitab Jami’]
Justru itu, kita hanya pasti tidak sesat mencari syurga itu hanya dgn panduan al-Quran dan as-Sunnah. Tanpa ilmu al-Quran dan as-Sunnah pasti kita sesat. Dan, kesesatan itulah yg tidak membolehkan kita mendapat syurga walaupun kita Islam. Walaupun kita istiqamah mengerjakan berbagai amalan dan ibadah dan terjaga dari membuat dosapun!
Saudara, dalam post yg lalu kita telahpun tahu bahawa kalau kita tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah - atau kalau kita jahil kedua-duanya - maka kita akan beramal tanpa panduan yg hakiki, maka dgn itu amalan kita dicemari oleh bid'ah. Kalau dicemari oleh bid'ah, kesemua amalan dan ibadah kita tak berguna. Seumpama seorang murid sekolah yg menduduki peperiksaaan. Diberi soalan tapi jawapannya sama sekali tersasar dari apa yg diajarkan (out of point atau tak tepat), maka dia diberi markah '0' sahaja! Dalam Islam, kalau dapat markah kosong bererti Kitab Catatan Amalannya kosong tak ada catitan pahala, tetapi sebaliknya dapat dosa pula. Dan, kerana syurga itu hanya diberikan kpd orang Kitabnya ada catatan amalan dan ibadah dan segala yg baik, maka dia pasti masuk neraka.
Oleh itu, berwaspadalah dalam menjalani kehidupan dunia. Kita mungkin tidak melakukan maksiat atau dosa - i.e. ingkarkan perintah Allah (a.w). Kita bertaubat, maka Allah (a.w) terima taubat kita, kecualilah kita pengamal atau pengedar atau pengajar bid'ah, yg taubat kita tidak diterima, tapi tanpa amalan yg bertepatan dgn al-Quran dan as-Sunnah pasti masuk neraka. Islam itu mudah, tapi hendaklah dgn panduan yg betul. Panduan yg betul hanyalah berdasarkan kpd panduan dan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.

Jazakallahu kahirah

No comments:

Post a Comment